Saturday, August 11, 2007

Nur Malam

Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam

Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati menghadap Tuhan
Baru ku sedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terimalah taubatku dan ampunkan dosa-dosaku

Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai Tuhanku
Allah yang satu

Ku akhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Ku harap terimalah taubat

p/s: first time dengar lagu ni masa kt sekolah, tp sy ingat2 lupa sama ada k.bahyah atau k.nazmin yg perkenalkan lagu ni kat kitorg, pastu 'praktis' sama2 kat surau sekolah..dgn lirik ditulis kt whiteboard. hrm, rindunye saat2 tu. lagu ni mmg sedih, mampu membuatkan sy menitis airmata..tp x pasti sama ada hati betul2 insaf, atau disebabkan rentaknye yg macam tu membuatkan sy rase makin homesick, lalu disebabkan homesick la sy nangis..huhu. (tu zaman kanak2 skolah, skrg dh matang kot..hehe). walau ape pun, lirik dia sangat bermakna...

x lama lagi saye akan bergerak ke rumah 'cahaya malamku'..(moga sentiasa dalam jagaan-Nya). InshaAllah akan bermalam di sana, harap2 semoga malam ini hati saya bercahaya tidak seperti malam2 sebelumnya..inshaAllah.=)



saye x tgk sakura, tapi saye suka gambar ni..sebab ada bulan..=) (tp bulan ni nmpk ganjil sikit, sebab dia mengadap ke kiri..kalau ke kanan hati rase lg selesa utk tgk kot..)

Wassalam.

No comments: