Friday, August 31, 2007

Selamat Hari Merdeka!










Ribuan manusia memenuhi dataran KLCC untuk menyambut kedatangan tanggal 31 Ogos sermpena hari Merdeka. Tahun 2004, saya bersama beberapa orang sahabat di bawah anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia bertugas menyampaikan risalah dakwah di tengah-tengah hiruk-pikuk sambutan Merdeka.

Sebaik keluar dari bangunan KLCC, kedengaran jelas suara seorang artis "rock" tanah air menjerit membangkitkan semangat kemerdekaan di kalangan muda-mudi disitu. "Biar kita buktikan bahawa kita orang muda pun tahu apa erti merdeka!" begitulah laungan artis tersebut yang disambut oleh sorakan sepenuh tenaga dari para penonton tanda mereka bersetuju. Lalu lagu dan muzik yang dihiasi oleh getaran bunyi gitar elektrik dan ketukan dram dibunyikan meraikan merdeka yang mereka faham.

Persoalannya apakah erti atau falsafah kemerdekaan yang difahami oleh muda-mudi zaman sekarang. Apakah hari kemerdekaan yang mereka sambut tidak lebih dari berseronok mendengar nyanyian artis terkenal sambil menyaksikan letupan bunga api berwarna-warni menghiasi langit malam. Apakah hari kemerdekaan sekadar dihayati sebagai hari kebangsaan yang tidak lebih dari hari pelepasan am seluruh warga Malaysia yang bekerja. Hari kebebasan dari bebanan kerja yang menyusahkan. Hari untuk berseronok dengan rakan-rakan atau dalam erti kata lain hari yang menghalalkan untuk mereka melakukan apa sahaja.

Membicarakan persoalan falsafah kemerdekaan biarlah difahami dahulu makna perkataan falsafah yang telah wujud sejak 2000 tahun dahulu dalam era kegemilangan Yunani. Menurut Dr Hamka di dalam bukunya "Falsafah Hidup". Falsafah berasal dari dua suku kata iaitu "pilos" dan "sofos". "Pilos" membawa erti penggemar manakala "sofos" membawa makna hikmah. Oleh itu apabila kita membicarakan soal falsafah kemerdekaan maka sebenarnya kita membicarakan hikmah atau pemahaman sebenar di sebalik kemerdekaan yang kita sambut saban tahun.

Dalam ucapan Tunku Abdul Rahman sempena ucapan perasmian persidangan agung umno Malaya yang diadakan di di Melaka pada 4 dan 5 April 1953 yang dihimpunkan di dalam buku “Bumi dipijak Orang” jelas menyatakan falsafah kemerdekaan yang dicitakan oleh generasi terdahulu.

Dalam ucapannya beliau menyebut: “Di dalam sedikit masa ini orang-orang melayu telah sedar bahawa nasib bangsanya itu semakin hari semakin buruk. Dan rod di dalam badan kita telah memohon kepada Allah SWT dan Allah SWT pun kabulkan doa kita itu dengan menggerakkan hati kita bagi menuntut dan mencapaikan kemerdekaan dengan segera. Kita yakin merdeka inilah sahaja yang boleh menyelamatkan bangsa kita.

Berdasarkan ucapan bernas bapa kemerdekaan Malaysia ini, kemerdekaan sebenarnya ialah mekanisme untuk mengangkat martabat bangsa. Mencapai kemerdekaan bukanlah objektif terakhir akan tetapi batu loncatan untuk cita-cita yang lebih besar iaitu untuk mengeluarkan masyarakat dari kemunduran dan kehinaan. Oleh itu, tugas generasi masa kini hakikatnya masih belum berakhir dengan sekadar berseronok menyambut hari merdeka. Sepatutnya tanggal 31 Ogos yang kita sambut setiap tahun merupakan tarikh peringatan kepada kita untuk memperbaharui tekad bagi menyambung usaha pejuang-pejuang terdahulu yang ingin mengangkat martabat umat.

Permasalahannya adakah muda-mudi berasa bertanggungjawab untuk berjuang demi Negara, bangsa dan agama bila hari merdeka menjelma. Selain itu, kemerdekaan menurut "wikipedia" sebuah laman web ensiklopedia yang sarat dengan maklumat ialah pembebasan dari penjajahan. Sambutan besar-besaran diadakan setiap tahun meraikan pengunduran "Union Jack" dari tanah melayu dan sebagai melahirkan rasa patriorisme yang benci kepada sebarang bentuk penjajahan

Namun sambutan kemerdekaan yang sepatutnya lambang kebebasan bertukar menjadi bukti bahawa rakyat Malaysia masih dijajah. Kalau dahulu umat melayu dijajah dalam bentuk fizikal, hari ini mereka dijajah dalam bentuk pemikiran. Budaya penjajah dicedok bulat-bulat tanpa ada batasan. Lihat sahaja budaya liar "punk" dan "metal" yang turut mewarnai remaja-remaja yang menyambut hari kemerdekaan.

Menurut Tun Dr. Mahathir di dalam ucapannya yang dirakam di dalam "Encyclopedia of Dr. Mahathir bin Mohammad". Beliau berpandangan bahawa meniru budaya lain bukanlah semestinya salah namun yang menjadi problem kepada kita ialah apabila kita meniru membuta-tuli tanpa membezakan antara yang baik dan salah.

Dalam ucapan yang sinis Tun Dr. Mahathir menggambarkan fenomena yang berlaku di kalangan orang Melayu."What the West does today, the east will do tomorrow and the Malays the day after. If the West stops doing it, the East will follow suit tomorrow and the Malays are likely to do the thereafter."

Apa yang dilakukan oleh barat hari ini akan dilakukan oleh penduduk timur keesokannya dan melayu pula akan menyusul hari berikutnya. Bilamana barat berhenti mengamalkannya maka penduduk timur turut berhenti dan melayu seperti selalunya akan mengikut selepas itu.

Ucapan beliau mengingatkan kita bahawa mengapa kita perlu jadi Pak Turut sedangkan kita mampu menilai. Biarlah kemerdekaan mengingatkan kita akan jati diri kita yang sebenar sebagai anak Malaysia yang punya acuan hidup tersendiri . Usahlah kita menjadi "Barat jadian" hasil dari jati diri ikut-ikutan.

Kedatangan hari kemerdekaan juga perlu mengingatkan kita bahawa kebebasan yang dikecapi perlu dipertahankan dengan memperkukuhkan diri kita agar dapat menyumbang ke arah keharmonian Malaysia. Mengecapi merdeka bukan bererti kita tidak akan dijajah lagi. Negara kita mungkin saja dijajah dalam bentuk yang pelbagai. Tanpa menyedari hakikat bahawa ancaman terhadap kemerdekaan yang kita kecapi sekarang sentiasa wujud, maka kita akan sentiasa leka tanpa merasa keperluan untuk membangunkan modal insan.

Amat malang sekali kerana generasi hari ini sekadar merenung sejarah hitam penjajahan dari sudut nostalgia silam yang sudah lepas. Sejarah dianggap sebagai bahan cerita lepas yang menarik untuk diketahui. Mereka sekadar memandang sejarah dari sudut penceritaan tetapi lupa bahawa sejarah ialah realiti hidup lepas yang boleh berulang. Sejarah sentiasa akan berulang kembali bagai roda yang berputar, cuma yang membezakannya ialah watak-watak lakonan dalam sejarah tersebut.

Menurut sarjana Islam Ibnu Khaldun di dalam “Muqaddimah”, sejarah bukanlah sekadar peristiwa lepas yang tiada dengan kita yang hidup hari ini namun adalah perkara yang perlu dipelajari kerana sejarah sentiasa berulang. Justeru itu, al-Quran itu sendiri sarat dengan kisah-kisah sejarah umat sepanjang zaman sebagai pengajaran kepada manusia hari ini. Sesungguhnya mereka yang memahami peristiwa silam adalah mereka yang memahami masa hadapan. Oleh itu, kemerdekaan yang hadir perlu diambil sebagai iktibar untuk membangunkan jati diri “insan kamil” atau manusia yang lengkap serba-serbi sebagai persediaan menghadapi sebarang bentuk ancaman. “Insan kamil” yang dimaksudkan di sini ialah manusia yang teguh agamanya dan dalam masa yang sama tinggi produktivitinya untuk kebaikan umat. Pendek kata kehebatan dunia dan akhirat bersatu dalam dirinya.

Kemerdekaan juga perlu dipisahkan dari makna kebebasan tanpa batasan kerana maksud dari mencapai merdeka itu sendiri ialah untuk memelihara hak semua individu di dalam masyarakat. Kebebasan harus tidak sampai membebankan atau menjadi perosak kepada institusi masyarakat. Kebebasan individu untuk buat apa sahaja atas nama "hak kemanusiaan" adalah salah. Kepentingan masyarakat perlu didahulukan berbanding kepentingan peribadi yang sempit.

Islam sebagai agama yang memelihara hak-hak setiap individu manusia telah lama menekankan di dalam "Qawaid Fiqhiyyah" atau dasar-dasar penentuan hukum bahawa "hak jamaah(umat) perlu didahulukan berbanding hak peribadi". Perkara ini begitu jelas dibentang oleh Dr. Yusof Al-Qardhawi di dalam bukunya "Fiqh awliyat" atau feqah keutamaan.

Di dalam buku tersebut beliau menegaskan bahawa apabila terjadi perselisihan di antara kepentingan peribadi dan orang ramai, maka kepentingan umum perlulah terlebih dahulu dipelihara. Sebagai contoh beliau memetik pandangan Imam Al-Ghazali berhubung sekiranya terjadi peperangan yang dahsyat dan keperluan untuk berperang telah menjadi fardu ain maka wajib bagi setiap individu mendahulukan kepentingan agama, Negara dan masyarakat untuk pergi berperang.

Malangnya setelah 50 tahun merdeka ,hasrat mencapai kemerdekaan untuk menjaga kelangsungan masyarakat kian pudar. Sikap individualisme telah mengambil alih tafsiran kemerdekaan hari ini. Hak individu telah diagungkan melebihi hak umum.

Contohnya apa yang dinyatakan Tun Dr. Mahathir di bawah tajuk "A system values and the malays" di dalam ensiklopedia biodata beliau yang mengakui kewujudan masyarakat melayu yang menerima budaya barat yang mengamal seks di luar nikah dengan tinggal bersedudukan lelaki dan perempuan. Sikap mereka yang melampau bakal merosakkan institusi kekeluargaan dalam masyarakat. Sikap mengagungkan hak kebebasan diri ini jelas terpamer pada segelintir remaja di kala malam ambang merdeka.
Tanpa menghiraukan sentiviti masyarakat, muda-mudi Melayu Islam hasil tinjaun saya pada perayaan merdeka yang lepas, mereka sanggup berpelukan di khalayak ramai, minum arak secara terbuka dan ada pula yang tanpa segan silu memperagakan tubuh badan dengan pakaian menjolok mata di hadapan umum.

Sebenarnya menurut Dr. Kamar Oniah seorang pensyarah di UIA, masyarakat Malaysia kini menuju ke arah masyarakat "non-conscience" atau masyarakat yang tidak mampu membedakan yang mana baik dan yang mana buruk. Kepentingan keseronokan peribadi seringkali menjadi dalil menghalalkan tingkah laku buruk mereka. Lebih menyedihkan sikap sesetengah golongan pemuda pemuja budaya "hedonisme" telah mengambil peluang kehadiran kemerdekaan sebagai kebebasan tanpa batasan.

Selain itu, falsafah kemerdekaan juga mengajak kita untuk bersatu atas nama bangsa Malaysia. Sikap prejudis antara sesama bangsa perlu diketepikan dan sebaliknya sikap toleransi dan saling memahami perlu disuburkan. Dasar "divide and rule" yang diamalkan oleh British pada zaman penjajahan telah melahirkan masyarakat saling berprasangka buruk.

Justeru itu, sewaktu Malaya ingin menuju kemerdekaan terdapat mereka yang masih ingin berada di bawah pemerintahan British. Antara faktor yang menyebabkan mereka kurang bersetuju dengan seruan Tunku Abdul Rahman untuk merdeka ialah kerisauan mereka berhubung status kaum Cina yang bakal menjadi warga Negara Malaya dengan hak-hak yang terpelihara. Namun Tunku Abdul Rahman pantas menyanggah pandangan seumpama ini sambil menegaskan bahawa kemerdekaan yang dicapai tanpa memberikan hak yang sewajarnya bakal mencetuskan huru-hara lalu menghancurkan matlamat kemerdekaan itu sendiri.

Bagi beliau keamanan yang ingin dicapai bukan sekadar keamanan sementara akan tetapi keamanan sehingga akhir zaman. Perkara ini jelas dinyatakan di dalam ucapan bapa kemerdekaan Malaysia. “Merdeka yang kita tuntut ialah merdeka yang membawa kesenangan bukan sahaja pada masa ini malahan sehingga ke akhir zaman.” Kita perlu menyedari untuk mengekalkan keharmonian yang kita capai hasil daripada kemerdekaan, kita perlu bersatu tanpa menghiraukan perbezaan di antara kita.

Lihat sahaja contoh agung Nabi Muhammad S.A.W yang amat memahami bahawa kesatuan adalah kunci memelihara keharmonian dan kedaulatan Negara. Menurut pengarang buku "Sejarah Islam Abad Pertama" Mohd Mokhtar Shafie , Rasullah S.A.W telah menyatukan penduduk Madinah yang terdiri dari pelbagai puak dan kaum melalui piagam Madinah. Baginda juga telah memperkenalkan perkataan "umat" buat kali pertama digunakan di dalam lapangan politik yang merujuk semua warga Madinah sama ada kaum muhajirin, ansar atau pun yahudi.

Begitulah pentingnya perpaduan yang dapat menjaga keharmonian Negara agar kemerdekaan yang dicapai tidak luput dari tangan kita. Bak kata pepatah "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh". Biarlah kedatangan hari Merdeka yang baru ini menjadi titik tolak untuk kita benar-benar memahami falsafah kemerdekaan yang diperjuangkan oleh generasi terdahulu. Pengorbanan dan jerit perih mereka untuk perlu dihargai dengan cara yang paling bermakna dan kemerdekaan pula disyukuri dengan kita terus berjuang mempertahankan kemerdekaan ini.

Mohd Nabil Majdi bin Arip
Exco Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP)

p/s : Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-50 dengan erti sebenar kemerdekaan..

Wassalam.

Thursday, August 30, 2007

Best Deeds

It is narrated on the authority of Abdullah bin Mas'ood (may Allah be pleased with him), who observed:

"I asked Allah's Messenger (may peace be upon him) which deed was the best." He (the Holy Prophet s.a.w.) replied: "The Prayer at its appointed hour." I (again) asked: "Then what?" He (the Holy Prophet s.a.w.) replied: "Kindness to the parents." I (again) asked: "Then what?" He replied: "Earnest struggle (Jihad) in the cause of Allah." I refrained from asking any more questions for fear of annoying him. (Sahih Muslim: 120)

Abu Hurairah (may Allah be pleased with him) reported that Allah's Messenger (may peace be upon him) was asked about the best of deeds. He observed: "Belief in Allah." He (the inquirer) asked: "What's next?" He (the Holy Prophet s.a.w.) replied: "Jihad (struggle to the utmost) in the cause of Allah." He (the inquirer) again asked: "What's next?" He (the Holy Prophet s.a.w.) replied: "Pilgrimage accepted into the grace of the Lord." (Sahih Muslim: 118)

Abu Dharr (may Allah be pleased with him) reported that I asked the Messenger of Allah: "Which of the deeds is the best?" He (the Holy Prophet s.a.w.) replied: "Belief in Allah and Jihad in His cause." I again asked: "Who is the slave whose emancipation is the best?" He (the Holy Prophet s.a.w.) replied: "One who is valuable for his master and whose price is high." I asked: "What if I cannot afford to do it?" He (the Holy Prophet s.a.w.) replied: "Help an artisan or make anything for the unskilled (laborer)." I (Abu Dharr) said: "O Messenger of Allah, you see that I am helpless in doing some of these deeds." He (the Holy Prophet s.a.w.) replied: "Desist from doing mischief to the people. That is your own charity for your self." (Sahih Muslim: 119)

SOME OF THE HUMAN QUALITIES ALLAH, THE ALMIGHTY LOVES
"Say (O Muhammad to mankind): "If you (really) love Allah, then follow me (i.e. accept Islamic monotheism, follow the Quran and the Sunnah), Allah will love you and forgive you your sins. And Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful." (Quran: 3:31)

Patience
"And Allah loves as-Sabirun (the patient)." (Quran: 3:146)

Justice and Dealing with Equity
"Be just: that is nearer to piety; and fear Allah." (Quran: 5:8)

Putting Trust in Allah
"Certainly, Allah loves those who put their trust (in Him)." (Quran: 3:159)

Perfection of One's Work
The Messenger (peace be upon him) said: "Allah loves that if one does a job he perfects it."

Rescuing
Abu Ya ‘la Dailami and Ibn Asakir narrated: Abu Hurairah and Anas Ibn Malik said: Allah's Messenger (peace be upon him) said: "Allah loves rescuing the one who needs rescue."

Being Kind and Gentle to Others
Baihaqani narrated: Allah's Messenger (peace be upon him) said: "Allah is kind and gentle (to others)."

Kindliness
Aisha narrated: The Messenger of Allah (peace be upon him) said: "Allah loves kindliness in all matters." (Bukhari)

Repentance
"Truly, Allah loves those who turn unto him in repentance." (Quran: 2:222)

Piety
"Verily, then Allah loves those who are al-Muttaqun (the pious)."(Quran: 3:76)

Good-doing
"Truly, Allah loves Al-Muhsinun (the good-doers)." (Quran: 2:195)

Body Purification
"And Allah loves those who make themselves clean and pure [ i.e. who clean their private parts with dust (which has the properties of soap) and water from urine and stools, after answering the call of nature]." (Quran: 9:108)

Humility of the Rich
Muslim narrated: Sa'd Ibn Abi Waqqas said: Allah's Messenger (peace be upon him) said: "Allah loves the believer who is pious and rich, but does not show off."

Belief and Work
Al-Tabarani narrated: Allah's Messenger (peace be upon him) said: "Allah loves the slave who believes and acquires a career (or work)."

Reflection of Allah's Grace
Al-Tirmidhi narrated: Allah's Messenger (peace be upon him) said: "Allah loves from amongst his slaves, the one who has a sense of zeal or honor."

Magnanimity
Al-Hakim narrated: The Messenger of Allah (peace be upon him) said: "Allah is All-Generous and He loves generosity in sale, purchase and judgment."

Virtuosity
The Messenger of Allah (peace be upon him) said: "Allah loves the slave-believer who is poor but virtuous enough to refrain from begging though he has many children." (Muslim and Ahmed)

Loftiness
Al-Tabarani narrated: the Messenger of Allah (peace be upon him) said: "Allah loves lofty matters and superiority and hates inferior matters."

Justice
Allah's Messenger (peace be upon him) said: "Allah loves that you be just toward your children even when kissing them." (Ibn Al-Najjar)

Strength
Muslim narrated: Allah's Messenger (peace be upon him) said: "The strong believer is better and more loved by Allah than the weak one, but they are both good."

Love for the Sake of Allah
Al-Tabarani, Ibn Ya'la, Ibn Hibban and Al-Hakim narrated: Allah's Messenger (peace be upon him) said: "If two men love each other for the sake of Allah, the stronger in love to his brother will be more loved by Allah."

Forgiveness
Ibn Iday narrated: Allah's Messenger (peace be upon him) said: "Allah is All-Forgiving and He loves forgiveness."

Continuous Performance of Righteous Deeds
Bukhari and Muslim narrated: Allah's Messenger (peace be upon him) said: "The best loved deeds to Allah are the ones that are continuous even if they are not very many."

Loving and Visiting Believers
Malik narrated: Allah's Messenger (peace be upon him) said: "Allah said: My love is due to those who meet for My sake, visit one another and make any effort for My pleasure."

Exhortation and Advising
Abdullah, the son of Imam Ahmed narrated: It was said: Allah's Messenger (peace be upon him) said: "The best loved slaves to Allah are those who exhort their slaves."

Love of Virtuous Deeds
Ibn Abi Al-Dunya narrated: Allah's Messenger (peace be upon him) said: "The best loved slaves to Allah are those who are made to love virtue and loving virtuous deeds is made lovely to them."

Good Manners and Conduct
Al-Tirmidhi narrated: Allah's Messenger (peace be upon him) said: "The best loved by me and the nearest to me on the seats on the Day of Resurrection are those who have the best manners and conduct amongst you, who are intimate, are on good terms with others and are humble, and the most hated by me and who will be on the furthest seats from me are those who are talkative and arrogant."

Love of Allah is the basis of worship that should be directed to Him alone. Any other love should be for His sake too. The real love of Allah is to do whatever He ordained and to abandon whatever He forbade, in addition to following the Prophet's Sunnah.

Whoever obeys someone or something other than Allah and His Messenger, or follows any saying other than theirs, or fears other than Allah or seeks the pleasure of other than Allah, or puts his trust in other than Him, does not love Allah, nor does he love His Messenger. Muslims should also love one another and wish the best for one another. Allah's Messenger (peace be upon him) said:

"One will not be a true believer unless he loves for his brother what he loves for himself." (Bukhari, Muslim, Nasa'i, Ahmed and Ibn Majah)

Imam Malik and Imam Ahmed narrated: Allah's Messenger (peace be upon him) said: "Allah said: My love is due to those who love one another for My sake."


Source: 4newmuslims.org

Wassalam.

Wednesday, August 29, 2007

Mendamba kasih sayang-Mu..

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu…Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..



Wassalam.

Tuesday, August 28, 2007

Salam - the Islamic greeting

Muslims all over the world use the Islamic form of greeting, "Assalamu alaikum", which means peace be to you.

The very wording helps generate a friendly and relaxed atmosphere. It is also common in its shorter and longer forms to all Muslim communities wherever they happen to be. Thus, when two Muslims meet who are total strangers to each other, the moment they use this greeting, they immediately feel that they have common grounds, even when they do not speak each other's languages.

The Islamic greeting has different versions, the shortest of which is the one we have already mentioned. The rule in Islam is that when we are offered a greeting, we return it with a better one, or with its equal at least. God orders in the Qur'an:
"When a greeting is offered to you, answer it with an even better greeting, or (at least) with its like. God keeps count of all things."[Surah an-Nur; 4: 86]

The better greeting and reply are illustrated in the following Hadith. Umar (radiAllahu anhu) reports that he was riding with Abu Bakr (radiAllahu anhu) on one mount. When they passed by people, Abu Bakr (radiAllahu anhu) greeted them saying: 'Assalamu alaikum' and they replied: 'Wa alaikum assalam wa rahmatu Allah.' Or he may greet them saying: 'Assalamu alaikum wa rahmatu Allah,' for which their reply was: 'Wa alaikum assalam wa rahmatu Allah wa barakatuh.' Abu Bakr (radiAllahu anhu) commented: "Today, people have gained much more than us." [Sahih al-Bukhari in Al-Adab Al-Mufrad]

We note that every time Abu Bakr (radiAllahu anhu) offered a greeting, its reply was the same with an addition. The first one was the short form of the greeting of peace. The reply stated: 'Wa alaikum assalam wa rahmatu Allah.' This means: 'And to you be peace together with God's mercy.' Thus, the reply adds a prayer that the person who offered us a greeting should be blessed with God's mercy, both in this life and in the life to come.

When the person who starts the greeting includes in it this same prayer for mercy to the one being accosted, the latter replies with yet another addition, 'wa barakatuh,' which adds a wish for Allah's blessing to the one who took advantage and offered us a friendly greeting. Abu Bakr (radiAllahu anhu's) comment at the end of the Hadith shows that he was pleased with the fact that people always replied to his greeting with a better one.

These are the normal form of greetings mostly used in Muslim communities. Rarely does a greeting go beyond these. It is reported that a man from the Yemen visited Abdullah ibn Abbas (radiAllahu anhu) and greeted him with the full greeting 'Assalamu alaikum wa rahmatu Allah wa barakatuh,' but added something extra. Ibn Abbas told him: 'A greeting of peace ends with the wish for God's blessings.' This means that Ibn Abbas thought that such addition is unnecessary.

However, Kharijah ibn Zaid, a scholar of very high standing who belonged to the generation that followed the Prophet's companions, i.e. the tabieen, used to write when he addressed the caliph: 'Assalamu alaikum wa rahmatu Allah wa barakatuh wa maghfiratuh wa tayyib salawatih.'

The added last phrases express a prayer that the addressee will also have Allah's forgiveness and special blessings. Kharijah would not have added these phrases if he had the slightest doubt about such addition being appropriate. His father was distinguished among the Prophet's companions for his scholarship. When we have two reputable scholars expressing opposite views, we say that one of them was aware of something the other did not know. Perhaps Kharijah was aware that when addressing a person of eminence, the use of additional phrases would be in order.

Another Hadith that speaks of the importance of the wording of the Islamic greeting quotes the Prophet as saying: 'The Jews do not envy you for anything more than they do for the greeting of peace and saying Aameen.' This Hadith stresses the special distinction given to the Islamic greeting.

The Jews the Prophet refers to here are the ones with profound knowledge, such as the well- versed rabbis. They are the ones to appreciate the significance of the Islamic greeting, assalamu alaikum. Aameen is a word which we say when someone addresses a prayer to God. It signifies a request made to God to answer his prayer. This makes the prayer a collective one, with all those who are present joining their fellow Muslim in an appeal to God on behalf of the one who is saying that prayer.

But why would the Jews be envious of our greeting?

The word 'Salam', which means peace, is also a name of Allah. Using it in our greeting is a constant reminder of the special relation between a believer and Allah.

We have already mentioned that the Prophet has encouraged us to use the Islamic greeting often, and with all people. But how important is it to greet others? To answer this question we mention a Hadith reported by Abu Hurairah (radiAllahu anhu) who quotes the Prophet as saying: 'A Muslim has a right against his fellow Muslim in six ways.' Asked what were these, the Prophet said:

'(1)When you meet him, greet him;
(2) if he invites you, accept his invitation;
(3) if he seeks your advice, give him an honest and sincere advice;
(4) if he sneezes and praises God, bless him;
(5) if he falls ill, visit him; and
(6) if he dies, attend his funeral.'
[Sahih al-Bukhari and Muslim]

The Hadith is clear in making it a duty of a Muslim to offer a greeting to his fellow-Muslim when they meet. The one who takes the initiative is in a better position. Although offering a greeting is a sunnah, which means that it is highly recommended, returning a greeting is obligatory.

The other five aspects also help to cement relations within the Muslim community. All of them fall within the category of Sunnah, except for giving an honest advice, which is obligatory. A person who is asked for advice commits a sin if he deliberately and knowingly gives the wrong advice. To do so is dishonest, and dishonesty is forbidden in Islam.


Wassalam.

Selamat Tinggal Silamku!

Mereka berkumpul dalam redha-Mu, indahnya suasana itu.. sejuk, damai dan tenang hati yang memandang. Cemburu hadir di jiwa, dengan keimanan dan ketaqwaan hati-hati mereka. Cemburu dengan kelapangan dan ‘keterbukaan’ mereka dalam menyerap setiap nilai-nilai Islam, setiap ajaran, suruhan dan segala yang Islam anjurkan ke dalam kehidupan mereka. Seketika itu juga, hati dibisikkan dengan kata-kata, menyatakan diri ini terlalu hina, lemah, dan jauh terkebelakang berbanding mereka..tak terhitung kelemahan dan kekurangan diri ini, hati ini yang terlalu kotor, berpenyakit..dan masih degil untuk mengusir jahiliyyah2 dari diri. Diri ini yang lemah, sering tewas pada bisikan-bisikan syaitan laknatuLLAH. Diri ini yang sentiasa flexible dengan batasan-batasan yang Islam telah gariskan, diri ini yang tidak mampu bertegas dengan kebenaran, diri ini yang bisu melontar kata, kaku dalam tingkah laku, diri ini tiada apa yang lebih...hanya sekeping hati yang masih tercari-cari sinar cahaya penunjuk jalan. Mengumpul setiap kekuatan yang ada untuk meneruskan kehidupan ini dalam redha-Nya, ternyata memerlukan bukan sedikit pengorbanan; hati, perasaan, masa dan tenaga...Engkau lebih tahu ya Allah.

Hidup ini bukan untuk bersuka-ria, pentas hiburan bagi mereka yang merasakan hidup masih panjang. Hidup ini jambatan untuk kita ke sana, ke dunia yang selamanya. Dunia yang kekal, yang bakal menjanjikan dua pilihan; syurga ataupun neraka. Kita memilih untuk bergembira di dunia, bahkan semua orang inginkan kegembiraan itu..tetapi tidak semua yang betul-betul berharap pada kebahagiaan di akhirat. Lafaz di bibir tidak memberi erti, tidak cukup keinginan yang ada di hati, jika kita tidak berusaha untuk merealisasikannya dengan amal perbuatan...Walaupun natijahnya takkan kita ketahui di sini, tetapi sedarlah hidup ini terlalu singkat untuk kita bertangguh. Kegembiraan di dunia, hanya nikmat yang sementara..tidak berbaloi untuk kita merasa puas dan senang hati dengannya. Ada apa dengan kenikmatan yang sementara, jika itu menjauhkan kita dari-Nya..dan ‘melayakkan’ kita untuk diseksa kat akhirat sana...Biarlah sengsara dahulu, asalkan pengakhirannya adalah bahagia yang abadi. Kenikmatan yang tak tercapai dek imaginasi akal, jauh lebih indah dari nikmat yang paling indah kat dunia.

Kadangkala hati terfikir, antara pengetahuan dan penghayatan, kenapa selalu ada percanggahan..? Kita tahu dan seringkali kita sendiri yang mengungkapkannya, bahawa kita percaya Allah itu ada, kita tahu Dia sentiasa melihat kita, kita tahu kita solat, berpuasa kerana Dia yang suruh..tetapi sejauh mana kita menghayati setiap pengetahuan dan amalan kita jauh di sudut hati..? Sejauh mana hati kita tunduk saat kita bertemu dengan-Nya 5 kali sehari..? Sejauh mana kita menahan lapar dan dahaga semata-mata untuk mendapat redha-Nya..? Sejauh mana kita melalui kehidupan kita seharian dalam keadaan kita sedar yang Dia tengah melihat setiap apa yang kita lakukan. Kita cukup sedar yang Dia Maha Melihat dan Maha Mendengar setiap isi hati, tetapi seringkali kita lalai dan terlupa hakikat itu, yang menyebabkan kita sentiasa tewas ke lembah dosa. Sukarnya untuk menghayati dan mendidik hati, mengingatkan hati yang segalanya sedang diperhatikan oleh satu Kuasa yang Maha Besar, dan setiap saat segalanya direkod dan dicatat tanpa ada satu pun yang tertinggal. Sukarnya untuk tidak ‘terlena’...ya Allah, ampuni segala dosa-dosaku. Jika dosa itu ada jisim, ternyata diri ini sudah tak termampu lagi untuk membawa diri atas muka Bumi ciptaan-Mu ini ya Allah..kerana dosa yang menggunung. Astaghfirullahal ‘adzim.

Hidup ini teramat singkat, entah bila akan sampai masa dipanggil pulang oleh-Nya. Tapi yang pasti, masa itu tidak panjang..Hari-hari cepat berlalu, sampai suatu masa akan tiba jua saat yang telah ditetapkan. Tempohnya berbeza-beza bagi setiap individu, dan kita tidak mendoakan untuk dipanjangkan nikmat usia..tetapi kita mendoakan jika hidup itu lebih baik buat kita, semoga Allah beri lagi masa untuk kita cari redha-Nya di dunia ini. Tetapi, jika mati itu lebih baik buat kita..(agar kita tidak terus menambah dosa), kita mendoakan semoga Allah ambil nyawa kita dalam keadaan yang paling baik, paling suci dari maksiat dan dosa, paling diredhai-Nya..semoga kita pulang dalam situasi yang tidak memalukan dan terkutuk, tetapi sebaliknya dalam suasana yang tenang. Semoga roh kita pulang dengan selamat, bebas dari murka Allah dan bebas dari segala tanggungjawab kat dunia.

Masa yang singkat dan kesempatan yang hanya sekali ini, semoga tidak disia-siakan. Mungkin esok lusa tiada lagi di sini..tiada siapa mampu menjangka.

Masa silamku Engkau lebih tahu; segala dosa yang telah ku lakukan, segala amanah yang telah ku abaikan. Doaku ya Allah..bantu diriku untuk berubah, bantuku untuk kekal dalam perubahan..berikan kekuatan untukku istiqamah. Ya Allah, redhai setiap langkahan kakiku, setiap gerakan tanganku, setiap denyut jantungku, setiap lafaz kataku, setiap keindahan ciptaan-Mu yang ku lihat, setiap apa yang ku dengar, setiap rasa yang ada di hati..moga Engkau redhai setiap inci kehidupanku..Ameen ya Rabbal ‘alameen.

Selamat Tinggal Silamku

Pergi jauh dariku..biarkanku
Jangan ganggu diriku, Hai silamku
Berat sudah ku tanggung beban ini
Kelak akan ku ganti dengan senyuman
Walaupun pahit dan masihku terasa
Mungkin kali ini kan ku mampu mengharungi
Pimpin jiwaku ini diri yang lemah, Oh Kasihku
Selamat tinggal silamku,
pergi jauh dariku
Selamat Tinggal Silamku....
Kelak akan ku ganti dengan senyuman
OoOoo
Mungkin kali ini kan ku mampu mengharungi
Pimpin jiwaku ini diri yang lemah, Oh Kasihku
Selamat tinggal silamku
pergi jauh dariku
OoOoOoo...
Pergilah... Silamku...
Pergilah... Silamku...
Pergilah... Pergilah..Silamku...

Monday, August 27, 2007

Be thankful to ALLAH!




Here is something to remind us to be thankful and content with what we have, which may be gone without us realising it. I read from a book of supplications, about a du’a taught by the Prophet s.a.w. himself to Muadz bin Jabal that ask for one to be content, thankful and offering good prayers :

اللهم أعنَÙ‰ على ذكرك Ùˆ شكرك Ùˆ حسن عبادتك
“Oh Allah, Help me so that I will always remember you, be thankful to you and offer prayers to you in the best form.”
———————————-----------------------------------------------

Before you think of saying an unkind word,
Think of someone who can’t speak.

Before you complain about the taste of your food,
Think of someone who has nothing to eat.

Before you complain about your husband or wife,
Think of someone who’s crying out to God for a companion.

Today before you complain about life,
Think of someone who went too early to heaven.

Before you complain about your children,
Think of someone who desires children but they’re barren.

Before you argue about your dirty house; someone didn’t clean or sweep,
Think of the people who are living in the streets.

Before whining about the distance you drive,
Think of someone who walks the same distance with their feet.

And when you are tired and complain about your job,
Think of the unemployed, the disabled and those who wished they had your job.

But before you think of pointing the finger or condemning another,
Remember that not one of us are without sin and we all answer to one Maker.

And when depressing thoughts seem to get you down,
Put a smile on your face and thank God you’re alive and still around.

Life is a gift of GOD.
LIVE it….
ENJOY it……
CELEBRATE it………
AND FULFILL it……………
Wassalam.

Sunday, August 26, 2007

M.A.N.I.Snya persahabatan

Manis bicara indah tutur kata
Manisnya iman pengikat ukhuwah
Hati yang manis bercahaya
Kemanisan iman terasa

Bersihkanlah diri dengan zikir Ilahi
Maniskan ilmu dengan seribu amalan
Suburkan jiwa dan hati ke jalan Allah
Kasih yang manis bersulam iman tercipta

Bisikan Islam manis menjelma
Menyentuh jiwa yang dalam dahaga
Putuskan rasa kesumat di hati
Tanamkan kemanisan sejati

Wahai temanku bilakah lagi
Saat nan manis ada di sisi
Mempersembahkan satu perjalanan
Berbekalkan seribu keredhaan

Suara azan bergema di subuh hari
Manis dan merdu menyentuh hati
Penambat rasa cinta Ilahi
Berkat kemanisan ada di sisi

Manis meniti persahabatan
Semanis madu menusuk qalbu
Bersopan santun manis budaya
Nama Islam manis serata..




Selamat Hari Lahir buat sahabat tersayang, Sumayyah dan Yani..26 Ogos 2007. Semoga sentiasa dalam rahmat, perlindungan dan kasih sayang Ilahi..moga diberi yang terbaik di dunia dan akhirat..ameen. Take care always~
Wassalam.

Friday, August 24, 2007

monyet tak berdosa..

Maafkan saya kerana saya tidak bijak mengarang. Saya bukan penulis. Apa yang saya ingin ceritakan pun hanyalah tentang monyet, haiwan yang sering jadi bahan sendaan kita, bukannya tentang wang, saham, barang kemas, kekasih yang jelita mahupun banglo besar. Saya tidak bijak bercerita tentang itu.
Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara. Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di Kuala Pilah, nun di depan sana, saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas.
Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hampir, saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta.
Kereta semakin hampir dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging. Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu.
Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu? Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya! Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya, nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu.
Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hampir saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.
Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet. Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan manusiawi. Tapi tidak kepada saya.
Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini, kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an. Ketika itu usia saya masih di awal 20-an.
Hari itu, saya diajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya terima ajakan bapa saudara saya tadi.
Masih saya ingat, beberapa jam berburu, matahari pun sudah meninggi, tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk, napuh, rusa, ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah bersembunyai jauh dari kami. Hutan itu sepi.
Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang. Relanya. Kata pak cik,"Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa. Mungkin esok ada habuan."
Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami. Saya mengamati suara itu, ternyata ia datang dari sekawan monyet yang sedang memakan buah-buah hutan.
Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu. Di bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar maksudnya. Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu? "Haa. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya, nanti boleh bela, " begitu jawapan pak cik.
Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan niatnya. Tidak akan saya lupa kata-kata pak cik petang itu, "daripada balik tangan kosong?" lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan? DAMMM!!! Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet-monyet tadi menyelamatkan diri.
Hutan itu riuh dengan bunyai ranting patah serta jerit pekik haiwan berkenaan.
BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah. Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan pak cik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan ,tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit.
Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah. Ia cuba bangun. Dengan bersusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah. Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil berguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh, bangun mendapatkan ibunya. Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan.
Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali. Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya.
Saya dan pak cik terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit. Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya.
Saya tidak mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi. 'Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.'
Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya. Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia. 'Dosa apakah yang aku lakukan hingga aku ditembak? Salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini?'
Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya. Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya terkulai di tanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi tidak dapat ditanggung lagi.
Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula. Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik, dia beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripada tumpah ke pipi.
Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang- goncang tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul-betul kesal dengan apa yang berlaku. Suasana sunyi kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang, biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati.
Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik. Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh, tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa sayang kepada ibu. Tapi kita manusia?? Mana hilangnya akal waras kami?
Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Pakcik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam, keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.
Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah saya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalah satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran. Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih sayang ibu.
p/s : kisah ini sangat sedih dan menyentuh perasaan saya, semoga kita semua dapat mengambil segala iktibar dari apa yang dipaparkan oleh penulis ini. Betapa haiwan pun mempunyai perasaan kasih dan sayang, mereka juga ada hak untuk hidup dengan aman, seperti juga kita manusia. Terkadang bila kita berjalan, mungkin ada semut-semut yang turut menggunakan laluan yang sama dengan kita, tapi kita mungkin jarang sedar sampai kadang-kadang terpijak semut-semut yang tak berdosa tu, kesian mereka..Cuba bayangkan diri kita dilanggar kereta sampai lenyek tak bernyawa, begitulah juga keadaan mereka apabila kita pijak mereka dengan tak sengaja...=(
Wassalam.

Thursday, August 23, 2007

sedekah menyucikan harta..

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.
Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman 'Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub menjawab, 'Ya benar, demi keagungan-Mu apalah makna kekayaan tanpa keberkatan-Mu'. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah:

1). Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.

2). Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.

3). Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.

4). Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.

5). Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). InsyaAllah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.

6). Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita, ada hak mereka.

7). Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.

8). Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran surah Ali Imran ayat 92: "Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."

9). Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia).

10). Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jual-beli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi Muhammad s.a.w. sendiri sebelum diutus menjadi Rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.

11). Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami. Dalam satu hadith, Nabi s.a.w. menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)' Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, Nabi s.a.w. bersabda, takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabda baginda lagi, Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.

12). Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi. Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyaAllah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.
"...Dan apa sahaja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah (ikhlas). Dan apa sahaja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya." (Surah al-Baqarah, ayat 272).
Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahawa seseorang berkata kepada Nabi s.a.w., "Sedekah yang mana yang lebih utama itu?" Nabi s.a.w. bersabda, "Engkau bersedekah dalam keadaan senang (shahih) dan berkeinginan (harish)."
Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari 'Uqbah ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat."




p/s: Allah tidak menghitung pada berapa banyak harta yang kita sedekahkan, tetapi Allah melihat pada sejauh mana keikhlasan kita saat kita berbelanja pada jalan-Nya. Duit 10 sen yang disedekahkan mungkin lebih berkat daripada wang beribu yang dikeluarkan, Allah lebih tahu. Dalam bulan Sya'ban yang mulia ini, serta Ramadhan yang bakal datang, semoga kita semua diberi kelapangan dan kesediaan hati untuk berbelanja sedikit kurniaan/harta yang dipinjamkan oleh-Nya pada jalan-jalan yang Dia redhai..AMEEN. InshaAllah rezeki itu datang dari-Nya jua, jika Dia ingin mengambilnya, bila-bila masa saja kita akan merasa kesempitan; tetapi jika Dia ingin menambah dan memperbanyakkan rezeki kita, alhamdulilllah semoga kita dapat menyalurkannya (walau sedikit) untuk mendapat keredhaan-Nya.
Wassalam.

Wednesday, August 22, 2007

contohi sifat cermin..

Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Mu'minah is a mirror to a Mu'minah

It is related from Prophet Muhammad (SAW) : A Mu'min/ah (believer) is a mirror to a Mu'min/ah.


The qualities of a mirror:

1. For it to show the actual image of a person, a mirror must be clean and clear itself. Thus a Mu'min/ah is required to purify his/her heart, thoughts and actions, to qualify to be a mirror of her/his brother/sister.

2. A mirror always shows you your actual image. It doesn't hide your imperfections (May Allah (SWT) forgive us for using this term for His perfect creation). The mirror isn't in a quest to make us happy or sad by showing us otherwise. It simply reflects how we are. It is that honest and truthful.

3. Once you move away from the mirror, on your return it doesn't remind you of the situation it saw you before. If you had just woken up from sleep and looked at it with disheveled looks, once well groomed, it will not tell you of your past. It is forgiving. It doesn't hold grudges. It doesn't remind you of your shameful past.

4. The mirror keeps secrets. Once you moved away from it, your image is gone with you. It will not display your image to the next person that comes along. No matter how much time you spent in front of it, and how many secrets you told it. It shall bury your secrets in itself, and never tell others.

5. Along with your faults, the mirror shows you your beauty and perfection’s. Thus it is fair and encouraging. When you smile at it, it tells you what a healthy habit you have. May Allah (SWT) give us the wisdom to be a mirror to our brothers/sisters. And may He surround us with those who want to be mirrors. Aameen.

~when we die...we leave behind us all we have and take with us all we are~




jangan lupa gosok gigi sebelum tidur eh..=)

Wassalam.

Tuesday, August 21, 2007

ampun dan taubat..

Keampunan kepada orang berdosa adalah seperti air kepada ikan dan juga makanan kepada orang yang tak makan 3 hari. Manusia tidak dapat lari daripada kesalahan kerana mereka diciptakan dalam keadaan lemah. Sungguhpun demikian, Allah s.w.t. tidak mendatangkan kesukaran bagi sekalian manusia.

Firman Allah swt : "Allah mengkehendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagi kamu." (Al-Baqarah 2:185)

Allah yang Maha Pengampun berfirman lagi : "Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai sekalian orang-orang mukmin, semoga kamu mendapat kemenangan." (An-Nur 24:31)

Cuba kita renungi ayat di atas, Allah menjanjikan kemenangan kepada mereka yang bertaubat dan kita semua tahu yang sebenar-benar janji adalah janji Allah. Allah berfirman dalam At-Tahrim, ayat 8 : "Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai..." (66:8)

Kita sebagai manusia ini suka sangat kalau orang suka dan sayang kepada kita, apa lagi jika Allah yang Maha Tinggi suka kat kita yang lemah ni. Ana pernah came across hadith ni yang ada menyebut, "Jika Allah sayang kat kita, para malaikat pula akan memberitahu penghuni dunia dan penghuni dunia akan sayang kat kita."




Rasulullah s.a.w. bersabda : "sekalian anak Adam tidak sepi dari kesalahan dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang lekas bertaubat."




"Dan mereka yang apabila telah melakukan perbuatan keji ataupun menganiayai dirinya, lalu mereka mengingati Allah dan memohon keampunan terhadap dosa-dosanya..." (Al-Imran 3:135).




Allah memuji sikap manusia ini kerana setelah menganiayai dirinya segera menyesali perbuatannya itu. Allahlah yang menciptakan manusia, sudah pasti Allah tahu akan kelemahan dan kemampuan manusia itu sendiri. Jika kita merenungi sabda Rasulullah s.a.w. dan ayat di bawah ini, kita akan rasa terharu dengan rahmat Allah.




Sabda Rasululllah s.a.w. : Orang yang bertaubat dari dosanya itu, samalah seperti orang yang tidak mempunyai dosa lagi.




Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas hingga merugikan diri sendiri, janganlah kamu berputus asa atas rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni segala dosa. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Az-Zumar 39:53).




Allah suka orang yang bertaubat kerana ia suatu bukti bahawa manusia itu tidak lalai akan dosanya dan setiap kali dia terkhilaf atau berdosa, dia segera menyesali dan lantas mendampingi Allah seraya merayu agar dosanya diampunkan. Bagi orang yang sentiasa menghisab diri dan bertaubat, sudah pasti mereka akan berusaha memperbaiki diri sehingga meningkat ketakwaannya.

Sesungguhnya Allah Azzawajalla itu membuka tangan selebar-lebarnya untuk menerima taubat orang yang bebuat jahat di waktu malam sehingga siangnya, dan menerima taubat orang yang berbuat jahat di waktu siang sehingga malamnya. Hal ini berterusan sehinggalah matahari terbit dari barat (yakni Hari Qiamat).

Rasululllah s.a.w. sentiasa mengingatkan umatnya supaya merebut peluang bertaubat yang sentiasa terbuka luas, namun ia ada tempoh akhirnya, di mana rayuan dan rintihan manusia tidak dilayan lagi. Sabda Baginda s.a.w. : "Sesungguhnya Allah s.w.t akan menerima taubat hamba-Nya selama roh belum sampai ke ghar-gharah (hampir nazak)."

Alhamdulilllah - Tuhan dan Rabb kita sangat pengasih dan penyayang - sanggup memaafkan kita yang banyak berdosa dan daif ini.



Ana teringat kembali cerita seorang penceramah ni kat Malaysia Hall tahun lepas. Dia menceritakan bagaimana this person ini dok menangis-nangis memohon keampunan dari Allah s.w.t. atas dosanya berzina. Tapi InsyaAllah, Allah Maha Pengampun...




Allah s.w.t. juga berfirman : "Orang yang menjauhkan diri dari dosa besar dan perbuatan keji yang hanya (khilaf dalam) kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunan-Nya. Dan Dia lebih mengetahui (keadaan)mu, ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu (masih) janin dalam rahim ibumu; maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa." (An-Najm 53:32).




Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : " Iringilah perbuatan jahat itu dengan perbuatan yang baik, nescaya ia akan menghapuskannya."

Cukuplah setakat ini, cuma pesanan ana kepada semua terutamanya diri sendiri, rebut-rebutlah peluang keemasan bertaubat sebelum tibanya waktu pintu taubat kita tertutup. Ana akhiri dengan sebuah doa...

Telah datang seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah s.a.w., lalu berkata : Aduh dosaku! Aduh dosaku! Sehingga dua kali atau tiga kali. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya : Ucapkanlah olehmu: "Ya Allah, keampunan-Mu lebih luas daripada dosaku dan kasih sayang-Mu daripada amalanku." Maka doa itu diucapkan lagi oleh lelaki itu. Rasulullah s.a.w. pun bersabda lagi : Ulangi sekali lagi! Maka diucapkan lagi oleh lelaki itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Berdirilah! Sesungguhnya telah diampuni oleh Allah dosamu itu.
p/s : Allahumma ghfirlie warhamnie... Wassalam.

Monday, August 20, 2007

kata-kata hikmah

1. Tiga perkara yang mesti dijauhi:

Telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Barang siapa yang bangun di waktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya. Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti ia telah marah kepada Allah. Dan barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaannya maka telah hilang dua pertiga agamanya."

2. Empat perkara yang berharga dalam diri manusia:

Telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah. Agama boleh hilang disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain."

3. Lima macam yang dicintai dan lima perkara yang dilupakan:

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Akan datang satu masa umatku, ketika itu mereka mencintai lima macam dan melupakan lima perkara iaitu:
1.Mereka mencintai kepada dunia dan lupa kepada akhirat.
2.Mereka mencintai kepada kehidupan dan lupa kepada kematian.
3.Mereka cinta kepada istana dan lupa kepada kuburan.
4.Mereka cinta kepada harta dan lupa kepada perhitungan di akhirat.
5.Dan mereka cinta kepada makhluk dan lupa kepada Allah."

4. Cantiknya iman dan amal soleh:

Pernah diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: "Ada dua macam yang tidak ada sesuatu yang lebih baik dari keduanya:
1. Beriman kepada Allah.
2. Memberi manfaat kepada muslimin.

Dan ada dua macam yang tidak ada sesuatu yang lebih buruk dari keduanya:
1. Mensyirikkan Allah.
2. Menyakiti kaum muslimin."

5. Jalan untuk dicintai orang yang dicintai:

Dari Usman ra yang bermaksud: "Siapa yang meninggalkan dunia, dia akan dicintai oleh Allah SWT. Siapa yang meninggalkan perbuatan dosa, dia akan dicintai oleh para malaikat. Dan siapa yang membuang sifat tamaknya terhadap kaum muslimin maka dia akan dicintai oleh mereka."

6. Tiga yang menyelamatkan, tiga yang membinasakan, tiga yang boleh mengangkat darjat dan tiga pula yang boleh menghapuskan dosa:

Dari Abu Hurairah ra, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Ada tiga hal yang boleh menyelamatkan, ada tiga hal yang boleh membinasakan, serta ada tiga perkara yang dapat meninggikan darjat dan ada tiga perkara pula yang menghapuskan dosa. Ada pun yang boleh menyelamatkan itu ialah:
1.Takut kepada Allah SWT pada masa bersembunyi dan berterang-terangan.
2.Berjimat dalam keadaan miskin dan kaya.
3.Tetap adil ketika senang dan marah.

Ada pun hal-hal yang boleh membinasakan ialah:
1.Amat bakhil.
2.Memperturutkan nafsu.
3.Merasa hairan melihat kehebatan dirinya.

Dan ada pun perkara-perkara yang meninggikan darjat:
1.Menyebarkan ucapan salam.
2.Suka memberi makan.
3.Melaksanakan solat di waktu malam ketika orang-orang sedang nyenyak tidur.

Sedangkan hal-hal yang mampu menghapuskan dosa ialah:
1.Tetap menyempurnakan solat di tengah-tengah malam yang amat sejuk.
2.Melangkah kaki ke tempat diadakan solat jemaah.
3.Suka menunggu kedatangan solat."

7. Enam perkara yang asing bila berada di enam tempat:

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., yang bermaksud: "Enam perkara yang dipandang asing di enam tempat, iaitu:
1.Masjid adalah asing di kalangan orang-orang yang tidak sembahyang di dalamnya.
2.Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya.
3.Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang fasik (iaitu orang-orang yang tidak mahu mengamalkan isinya).
4.Seorang muslimah yang solehah dipandang asing di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya.
5.Lelaki muslim yang soleh adalah asing di samping perempuan yang hina, yang buruk akhlaknya.
6.Dan orang alim adalah asing di kalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya."

Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memandang mereka di hari kiamat dengan pandangan kasihan."

8. Hati perlukan sinar ilmu sebagaimana tanah memerlukan siraman air hujan:
Rasulullah s.a.w. telah berpesan, yang bermaksud: "Mestilah kamu selalu duduk dekat orang-orang alim dan mendengar cakap ahli-ahli hikmah kerana sesungguhnya Allah SWT menghidupkan hati yang mati dengan nur hikmah (sinar ilmu) sebagaimana Dia menghidupkan tanah yang mati dengan siraman air hujan".

9. Menuju kesempurnaan akal, ilmu dan sumber rezeki:

Umar ra berkata yang bermaksud: "Pandai mengasihi orang setengah daripada akal. Pandai bertanya setengah daripada ilmu dan pandai merancang setengah daripada sumber rezeki".

10.Tiga jenis manusia yang akan mendapat perlindungan Allah SWT di hari Kiamat:

Telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Ada tiga orang yang akan diberi perlindungan oleh Allah SWT di hari kiamat nanti:
1.Orang yang tetap berwuduk pada waktu-waktu yang sulit.
2.Orang yang berjalan ke masjid untuk menunaikan solat pada malam-malam yang gelap iaitu solat Maghrib dan Isyak.
3.Orang yang suka memberi makanan kepada orang yang kelaparan."

11. Sunnah Allah, sunnah para rasul-Nya dan sunnah para wali-Nya:
Dari Ali ra yang bermaksud: "Siapa yang tidak ada padanya sunnah Allah dan sunnah para rasul-Nya dan sunnah para wali-Nya, maka dia dipandang tidak ada nilai sedikit pun. Lalu dia ditanya: Apakah sunnah Allah itu? Jawabnya, menyembunyikan rahsia. Lalu dia ditanya lagi: Apakah sunnah rasul? Jawabnya, berlaku lembut di antara sesama manusia. Kemudian dia ditanya lagi: Apakah sunnah para wali. Jawabnya, menjauhkan gangguan dari kaum muslimin".

12. Orang-orang yang dahulu yang hidup sebelum kita mereka saling berpesan tentang tiga perkara dan saling kirim mengirim (sebagai nasihat):

1.Siapa yang beramal untuk akhirat, maka Allah mencukupkan baginya akan perkara agamanya dan perkara dunianya.
2.Dan siapa yang membaguskan niatnya yang tersembunyi, maka Allah membaguskan keadaannya yang nyata.
3.Dan siapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah memperbaiki hubungannya dengan semua manusia.





tiada guna mempunyai ilmu, sekiranya tidak diamalkan.
tiada guna berdamping dengan orang berilmu, sekiranya tidak dimanfaatkan.
tiada guna bersahabat dengan orang beriman, sekiranya tidak dicontohi akhlaknya.

tiada guna harta yang banyak, sekiranya kedekut untuk bersedekah.
tiada guna diberi akal, sekiranya tidak digunakan untuk berfikir.
tiada guna mempunyai hati, jika hati itu mati.

Wassalam.