Saturday, August 18, 2007

Kempen 'Berpantun Mengeratkan Silaturrahim'..=)

Pantun Nasihat Membawa Berkat

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Di tumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.

-unknown-




Mari Berpantun!

syuhada:
Salam ukhuwah buat semua,
Moga ikatan dapat dieratkan,
Perhatian2 kpd semua,
Pantun syuhada telah berjaya disiapkan.


kak awe:
Nabi Muhammad penyeri alam,
Qur’an mu’jizat jadi panduan,
Akhlak yg baik itu suruhan,
Teman gembira bertambah sayang.

kak sem:
Akhirat di hati dunia di tangan,
Iman menghias akhlak pekerti,
Pantun jaulah saya nantikan,
Pastinya ia mencuit hati.


kak diha utk mizah:
Dari christchurch menuju ke dunny,
Singgah sekejap kat bandar omaru,
Mungkin ada bakat tersembunyi,
Belum cuba belum tahu.

mizah utk kak diha:
Dari dunedin menuju ke sini,
Singgah sekejap kat bandar omaru,
Mendapat pantun indah sekali,
Rase di hati sungguh terharu..

kak awe utk kak wani:
Kembara sufi ke bumi welly,
Tempuhi ranjau onak duri,
Walau jauh dari kami,
Hati bertaut demi Ilahi.

kak wani utk kak awe:
Tautan hati kurniaan Ilahi,
Nilainya lebih seisi bumi,
Kenangan ukhuwah sentiasa di hati,
Semoga bertemu di syurga abadi.


p/s: jgn marah eh sy letak kt blog..time kasih semua.=)

Wassalam.

4 comments:

Anonymous said...

comelnya awk kumpulkan sume pantun2 tue....=)

"air dihidang sirap selasih,
pantun-berpantun moga mengeratkan kasih."

Anonymous said...

kembara kami dibumi Ilahi,
erti hidup cuba dicari,
sayang kami kepada saudari,
walau jauh tetap dihati =)

-mizah sgt chomel! -

Anonymous said...

Nak pantu gak..

Terbaca nama akhwat2 NZ,
menyebabkan rindu pd kalian,
bukanlah murah nak ke NZ,
Hanya ingatan sebagai gantian.

Walaupun setahun dah berlalu,
insyaAllah ukhwah tak layu,
mekasih semua utk setahun yg lalu,
Hanya Allah yg tahu.

rindu orng chch and dunedin..

Anonymous said...

oh sesungguhnya saya tk reti bermadah pujangga namun salute dgn usaha korg sume..
suke dgn seloka tu..best betul!!!

p/s:slm ukhwah fillah kak mizah..abadan abada...