Saturday, October 6, 2007

..cuba bertahan...

Saya menulis lagi..cuba meluahkan apa yang selama ini tersimpan di lubuk hati. Saat ini, saya cuba menahan airmata saya daripada mengalir. Tidak semudah kata-kata, tidak seindah nasihat yang diberikan..untuk melaksanakannya ternyata cukup payah. Kebelakangan ini menyaksikan kehidupan saya yang penuh dengan duri ranjau. Sekejap ketenangan itu hadir, lalu bibir mampu mengukir senyuman. Namun hanya sekejap cuma, ternyata tembok kesabaran ini belum cukup kukuh untuk melawan badai perasaan yang teramat hebat. 2,3 hari ini dada terasa sesak..terasa sakit, mungkin kerana terlalu banyak menahan perasaan. Menahan desakan hati, sambil menerima saranan-saranan otak yang lebih ingin bertindak rasional. Badan terasa lemah, tak mampu untuk memberi semangat pada anggota2 badan supaya terus melaksanakan tanggungjawab mereka. Semalam terasa juga sedikit ketenangan..mampu juga diusahakan untuk menghadiri kelas dan lab, serta amanah2 yang perlu diselesaikan. Walaupun terasa juga kesukarannya, tapi alhamdulillah..sekurang-kurangnya semalam telah pun berlalu. Hari ini..ketenangan itu diragut pergi sebaik saja menerima panggilan telefon dari mereka di sana. Pada mulanya hati memang enggan untuk menjawab panggilan tersebut (masih 'terasa' dgn insiden 2 hari lepas), namun apabila mendapat sms yang menyuruh saya menjawabnya, hati terus diserbu rasa bimbang. Abang yang bercakap dengan saya..dan dapat saya kesan nada suaranya yang sedikit berubah. Saya tahu abang tengah cuba bertenang, dan saya tahu abang pun menangis jgk. Dan hati saya cukup berdebar, terus saya tanyakan tentang keadaan abah. Cukuplah saya tahu yang abah masih ada, itu telah banyak melegakan hati saya. Namun hati masih belum mampu ditenangkan..mereka mintak saya bercakap dengan abah, memberi peluang untuk saya meluahkan apa saja yang ingin saya sampaikan. Sakitnya rasa dada saat itu..kerana selama ini bila saya mintak nak bercakap dengan abah, ma akan kata yang abah tengah tidur. Mungkin benar, tapi keadaan abah sekarang pun tidak banyak yang berubah dengan sebelum ni, tapi kenapa mereka suruh saya bercakap dengan abah plk? Seolah-olah itulah kali terakhir yang akan saya perolehi..seolah-olah abah akan pergi x lama lagi. Perasaan sebak tak mampu diselindungkan lagi..namun cuba juga untuk bertahan. Ma tanya jika saya ingin mengajar abah mengucap 2 kalimah syahadah..saya gembira kalau saya mampu melakukannya, namun saya tiada kekuatan itu. Airmata tak henti mengalir, apabila perkara itu ditimbulkan..memang cukup membuatkan saya rasa yang masa abah dah teramat sedikit. Sekarang ini, abah mengalami masalah pernafasan, perlu dibantu dengan mesin. Dan mengikut perancangan, petang tadi (waktu malaysia) doktor akan membuat lubang di tekak abah untuk memberi laluan udara masuk, supaya abah tak struggle sangat untuk bernafas. Harap-harap itu akan membantu abah..semoga abah dapat bertahan. Bertahanlah selagi mampu...tunggu saya datang.

No comments: