Monday, April 16, 2007

Sebagai manusia, saye sayang semua..=)

Sejauh mana kita memberi keutamaan pada yang lebih penting, sejauh mana iman kita..?

Ketuklah pintu hati dan renungi kata-kata ini;

Kenapa bila nak pegi kelas ke tgk wayang ke dating (bkn saye eh..=P) ke..kita mesti nak bersiap awal; bangun awal, mandi, pakai bersih2..sebab takut kita lambat. Tapi bila time nak solat, pernah ke kita kisah dengan keadaan diri kita; cukup bersih ke tak..elok ke tak pakaian kita untuk berjumpa dgn-Nya.. pernahkah kita bersiap-sedia menunggu azan berkumandang, supaya kita dapat menunaikan solat sebaik saje masuk waktu..?

Bila kita tengok movie yg best (drama korea especially..hehe), sampai ke pagi menghadap tv @ laptop @ yg seumpama dgnnya..berjam-jam pun sanggup tengok, sanggup tahan rasa mengantuk..main games pn sama, susah betul nak tinggalkan once dh pegang remote control. T
api bila dengar ceramah agama..2,3 kali pause baru leh abis..adeihh..(bercakap dgn cermin..huhu).

Bila kita baca novel cinta (especially..hehe) atau novel2 lain, magazines, komik etc.. boleh abiskan satu buku yang tebal tu dalam masa satu hari..tapi bila kita baca Al-Quran, kejap je dah rase penat..tu pun baru berapa page..kalau nak dibandingkan dengan novel yang beratus-ratus page..ish2

Bila kita ke shopping complex..senang je duit keluar dari poket untuk beli benda2 yang bertitle ‘kehendak’ bukannya ‘keperluan’. Tapi bila nak keluar duit untuk membantu orang lain..untuk kerja2 yg blh dpt pahala..hrm, tak tahu berapa puluh kali fikir; nanti tak cukup duit nak makan la, nak guna duit beli buku la, nak kena bayar itu la ini la..(banyak pulak concern ek..saye la tu..)

Bila dengar je ada aktiviti yang berunsurkan duniawi; hiburan, kebudayaan, sukan, etc..cepat je hati buat keputusan nak pegi. Tapi bila mendapat jemputan ke mana2 aktiviti yang berunsurkan ukhrawi, macam-macam halangan datang..*geleng kepala*

Kenapa kita terlalu risau dengan pencapaian akademik kita yang kurang memuaskan..tapi kita macam tak kisah bila tahap iman kita semakin hari semakin merosot..?

Kenapa kita sanggup berkorban masa, tenaga dan segala-galanya untuk menjayakan sesuatu yang Allah tidak redha..tapi kita tak sanggup untuk memberi walau sedikit waktu pada perkara yang Dia redha..bukankah masa itu pinjaman dari Allah juga?

Adakah kita lupa yang setiap usaha kita, setiap tenaga yang kita ada, setiap anggota tubuh badan yang mampu digerakkan dan membolehkan kita berfungsi dengan baik..adalah semata-mata kerana rahmat-Nya pada kita?

Adakah kita lupa yang sekelip mata sahaja Dia mampu mengambilnya semula..dan mampukah kita untuk melawan takdir-Nya..?

Adakah kita lupa yang setiap saat kita di dunia, kita akan dipersoalkan di akhirat kelak..adakah kita betul-betul menghargai pemberian Allah pada kita dan menggunakannya pada jalan yang diredhai-Nya..?

Semoga kita tidak mensia-siakan hidayah yang Allah pernah/telah berikan kepada kita..semoga kita tidak terlalu mengagungkan ego kita, dan menutup pintu hati dari membenarkan cahaya kebenaran meresap masuk. Semoga kita sedar yang kebahagiaan di dunia ini hanya sementara, boleh lenyap sekelip mata..dan kebahagiaan di akhirat itulah yang hakiki.

"Jika kita sayang dengan sesuatu kita akan mengejarnya. Demikian juga dengan agama. Jika kita sayang dengan agama, kita akan memeliharanya. Kita letak di tempat yang paling baik, disimpan secara berhati-hati dan sudah pasti kita mahu orang lain merasai juga kebaikan itu. Alangkah indahnya andai kata kita jatuh hati dengan Islam. Alangkah indahnya jika kita kasih dengan Islam, sebab andai kata kita kasih dengan Islam, kita kasih dengan satu cara hidup yang akan menjadikan kita InsyaAllah cemerlang, gemilang dan terbilang. Antara tanda kita kasih dengan agama ialah hendak sebarkan agama ini supaya orang lain mengenali Islam." [ Dr. Danial Zainal Abidin ]

~peringatan untuk diri yang sentiasa alpa..~



Sekian,
wassalam.

1 comment:

Anonymous said...

menariknya~

sayang awk jugak.. ^^