Sunday, April 29, 2007

Selamat Hari Lahir Ibu..

Tertanam naluri keibuan
Amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh ibu
Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Takku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Kau insan penyayang
Betapaku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Ku pastikan dikau aman dikurnia sejahtera
Takku lupakan

Di wajahmu berolak tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Kupastikan dikau aman dikurnia sejahtera
Takku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Tiada aku tanpa ibu
Hanya kau satu di dunia
Bertakhta dikau di jiwaku
Kaulah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih
Betapaku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan
Anak-anakmu
Oh ibu



29 April 2007..selamat hari lahir yg ke-52 buat ibuku.
Semoga sentiasa dlm rahmat dan kasih sayang Ilahi yg berpanjangan..
Semoga ibu diberi kesejahteraan, kebahagiaan serta kejayaan hidup di dunia dan akhirat..
pohon yg terbaik buatmu..ameen.

~doa penghubung kasih, penyampai rindu~

Saturday, April 21, 2007

renungan..=)

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, nescaya tidak seorang pun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." [ 24:21 ]


"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kehormatannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". [ 24:30 ]


"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripada mereka. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya." [ 24:31 ]


Sekian,
wassalam.

adakah cintaku kerana-Nya??


Teman,

Atas tautan ukhwah

Juga atas satu dasar yg kukuh

Nan aqidah Muslim

Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..


Wahai temanku an-nisa,

Engkau sedia maklum

Engkaulah hiasan dunia

Lantaran fitrah itu,

Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu

Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu

Tetapi itulah hakikat kejadianmu..


Wahai temanku ar-rijal,

Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki

Yang seringkali mengimpikan seorang teman disisi

Dan tentulah temanmu yg diimpi,

Seorang serikandi..


Wahai temanku an-nisa,

Aku mengetahui halusnya perasaanmu

Engkau ingin disayangi, ingin dimanjai

Engkau juga ingin menyayangi juga ingin memanjai..

Dan aku juga tahu

Temanmu ar-rijal juga begitu..


Tetapi temanku an-nisa

Ketahuilah engkau

Bercinta itu fitrah

Tetapi jgnlah engkau cemarkannya dengan fitnah.


Kalau benar engkau mengasihinya,

kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah

Dan jika engkau benar mengasihinya kerana-Nya,

Engkau takkan bisa,

Melunakkan soutul engkau.

Engkau tidak kan bisa,

Melemparkan panahan menggodamu.

Kerana engkau tahu,

Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!


Dan engkau mengetahui,

Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,

Namun nafsu itu sentiasa beraja,

Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,

Nafsu raja yg menggila!

Kerana engkau tahu sahabatku an-nisa,

Dia kan terjerumus ke dlm api yg membara

Andai dia menjadi hamba raja nafsu yg gila..

Adakah benar engkau mengasihinya kerana-Nya?


Wahai temanku ar-rijal,

Andai engkau mencintainya,

Cintailah dia kerana-Nya,

Letakkanlah Dia melebihi cintamu kepada dia,

Andai engkau mengasihinya kerana-Nya,

Engkau tidakkan bisa,

Mengajaknya bermukah di taman sepi,

Kerana engkau tahu,

Dia punya 9 nafsu, 1 akal,

Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?

Andai engkau mengasihinya kerana-Nya,

Engkau tidakkan bisa menyentuhnya

Walaupun yg ringan-ringan,

Kerana engkau tahu,

Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!

Dan engkau tahu bukan?

Zina tempatnya di api yg menjunam?

Apakah engkau benar mengasihinya,

Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?


Sahabatku an-nisa,

Sahabatku ar-rijal,

Aku mengasihimu LILLAH,

Lantaran itu,

Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,

Manusia mana yg mampu hidup tanpa cinta?

Bercinta tak salah,

Tetapi letakkan cintamu kepada-Nya yg hakiki,

Dan engkau kan merasa cinta manusia..

Sedikit cuma..

Andai Dia yg engkau dahului,

Engkau takkan gelisah,

Andai dia tidak mengirim sebarang sms,

Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di depan mata.

Engkau tidakkan rindu,

Andai sehari tidak bersua.

Engkau tidakkan kecewa,

andai dia terlupa mengatakan 'I love you'.


Kerana engkau percaya..DIA yg terbaik..

Lantaran DIA yg terbaik,

DIA akan menentukan yg terbaik untukmu.

Dan andai dia yg terbaik untukmu,

DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..

Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN.

Dan itulah yg terbaik buat kalian.

Kalau ada jodoh tak ke mana..


Yakinlah!

Apakah benar engkau meyakini takdir-Nya?

Maafkan aku teman,

Bicaraku penuh ketegasan,

Aku tidak membencimu,

Tetapi aku membenci mungkar itu,

Dan kerana aku takutkan api yg menjunam itu.

Aku menegur yg mana mampu,

Kerana aku takut,

Andai aku tidak menegurmu,

Kita kan sama2 meredah lautan api..

Yg terlalu pedih, yg terlalu seksa, yg terlalu AZAB!!!

Nauzubillah min zalik


Sama-samalah teman,

Pagarilah imanmu,

Agar si iman itu tidak terlepas.

Cintailah DIA,

Kerana DIAlah penjaga iman kita..

Yakinlah dengan DIA..

Serahkan segalanya pada DIA..

Kerana DIA tahu yg terbaik

Sedangkan kita tidak.


ALLAHualam.

Akhirul kalam,

Letakkan si DIA dlm hatimu,

Engkau akan merindui-NYA.

Andai harimu tiada ingatan kpd-NYA

Engkau akan gelisah andai DIA tidak mendengar rintihan-Mu,

Engkau kan rindu andai DIA tidak memandangmu,

Engkau kan tak keruan andai doamu ditolak..

Dan itulah cinta hakiki..

Kerana engkau yakin,

Di sana adanya sebuah pertemuan di taman Syurga yg Indah..

Bercintalah kerana ALLAH..

Dan engkau akan merasakan erti bercinta yg sebenar.

Insya ALLAH!!

Friday, April 20, 2007

Bila Musibah Menimpa..

Allah s.w.t berfirman, mafhumnya,

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayat-Nya.
(QS. al-Baqarah:155-157)

Di dalam musnad Imam Ahmad, Nabi s.a.w bersabda,

"Tidaklah seorang hamba yang ditimpa musibah mengucapkan, "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un, ya Allah berilah aku pahala dalam musibahku ini dan gantilah untukku dengan sesuatu yang lebih baik," kecuali Allah akan memberikan pahala dalam musibahnya dan akan memberikan kepadanya ganti yang lebih baik." (HR. Ahmad 3/27)

Kita Milik Allah dan Akan Kembali Kepada-Nya

Jika seorang hamba benar-benar menginsafi bahawa dirinya adalah milik Allah s.w.t. dan akan kembali kepada-Nya maka dia akan terhibur tatkala ditimpa musibah. Kalimat istirja' ini merupakan penyembuh dan penawar paling mujarab bagi orang yang sedang ditimpa musibah. Dia memberikan manfaat baik dalam waktu dekat mahupun di waktu yang akan datang. Kalimat tersebut memuat dua prinsip yang sangat agung. Jika seseorang mampu merealisasikan dan memahami keduanya maka dia akan terhibur dalam setiap musibah yang menimpanya. Iaitu,

Pertama; Bahawasanya manusia, keluarga dan harta pada hakikatnya adalah milik Allah s.w.t. . Ianya bagi manusia tidak lebih hanya sebagai pinjaman, sehingga jika Allah s.w.t. mengambilnya dari seseorang maka ia ibarat seorang pemilik barang yang mengambilnya kembali dari si peminjam. Demikian juga manusia sebenarnya tidak mempunyai apa-apa, sebelumnya (ketika lahir) dia tidak memiliki apa-apa dan setelahnya (ketika mati) ia pun tidak memiliki apa-apa lagi.

Dan segala sesuatu yang dimiliki oleh seorang hamba tidak lebih hanya seperti barang pinjaman yang bersifat sementara. Seorang hamba juga bukanlah yang telah menjadikan dirinya memiliki sesuatu setelah sebelumnya tidak punya. Dan diapun bukanlah menjadi penjaga terhadap segala miliknya dari kebinasaan dan kelenyapan, dia tidak mampu untuk menjadikan miliknya tetap terus kekal bersamanya. Walau apapun usaha seorang hamba dia tidak akan mampu untuk menjadikan miliknya kekal abadi, juga tidak mampu menjadikan dirinya sebagai pemilik hakiki.

Dan juga seseorang itu hendaklah membelanjakan apa-apa yang dimilikinya berdasarkan perintah pemiliknya yang hakiki, memperhatikan apa yang diperintahkan dan apa yang dilarang. Dia membelanjakan bukan sebagai pemilik, kerana Allah-lah Sang Pemilik, maka tidak boleh baginya membelanjakan pinjaman itu kecuali dalam hal-hal yang sesuai dengan kehendak Pemilik Yang Hakiki.

Kedua; Bahawa kesudahan dan tempat kembali seorang hamba adalah kepada Allah Pemilik yang Haq. Dan seseorang sudah pasti akan meninggalkan dunia ini lalu menghadap Allah s.w.t. sendiri-sendiri sebagaimana ketika mula-mula diciptakan, tidak memiliki harta, tidak membawa keluarga dan anak isteri. Akan tetapi manusia menghadap Allah dengan membawa amal kebaikan dan keburukan.

Jika awal mula dan kesudahan seorang hamba adalah demikian maka bagaimana dia akan berbangga-bangga dengan apa yang dia miliki atau berputus asa dari apa yang tidak dimilikinya. Maka memikirkan bagaimana awal dirinya dan bagaimana kesudahannya nanti adalah merupakan penawar paling mujarab untuk mengubati sakit dan kesedihan. Demikian juga dengan mengetahui secara yakin bahwa apa yang akan menimpanya pasti tidak akan sia-sia atau luput dan begitu juga sebaliknya.

Allah s.w.t. berfirman, mafhumnya,

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (QS. al-Hadid:22-23)

Ingat Nikmat Yang Masih Ada

Bandingkan besarnya musibah dan besarnya nikmat yang telah diterima. Maka akan didapati bahawa Allah s.w.t masih memberikan nikmat seumpama musibah malah sebenarnya lebih banyak lagi. Dan jika seseorang bersabar dan redha maka Allah s.w.t. akan memberikan sesuatu yang lebih baik dan besar daripada apa yang hilang dalam musibah, bahkan mungkin dengan berlipat ganda. Dan jika Allah s.w.t. menghendaki maka akan menjadikan lebih dan lebih lagi dari yang ada.

Musibah Menimpa Semua Orang

Sedarlah bahawa musibah itu pasti dialami oleh semua orang. Lihatlah ke kanan, maka akan didapati di sana orang yang sedang diberi ujian, dan jika menengok ke kiri maka di sana ada orang yang sedang ditimpa kerugian dan malapetaka. Dan seorang yang berakal, sekiranya ingin memperhatikan sekelilingnya maka dia tidak akan mendapati kecuali di sana pasti ada ujian hidup, entah dengan hilangnya barang atau orang yang dicintai atau ditimpa sesuatu yang tidak disukai dalam hidup.

Kehidupan dunia tidak lain adalah ibarat kembangnya tidur atau bayang-bayang yang pasti lenyap. Jika dunia mampu membuat orang tersenyum sesaat maka dia mampu mendatangkan tangisan yang panjang. Jika ia membuat bahagia dalam sehari maka ia pun membuat duka sepanjang tahun. Kalau hari ini memberikan sedikit maka suatu saat akan menahan dalam waktu yang lama. Tidaklah suatu rumah dipenuhi dengan keceriaan kecuali suatu saat akan dipenuhi pula dengan duka.

Ibnu Mas'ud r.a berkata, "Pada setiap kegembiraan ada duka, dan tidak ada satu rumah pun yang penuh dengan kebahagiaan kecuali akan dipenuhi pula dengan kesedihan."

Berkata pula Ibnu Sirin, "Tidak akan pernah ada senyuman yang berterusan , kecuali setelahnya pasti akan ada tangisan."

Hindun binti an-Nu'man berkata, "Kami melihat bahawa kami adalah termasuk orang yang paling mulia dan memiliki harta paling banyak, kemudian matahari belum sampai terbenam sehingga kami telah menjadi orang yang tidak punya apa-apa. Dan merupakan hak Allah s.w.t. bahwa tidaklah Dia memenuhi suatu rumah dengan kebahagiaan, kecuali akan mengisinya pula dengan kesedihan."

Dan ketika seseorang bertanya tentang apa yang menimpanya maka dia mengatakan, "Kami pada suatu pagi, tidak mendapati seseorang pun di Arab kecuali berharap kepada kami, kemudian kami di petang harinya tidak mendapati mereka kecuali menaruh belas kasihan kepada kami."

Keluh Kesah Menambahkan Penderitaan

Sedarlah bahawa keluh-kesah tidak akan dapat menghilangkan musibah. Bahkan hanya akan menambah serta melipatgandakan sakit dan penderitaan.

Musibah Terbesar Adalah Hilangnya Kesabaran

Ingatlah bahawa hilangnya kesabaran dan sikap berserah diri adalah lebih besar dan lebih berbahaya daripada musibah itu sendiri. Kerana hilangnya kesabaran akan menyebabkan hilangnya keutamaan berupa kesejahteraan, rahmat dan hidayah yang Allah s.w.t. kumpulkan tiga hal itu dalam sikap sabar dan istirja' (mengembalikan urusan kepada Allah).

Sumber asal : “Ilaj harril musibah wa huzniha,” Imam Ibnul Qayyim (KM)


Sekian,
wassalam.

Thursday, April 19, 2007

Cecahkan dahimu ke sejadah..

Bersihkan dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakan solat jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah , Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian

Justeru ku menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’

Sucikanlan dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak di bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru , sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal-usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk , itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan “Hayya ‘alas Solaah”
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan “Hayya ‘alal Falaah”
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta, takhta dan putera
Isteri , kad kredit dan kereta
Kondominium , saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia…


Sekian,
wassalam.

Wednesday, April 18, 2007

Bisikan Malam

Tak ada musuh yang tak dapat ditaklukkan oleh cinta.

Tak ada penyakit yang tak dapat disembuhkan oleh kasih sayang.

Tak ada permusuhan yang tak dapat dimaafkan oleh ketulusan.

Tak ada kesulitan yang tak dapat dipecahkan oleh ketekunan.

Tak ada batu keras yang tak dapat dipecahkan oleh kesabaran.

Semua itu haruslah berasal dari hati anda.

Bicaralah dengan bahasa hati, maka akan sampai ke hati pula. Kesuksesan bukan semata-mata betapa keras otot dan betapa tajam otak anda, namun juga betapa lembut hati anda dalam menjalani segala sesuatunya. Anda takkan dapat menghentikan tangis seorang bayi hanya dengan merengkuhnya dalam lengan yang kuat. Atau, membujuknya dengan berbagai gula-gula dan kata-kata manis. Anda harus mendakapnya hingga ia merasakan detak jantung yang tenang jauh di dalam dada anda.

Mulailah dengan melembutkan hati sebelum memberikannya pada keberhasilan anda.



Sekian,
wassalam.

Tuesday, April 17, 2007

Mutiara Kata



Ada tiga perkara yang menyelamatkan dan tiga perkara pula yang mencelakakan.

Adapun tiga perkara yang menyelamatkan itu :

1. Berlaku adil di kala marah dan di kala suka.
2. Takut kepada Allah di tempat rahsia dan di tempat terbuka.
3. Hemat di waktu kaya dan di waktu miskin.

Adapun yang mencelakan ialah :

1. Kedekut yang diperturutkan.
2. Hawa nafsu yang dipatuhi.
3. Manusia mengagumi dirinya sendiri.

Takhtakan akalmu setinggi-tinggi darjat dan perhambakanlah nafsumu pada serendah-rendah martabat....

Janganlah bermuram...Isikanlah ruang waktu persahabatan yang ada dengan gurauan dan senyuman. Nanti bila berpisah, ada sesuatu yang manis untuk dikenangkan.

Kelembutan adalah senjata memadamkan api kemarahan.

Kutiplah mutiara-mutiara yang dilemparkan oleh ombak ke pantai dan jika anda ingin lebih banyak lagi, anda perlulah berani menyelam ke dasar laut mencarinya.

Untuk menjadi orang yang berjaya, anda perlu bertindak untuk berjaya. Sebuah kapal dibuat bukan untuk berlabuh. Ia perlu berlayar menghadapi gelombang dan ribut. Begitulah hidup kita.

Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang lain pula.

Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Kerana hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.

Seorang bijak pernah berkata, bahawa ada dua hari dalam hidup ini yang sama sekali tidak perlu anda khuatirkan.

Yang pertama; Hari kelmarin. Anda tidak boleh mengubah apa pun yang telah terjadi. Anda tidak boleh menarik perkataan yang telah diucapkan. Anda tidak mungkin lagi menghapus kesalahan dan mengulangi kegembiraan yang anda rasakan kelmarin. Biarkan hari kelmarin berlalu. Lepaskan saja.

Yang kedua; Hari esok. Hingga mentari esok hari terbit, anda tidak tahu apa yang akan terjadi. Anda tidak boleh melakukan apa-apa esok hari. Anda tidak mungkin sedih atau ceria di esok hari. Esok hari belum tiba; biarkan saja.

Yang tersisa kini hanyalah hari ini. Pintu masa lalu telah tertutup; pintu masa depan pun belum tiba. Tumpukan sahaja diri anda untuk hari ini. Anda dapat mengerjakan lebih banyak hal hari ini bila anda mampu memaafkan hari kelmarin dan melepaskan ketakutan akan esok hari. Hiduplah hari ini. Kerana, masa lalu dan masa depan hanyalah permainan fikiran yang rumit. Hiduplah apa adanya. Kerana yang ada hanyalah hari ini. Esok atau lusa belum tentu abadi.

Hidup tidak selamanya untuk ketawa. Juga bukan selamanya untuk menangis. Kegembiraan dan kesedihan silih berganti. Seperti juga perubahan musim yang berlaku, ada kalanya hujan berterusan hingga bumi dilanda banjir. Ada masanya panas memanjang hingga tanah menjadi kering kontang.

Usah diratapi pada sebuah perpisahan tapi tangisilah pada sekelumit pertemuan kerana tanpa pertemuan tak akan wujud perpisahan. Mengertilah bahawa pertemuan tidak menjanjikan keriangan manakala perpisahan bukan bererti kita akan kecundang untuk selamanya. Oleh itu terimalah hakikat setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan.

Kurniaan paling bererti yang diberikan Tuhan dalam hidup ini sesungguhnya bukanlah berupa harta benda, tapi kesempatan.

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi, kasih Allah tiada bertepi, sayang Allah janji-Nya pasti.

=)

Sekian,
wassalam.

Monday, April 16, 2007

Sebagai manusia, saye sayang semua..=)

Sejauh mana kita memberi keutamaan pada yang lebih penting, sejauh mana iman kita..?

Ketuklah pintu hati dan renungi kata-kata ini;

Kenapa bila nak pegi kelas ke tgk wayang ke dating (bkn saye eh..=P) ke..kita mesti nak bersiap awal; bangun awal, mandi, pakai bersih2..sebab takut kita lambat. Tapi bila time nak solat, pernah ke kita kisah dengan keadaan diri kita; cukup bersih ke tak..elok ke tak pakaian kita untuk berjumpa dgn-Nya.. pernahkah kita bersiap-sedia menunggu azan berkumandang, supaya kita dapat menunaikan solat sebaik saje masuk waktu..?

Bila kita tengok movie yg best (drama korea especially..hehe), sampai ke pagi menghadap tv @ laptop @ yg seumpama dgnnya..berjam-jam pun sanggup tengok, sanggup tahan rasa mengantuk..main games pn sama, susah betul nak tinggalkan once dh pegang remote control. T
api bila dengar ceramah agama..2,3 kali pause baru leh abis..adeihh..(bercakap dgn cermin..huhu).

Bila kita baca novel cinta (especially..hehe) atau novel2 lain, magazines, komik etc.. boleh abiskan satu buku yang tebal tu dalam masa satu hari..tapi bila kita baca Al-Quran, kejap je dah rase penat..tu pun baru berapa page..kalau nak dibandingkan dengan novel yang beratus-ratus page..ish2

Bila kita ke shopping complex..senang je duit keluar dari poket untuk beli benda2 yang bertitle ‘kehendak’ bukannya ‘keperluan’. Tapi bila nak keluar duit untuk membantu orang lain..untuk kerja2 yg blh dpt pahala..hrm, tak tahu berapa puluh kali fikir; nanti tak cukup duit nak makan la, nak guna duit beli buku la, nak kena bayar itu la ini la..(banyak pulak concern ek..saye la tu..)

Bila dengar je ada aktiviti yang berunsurkan duniawi; hiburan, kebudayaan, sukan, etc..cepat je hati buat keputusan nak pegi. Tapi bila mendapat jemputan ke mana2 aktiviti yang berunsurkan ukhrawi, macam-macam halangan datang..*geleng kepala*

Kenapa kita terlalu risau dengan pencapaian akademik kita yang kurang memuaskan..tapi kita macam tak kisah bila tahap iman kita semakin hari semakin merosot..?

Kenapa kita sanggup berkorban masa, tenaga dan segala-galanya untuk menjayakan sesuatu yang Allah tidak redha..tapi kita tak sanggup untuk memberi walau sedikit waktu pada perkara yang Dia redha..bukankah masa itu pinjaman dari Allah juga?

Adakah kita lupa yang setiap usaha kita, setiap tenaga yang kita ada, setiap anggota tubuh badan yang mampu digerakkan dan membolehkan kita berfungsi dengan baik..adalah semata-mata kerana rahmat-Nya pada kita?

Adakah kita lupa yang sekelip mata sahaja Dia mampu mengambilnya semula..dan mampukah kita untuk melawan takdir-Nya..?

Adakah kita lupa yang setiap saat kita di dunia, kita akan dipersoalkan di akhirat kelak..adakah kita betul-betul menghargai pemberian Allah pada kita dan menggunakannya pada jalan yang diredhai-Nya..?

Semoga kita tidak mensia-siakan hidayah yang Allah pernah/telah berikan kepada kita..semoga kita tidak terlalu mengagungkan ego kita, dan menutup pintu hati dari membenarkan cahaya kebenaran meresap masuk. Semoga kita sedar yang kebahagiaan di dunia ini hanya sementara, boleh lenyap sekelip mata..dan kebahagiaan di akhirat itulah yang hakiki.

"Jika kita sayang dengan sesuatu kita akan mengejarnya. Demikian juga dengan agama. Jika kita sayang dengan agama, kita akan memeliharanya. Kita letak di tempat yang paling baik, disimpan secara berhati-hati dan sudah pasti kita mahu orang lain merasai juga kebaikan itu. Alangkah indahnya andai kata kita jatuh hati dengan Islam. Alangkah indahnya jika kita kasih dengan Islam, sebab andai kata kita kasih dengan Islam, kita kasih dengan satu cara hidup yang akan menjadikan kita InsyaAllah cemerlang, gemilang dan terbilang. Antara tanda kita kasih dengan agama ialah hendak sebarkan agama ini supaya orang lain mengenali Islam." [ Dr. Danial Zainal Abidin ]

~peringatan untuk diri yang sentiasa alpa..~



Sekian,
wassalam.

Sunday, April 15, 2007

Dosa bagaikan madu beracun..

Dosa itu bagaikan madu yang beracun. Menyenangkan hati bila melakukannya namun setelah itu menerima seksaan yang pedih dari Allah SWT.

Tidak semua dosa dirasakan nikmat, manis seperti madu apabila dikerjakan. Ada dosa tanpa merasakan nikmat bagi orang yang melakukannya. Tidak disedari setiap langkah yang diayun, setiap gerak tangan yang dilenggang, setiap kata yang diucapkan dan setiap yang dilihat mengandungi dosa-dosa tanpa nikmat.

Dosa tanpa nikmat ertinya dosa-dosa yang dilakukan tak dirasakan nikmatnya di dunia ini, ia hanya menyakiti, menyusahkan dan merugikan diri sendiri serta orang lain, tanpa dirasai kepuasan dari sudut dosa.

Dosa tanpa nikmat ini bagaikan hujan gerimis, lama-kelamaan bumi menjadi basah dan banjir. Begitu pula dengan dosa, meskipun dosa kecil apabila sering dilakukan akan menjadi dosa besar. Apatah lagi dosa besar, jika sering dilakukan akan tenggelamlah segala kebaikan dalam kehidupan insan.

Renungkanlah dalam diri kita sendiri.
"SESUNGGUHNYA HIKMAH ALLAH MENCIPTAKAN SATU MULUT DAN DUA TELINGA ITU AGAR HAMBANYA LEBIH BANYAK MENDENGAR DARIPADA BERBICARA".

Oleh itu, hindarilah dosa-dosa kecil agar kita tidak terjerumus ke dalam jurang dosa-dosa besar.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Kahfi ayat 103-104 yang bermaksud:

"Katakanlah, apakah akan Kami beritahu kepadamu tentang orang-orang yang paling rugi perbuatannya? Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan di dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya"

Semoga kita dapat memahami hakikat dosa yang sebenarnya, InsyaAllah..

Sekian,
Wassalam.

Saturday, April 14, 2007

Terimalah taubatku..

Seorang hakim ditanya:
Apakah ada tanda bahawa taubat itu telah diterima?
Jawabnya : Ya, ada 4 tanda atau alamatnya iaitu:

1) Putus hubungan dengan kawan-kawannya yang tidak baik dan bersahabat dengan orang-orang soleh.

2) Menghentikan semua maksiat dan rajin melakukan ketaatan.

3) Hilang rasa kesenangan kepada dunia pada hatinya dan selalu ingat akan kesusahan akhirat.

4) Percaya kepada jaminan Allah dalam urusan rezekinya lalu menyibukkan diri menunaikan perintah Allah.



Maka bila terdapat semua sifat itu maka dia termasuk dalam ayat yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah kasih pada orang yang bertaubat dan kasih pada yang suka bersuci”.


Kemudian dia berhak memperolehi daripada orang lain 4 perkara iaitu:

1) Mereka cinta kepadanya kerana Allah telah cinta kepadanya.

2) Mereka akan memeliharanya dan selalu mendoakannya.

3) Mereka lupa terhadap dosa-dosanya yang telah lalu.

4) Mereka selalu membantu dan mendekatinya.



Manakala Allah akan memuliakannya dengan 4 perkara:

1) Melepaskannya dari dosa sehingga seolah-olah dia tidak pernah berdosa.

2) Dia dicintai oleh Allah.

3) Dia dipelihara dari gangguan syaitan.

4) Dia diamankan dari rasa takut sebelum keluar daripada dunia ini.


"Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [ 39:53 ]



Sekian,
wassalam.

Friday, April 13, 2007

Ampunkan dosa-dosaku..


Maksudnya:

“Ya Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah aku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.” Ameen..

Penjelasan:

Sabda Rasulullah s.a.w.: Barangsiapa yang membacanya pada waktu siang dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum petang maka ia termasuk ahli syurga. Dan siapa yang membacanya pada waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum pagi maka ia termasuk ahli syurga. (HR Bukhari)
Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (iaitu): "Berimanlah kamu kepada Tuhanmu," maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbuat bakti. [ 3:193 ]
Sekian,
wassalam.

Thursday, April 12, 2007

Kata-kata Hikmah Khulafa' Ar-Rasyidin

SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:

1) Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
2) Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
3) Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
4) Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.



SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

1) Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
2) Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
3) Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
4) Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.



SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

1) Hatinya selalu berniat suci.
2) Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.
3) Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa).
4) Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah.
5) Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.



SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:

1) Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu’.
2) Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
3) Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.

4) Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara’.
5) Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
6) Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
7) Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
8) Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara’, sedang orang yang tidak wara’ itu bererti hatinya mati.



Sekian,
wassalam.

Wednesday, April 11, 2007

Free

What goes through your mind?
As you sit there looking at me
Well I can tell from your looks
That you think I’m so oppressed
But I don’t need for you to liberate me

My head is not bare
And you can’t see my covered hair
So you sit there and you stare
And you judge me with your glare
You’re sure I’m in despair
But are you not aware?
Under this scarf that I wear
I have feelings, and I do care

So don’t you see?
That I’m truly free
This piece of scarf on me
I wear so proudly
To preserve my dignity...

My modesty
My integrity
So don’t judge me
Open your eyes and see...

“Why can’t you just accept me?” she says
“Why can’t I just be me?” she says
Time and time again
You speak of democracy
Yet you rob me of my liberty
And all I want is equality
Why can’t you just let me be free?

For you I sing this song
My sister, may you always be strong
From you, I’ve learnt so much
How you suffer so much
Yet you forgive those who laugh at you
You walk with no fear
Through the insults you hear
Your wish so sincere
That they’d understand you
But before you walk away
This time you turn and say:

But don’t you see?
That I’m truly free
This piece of scarf on me
I wear so proudly
To preserve my dignity

My modesty
My integrity
So let me be
She says with a smile
I’m the one who’s free


Wassalam.

Tuesday, April 10, 2007

Allah saved from rape..

A teenage girl about 17 had gone to visit some friends one evening and time passed quickly as each shared their various experiences of the past year.

She ended up staying longer than planned, and had to walk home alone.

She wasn't afraid because it was a small town and she lived only a few blocks away.

As she walked along under the tall elm trees, Diane asked God to keep her safe from harm and danger.

When she reached the alley, which was a short-cut to her house, she decided to take it.

However, halfway down the alley she noticed a man standing at the end as though he were waiting for her.

She became uneasy and began to pray, asking for God's protection. Instantly a comforting feeling of quietness and security wrapped round her, she felt as though someone was walking with her.

When she reached the end of the alley, she walked right past the man and arrived home safely.

The following day, she read in the newspaper that a young girl had been raped in the same alley just twenty minutes after she had been there.

Feeling overwhelmed by this tragedy and the fact that it could have been her, she began to weep. Thanking the Lord for her safety and to help this young woman, she decided to go to the police station.

She felt she could recognize the man, so she told them her story. The police asked her if she would be willing to look at a lineup to see if she could identify him. She agreed and immediately pointed out the man she had seen in the alley the night before.

When the man was told he had been identified, he immediately broke down and confessed. The officer thanked Diane for her bravery and asked if there was anything they could do for her.

She asked if they would ask the man one question. Diane was curious as to why he had not attacked her.

When the policeman asked him, he answered, "Because she wasn't alone. She had two tall men walking on either side of her."

Amazingly, whether you believe or not, you're never alone. Just remember, Allah is the sole Helper..He saved Prophet Abraham from the flame of fire, He saved Prophet Musa from the evil Pharaoh..He protected Prophet Muhammad s.a.w. in his dangerous journey during Hijrah to Medina..Then Allah is the best Guardian. He is the Most Merciful (Yusuf: 64).

So, next time when u are in trouble, always remember Allah. Pray to Him, and with His Mercy, He will send His army to help..inshaAllah.

"tiada mustahil di dunia ini jika kita beriman dan bertaqwa.." [ Raihan ]

p/s: another point to add, always be in company..although u r biking (especially to my beloved sisters here..) bcos u'll never know when dangers come. Hope that we are always kept away from all those unwanted things..inshaAllah.

Sekian,
wassalam.

Monday, April 9, 2007

Thank You Allah

The Sky Is Clear
The Air Is Clean
The Land Is Green
Thank You Allah

The Path We Walk
The Lines We Talk
The Things We See
Thank You Allah

Say Thank You Allah
Thank You Allah

When I Sleep
When I Eat
When I Breath
Thank You Allah

The Path We Walk
The Fate We've Got
The Light We Live
Don't Forget To Say
Thank You Allah

Say Thank You Allah
Thank You Allah

In The Night Or In The Day
Every Morning After Prayer
I'll Never Forget To Say Thank You

Though Sometimes I'm All Alone
Feeling Sorrow Or Not So Strong
I'll Pray To You And Say
Thank You Allah

Say Thank You Allah
Thank You Allah

So Friends Everytime Remember
Allah Is The Most Merciful
Say Thank You Allah
Thank You Allah



Wassalam.

Sunday, April 8, 2007

La Tahdzan # 30~Bersikaplah Sewajarnya

Keadilan adalah merupakan tuntunan aqal dan juga syariat. Keadilan adalah tidak terlalu berlebih-lebihan terhadap sesuatu, tidak pula meremehkannya, tidak terlalu boros, dan tidak menghambur-hamburkannya. Barangsiapa menginginkan kebahagiaan, ia hendaklah mengendalikan setiap perasaan dan keinginannya agar mampu bersikap adil di dalam setiap keadaan, sama ada ketika senang ataupun ketika marah, dan ketika gembira mahupun ketika sedih. Betapapun, tindakan berlebihan dan melampaui batas dalam menyikapi segala peristiwa merupakan wujud kezaliman kita terhadap diri kita sendiri.

Duhai, betapa bagusnya keadilan itu! Betapa tidak, syariat sentiasa ditetapkan dengan prinsip keadilan. Demikian pula dengan kehidupan ini; ia pun berjalan sesuai dengan konsep keadilan pula. Manusia yang paling sengsara adalah mereka yang menjalani kehidupan ini dengan hanya mengikuti hawa nafsu dan menuruti setiap dorongan emosi serta keinginan hatinya. Pada keadaan yang demikian itu, manusia akan merasa setiap peristiwa menjadi sedemikian berat dan sangat membebani, seluruh sudut kehidupan ini menjadi semakin gelap-gelita, dan kebencian, kedengkian serta dendam kesumat pun mudah bergolak di dalam hatinya.

Dan akibatnya, semua itu membuat seseorang hidup dalam dunia khayalan dan ilusi; ia akan memandang setiap hal di dunia ini musuhnya, ia menjadi mudah curiga dan merasa setiap orang di sekelilingnya sedang berusaha menyingkirkan dirinya, dan ia akan selalu dibayangi rasa was-was dan kekhuatiran bahawa dunia ini setiap saat akan merenggut kebahagiaannya. Demikianlah, maka orang seperti itu sentiasa hidup di bawah naungan awan hitam kecemasan, kegelisahan dan kegundahan.

Menyebarkan desas-desus yang dapat menggelisahkan orang lain sangat dilarang oleh syariat dan termasuk tindakan murahan. Dan itu, hanya akan dilakukan oleh orang-orang yang miskin nilai-nilai moral dan jauh dari ajaran-ajaran ketuhanan. Begitulah, maka...

...mereka mengira bahawa tiap-tiap teriakan yang keras itu ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya)... ( Al-Munafiqun: 4 )

Dudukkanlah hati anda pada kerusinya, nescaya kebanyakan hal yang dikhuatirkannya tidak akan pernah terjadi. Dan sebelum sesuatu yang anda cemaskan itu benar-benar terjadi, perkirakan saja apa yang paling buruk darinya, dan kemudian persiapkan diri anda untuk menghadapinya dengan tenang hati. Dengan begitu, anda akan dapat menghindari semua bayangan-bayangan menakutkan yang acapkali sudah mencabik-cabik hati sebelum benar-benar terjadi.

Wahai orang yang beraqal dan sedar, tempatkan segala sesuatu itu sesuai dengan ukurannya. Jangan membesar-besarkan peristiwa dan masalah yang ada; bersikaplah secara adil, seimbang dan jangan berlebihan! Jangan pula larut dalam bayang-bayangan dan fatamorgana yang menipu!

Renungkanlah makna keseimbangan antara kecintaan dan kebencian yang diajarkan dalam hadith Rasulullah s.a.w. berikut:

Cintailah kekasihmu sekadarnya saja, kerana boleh jadi dia akan menjadi orang yang kau benci suatu ketika nanti. Dan bencilah orang yang kau benci sekadarnya saja, kerana boleh jadi dia akan menjadi kekasihmu suatu ketika nanti.

Renungkan pula firman Allah Ta'ala berikut:

Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih-sayang antaramu dengan orang-orang yang kamu musuhi di antara mereka. Dan Allah Maha Kuasa lagi Maha Penyayang. ( Al-Mumtahanah:7 )

Dan ingat; sesungguhnya kebanyakan kekhuatiran dan desas-desus itu sedikit kebenarannya dan jarang pula yang benar-benar terjadi.


p/s: erm..baru terfikir pasal copyright buku ni (suka hati saye je taip bulat2 kt blog ni..huhu). camane eh? huhu..mungkin kena stop kot. kalau kena saman ke ape nnt, saye jgk yg susah..ish2. Tapi sayangnya kalau stop, org lain yg xde buku xleh baca..kandungan buku ni memang best sgt, rugi klu x dapat dikongsi bersama..*sigh*

Wassalam.

Friday, April 6, 2007

La Tahdzan # 29~Ingatkan Diri Anda Dengan Syurga

Jika anda menderita kelaparan, kekurangan, kesedihan, menderita penyakit yang tidak kunjung sembuh, selalu mengalami kerugian, dizalimi, maka ingatkanlah diri anda pada kenikmatan syurga yang kekal abadi. Sekiranya anda benar-benar meyakini "jalan" ini dan mengamalkannya, nescaya anda mampu mengubah setiap kerugian menjadi keuntungan dan setiap bencana menjadi nikmat.

Manusia yang paling beraqal adalah mereka yang sentiasa melakukan sesuatu berorientasikan akhirat dengan meyakini bahawa akhirat itu adalah lebih baik dan kekal abadi. Sebaliknya, manusia yang paling bodoh di dunia adalah mereka yang memandang dunia ini sebagai tempat mereka, rumah mereka dan tujuan akhir dari semua harapan mereka.

Manusia yang berfikiran sedemikian, adalah orang yang paling sedih ketika menghadapi sesuatu musibah dan orang yang paling menyesal ketika ditimpa sesuatu bencana. Itu semua, hanyalah kerana mereka memandang kepada kehidupan dunia yang fana dan hina ini. Mereka tidak pernah memikirkan hal yang lain, selain kepentingan dunia, tidak melakukan sesuatu kecuali hanya untuk dunia. Bahkan, mereka seolah-olah tidak rela sedikit pun keceriaan dan kegembiraan mereka di dunia ini dikotori dan diusik.

Sebaliknya, sekiranya mereka membuka tabir kesedihan yang menutupi hati mereka dan membuka kebodohan yang menutupi mata mereka itu, nescaya mereka akan berbicara kepada diri mereka sendiri tentang masih adanya tempat tinggal yang kekal abadi (akhirat), pelbagai kenikmatan yang akan diperolehi di dalamnya, dan juga tentang istana-istananya yang indah. Mereka juga akan sentiasa terdiam mendengarkan penjelasan-penjelasan wahyu Ilahi tentang gambaran keindahan akhirat. Dan sesungguhnya - demi Allah - akhirat itulah yang sebenar-benarnya tempat kembali (rumah) yang layak untuk diberikan perhatian dan memerlukan usaha yang keras untuk meraihnya.

Pernahkah kita merenungkan secara mendalam tentang keadaan para penghuni syurga yang tidak pernah sakit, tidak bersedih hati, tidak mati, sentiasa muda dan pakaian mereka tidak akan lusuh sedikit pun? Pernahkah kita benar-benar menghayati wahyu Ilahi yang menyatakn bahawasanya para penghuni syurga itu akan menempati istana-istana yang bahagian luarnya terlihat dari dalam dan bahagian dalamnya terlihat dari luar? Pernahkah kita mengingatkan diri kita dengan kebenaran berita Ilahi yang mengatakan bahawa di syurga terdapat semua hal yang tidak pernah dilihat oleh mata, terdengar oleh telinga, dan terdetik di dalam hati manusia? Cubalah anda renungkan khabar Ilahi yang menyatakan bahawa sebatang pohon di syurga tidak akan selesai dikelilingi oleh seorang pengendara kenderaan selama 100 tahun lebih! Panjang akar pohonnya mencapai 60 batu; sungai-sungainya mengalir dengan sangat teratur, istana-istananya berdiri indah dan megah, buah-buahannya bergayut rendah sehingga mudah dipetik, mata airnya terus mengalir, takhta-takhtanya demikian tinggi, gelas-gelasnya tersusun rapi, bantal-bantal sandarannya teratur rapi, dan permaidani-permaidaninya terhampar luas! Di syurga dapat dirasakan kesenangan yang sempurna, kegembiraan yang agung, dan semerbak harum baunya, luhur sifatnya dan merupakan tempat mewujudkan harapan. Lalu di manakah aqal kita sampai tidak memikirkannya? Mengapa kita tidak merenungkannya?

Apabila fikiran tercurah pada kebahagiaan akhirat, tentu segala musibah akan terasa ringan dipikul, air mata yang menitis dari orang yang ditimpa bencana dengan sendirinya kering membeku dan hati akan selalu berbahagia.

Wahai orang-orang yang sedang dilanda kemiskinan, yang diliputi kesusahan, dan yang diuij dengan berbagai macam kesulitan, teruslah beramal dengan amalan yang soleh! Semoga kalian ditempatkan di dalam syurga yang telah Allah siapkan untuk kalian, agar kalian dapat berdekatan dengan-Nya, Dzat Yang Maha Suci.

(Sambil mengucapkan) Salamun 'alaikum bima shabartum (Keselamatan atasmu berkat kesabaranmu). Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu. ( Ar-Ra'd:24 )

p/s: bestnye syurga..semoga terpilih untuk menjadi antara penghuninya..ameen.=)


Sekian,
wassalam.

Thursday, April 5, 2007

God is the Light

How great the wonders of the heavens?

And the timeless beauty of the night

How great - then how great the Creator?

And its stars like priceless jewels

Far beyond the reach of kings

Bow down for the shepherd guiding him home.

But how many eyes are closed to the wonder of this night?

Like pearls, hidden deep beneath a dark stream of desires.

But like dreams vanish with the call to prayer

And the dawn extinguishes night - here too are signs

God is the Light

God is the Light

How great the beauty of the earth and the creatures

Who dwell on her

How great - then how great the Creator?

As its mountains pierce the clouds

High above the lives of men

Weeping rivers for thousands of years

But how many hearts are closed

To the wonders of this sight?

Like birds in a cage, asleep with closed wings

But like work stops with the call to prayer

And the birds recite - here too are signs

God is the Light

God is the Light

How great the works of man and the things he makes?

How great - then how great the Creator?

Though he strives to reach the heavens

He can barely survive

The wars of the world he lives in

Yet how many times he's tried, himself to immortalize?

Like his parents before him in the Garden of Eden

But like the sun sets with the call to prayer

And surrenders to the night

Here too are signs

God is the Light Everlasting

God is the Light Everlasting

God is the Light Everlasting

God is the Light Everlasting


" Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan." [ 2:164 ]

p/s: Tonight, i saw a very bright moon..surrounded by fair clouds, in the dark sky. Bebola bercahaya saujana mata memandang..terasa ingin digapai tetapi tangan tak sampai. Perasaan itu, terlalu sukar untuk digambarkan..sgt terpegun dgn keindahan yg terhampar di depan mata..syukur pada-Nya yang memberi peluang diri ini untuk menikmati kurniaan itu..kurniaan paling indah. Subhanallah betapa cantiknya langit malam ini..semoga nikmat ini akan berterusan untukku kecapi..ameen..=)


Sekian,
wassalam.