Tuesday, April 17, 2007

Mutiara Kata



Ada tiga perkara yang menyelamatkan dan tiga perkara pula yang mencelakakan.

Adapun tiga perkara yang menyelamatkan itu :

1. Berlaku adil di kala marah dan di kala suka.
2. Takut kepada Allah di tempat rahsia dan di tempat terbuka.
3. Hemat di waktu kaya dan di waktu miskin.

Adapun yang mencelakan ialah :

1. Kedekut yang diperturutkan.
2. Hawa nafsu yang dipatuhi.
3. Manusia mengagumi dirinya sendiri.

Takhtakan akalmu setinggi-tinggi darjat dan perhambakanlah nafsumu pada serendah-rendah martabat....

Janganlah bermuram...Isikanlah ruang waktu persahabatan yang ada dengan gurauan dan senyuman. Nanti bila berpisah, ada sesuatu yang manis untuk dikenangkan.

Kelembutan adalah senjata memadamkan api kemarahan.

Kutiplah mutiara-mutiara yang dilemparkan oleh ombak ke pantai dan jika anda ingin lebih banyak lagi, anda perlulah berani menyelam ke dasar laut mencarinya.

Untuk menjadi orang yang berjaya, anda perlu bertindak untuk berjaya. Sebuah kapal dibuat bukan untuk berlabuh. Ia perlu berlayar menghadapi gelombang dan ribut. Begitulah hidup kita.

Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang lain pula.

Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Kerana hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.

Seorang bijak pernah berkata, bahawa ada dua hari dalam hidup ini yang sama sekali tidak perlu anda khuatirkan.

Yang pertama; Hari kelmarin. Anda tidak boleh mengubah apa pun yang telah terjadi. Anda tidak boleh menarik perkataan yang telah diucapkan. Anda tidak mungkin lagi menghapus kesalahan dan mengulangi kegembiraan yang anda rasakan kelmarin. Biarkan hari kelmarin berlalu. Lepaskan saja.

Yang kedua; Hari esok. Hingga mentari esok hari terbit, anda tidak tahu apa yang akan terjadi. Anda tidak boleh melakukan apa-apa esok hari. Anda tidak mungkin sedih atau ceria di esok hari. Esok hari belum tiba; biarkan saja.

Yang tersisa kini hanyalah hari ini. Pintu masa lalu telah tertutup; pintu masa depan pun belum tiba. Tumpukan sahaja diri anda untuk hari ini. Anda dapat mengerjakan lebih banyak hal hari ini bila anda mampu memaafkan hari kelmarin dan melepaskan ketakutan akan esok hari. Hiduplah hari ini. Kerana, masa lalu dan masa depan hanyalah permainan fikiran yang rumit. Hiduplah apa adanya. Kerana yang ada hanyalah hari ini. Esok atau lusa belum tentu abadi.

Hidup tidak selamanya untuk ketawa. Juga bukan selamanya untuk menangis. Kegembiraan dan kesedihan silih berganti. Seperti juga perubahan musim yang berlaku, ada kalanya hujan berterusan hingga bumi dilanda banjir. Ada masanya panas memanjang hingga tanah menjadi kering kontang.

Usah diratapi pada sebuah perpisahan tapi tangisilah pada sekelumit pertemuan kerana tanpa pertemuan tak akan wujud perpisahan. Mengertilah bahawa pertemuan tidak menjanjikan keriangan manakala perpisahan bukan bererti kita akan kecundang untuk selamanya. Oleh itu terimalah hakikat setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan.

Kurniaan paling bererti yang diberikan Tuhan dalam hidup ini sesungguhnya bukanlah berupa harta benda, tapi kesempatan.

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi, kasih Allah tiada bertepi, sayang Allah janji-Nya pasti.

=)

Sekian,
wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

mengenalimu merupakan hadiah kegembiraan buatku.. ^^

Anonymous said...

p/s: alhamdulillah.. thank You Allah atas sebuah pertemuan ini..