Saturday, June 30, 2007

Lapan dan lapan..

Sesiapa yang tidak sanggup mengerjakan lapan, maka hendaklah ia berbuat lapan macam untuk mencapai pahala yang lapan, iaitu:

1. Sesiapa yang inginkan pahala solat malam sedangkan dia tertidur, maka janganlah berbuat maksiat pada siang hari.

2. Sesiapa yang inginkan pahala orang berpuasa sunat padahal ia tidak berpuasa, maka hendaklah ia menjaga lidahnya.

3. Sesiapa yang inginkan kelebihan ulama, maka hendaklah ia suka berfikir.

4. Sesiapa yang ingin mendapatkan kelebihan pahala orang berjihad, sedangkan ia duduk di dalam rumahnya, maka hendaklah ia melawan syaitan (nafsu).

5. Sesiapa yang ingin mendapat pahala sedekah, maka hendaklah ia mengajar kepada orang lain apa yang telah ia dengar dari ilmu agama.

6. Sesiapa yang ingin mendapat pahala haji sedangkan ia tidak berkuasa, maka hendaklah ia sentiasa bersembahyang jemaah.

7. Sesiapa yang ingin mencapai fadhilat orang ahli ibadat, maka hendaklah ia memperbaiki persengketaan orang dan jangan menimbulkan sengketa di antara mereka.

8. Sesiapa yang ingin mencapai pahala orang-orang abdaal, maka hendaklah menekan dadanya dan redha untuk kawannya apa yang ia redha untuk dirinya sendiri.

Dipetik dari Raudhah.com



Wassalam.

Friday, June 29, 2007

I am a forever Muslim..

When I say. . .I am a Muslim,
I'm not shouting "down with Christians and Jews."
I am whispering "I seek peace,"
and Islam is the path that I choose.

When I say. . . I am a Muslim,
I speak of this with pride.
And confess that sometimes I stumble,
and need Allah to be my guide.

When I say. . .I am a Muslim,
I know this makes me strong.
And in those times when I am weak,
I pray to Allah for strength to carry on.

When I say. . . I am a Muslim,
I'm not boasting of success.
I'm acknowledging that Allah has rescued me,
and I cannot ever repay the debt.

When I say. . .I am a Muslim,
I'm not claiming to be perfect.
My flaws are indeed visible,
but Allah forgives because His followers are worth it.

When I say. . .I am a Muslim,
it does not mean I will never feel pain.
I still have my share of heartaches,
which is why I invoke Allah's name.

When I say. . .I am a Muslim,
I do not wish to judge.
I have no such authority.
My duty is to submit to Allah's all-encompassing love.

-unknown-



To my dear Wafiq,
Selamat Hari Lahir ke-3!!
semoga membesar dgn sihat, cergas, baik,
dan jadi anak yg soleh dan hamba yg taat.
semoga sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah.
~sending my never ending love n remembrance~

Wassalam.

Airmata..

MENANGIS....PERLUKAH MENANGIS..BILA DIBOLEHKAN MENANGIS....
...ADAKAH TANGISAN ITU BOLEH DIPAKSA.....

..Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.

2) Menangis kerana rasa takut.

3) Menangis kerana cinta.

4) Menangis kerana gembira.

5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.

6) Menangis kerana terlalu sedih.

7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.

8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya.

Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti? Kalaulah air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ??

Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka. Rasulullah saw bersabda : " Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s; Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.

Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."Air mata yang tiada dituntut.

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.

Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt.

Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda,"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat, seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguranlah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al-Faarisi r.a, saya dibuat menangis atas 3 perkara jua :

1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.

2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Izrail datang mencabut nyawanya.

3) Saya tidak tahu sama ada saya akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan, Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.

2) Airmatanya berlinang.

3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

Kerana hal-hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.

(riwayat dari Salman al Faarisi).

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbimu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."




Wassalam.

Tests from Allah

Allah (swt) has tested the people of the past in various ways and will keep on testing His creation. He has informed us about these tests in the Quran. Our beloved Prophet Muhammad(saw) also informed us that Allah (swt) will test us from time to time.

Sometimes hardships and losses occur in life due to our sins. To wash off these sins in this world, Allah (swt) inflicts upon us these hardships:

Narrated By Aisha: Allah's Apostle said, "No calamity befalls a Muslim but that Allah expiates some of his sins because of it, even though it were the prick he receives from a thorn." (Sahih Bukhari Vol 7, Book 70, #544).


And again by a different narrator: Narated By Abu Said Al-Khudri and Abu Huraira: The Prophet said, "No fatigue, nor disease, nor sorrow, nor sadness, nor hurt, nor distress befalls a Muslim, even if it were the prick he receives from a thorn, but that Allah expiates some of his sins for that." (Sahih Bukhari Vol 7, Book 70, #545).

Paying for sins in this world is much easier than paying in the Hereafter. It is a blessing in disguise which Allah (swt) bestows upon us and saves us from the payment of these sins in the Hereafter.


The Quran informs us what to do when we face these tests in our life and also tells us about the reward that we will receive if we are successful in dealing with the situation in the way we are expected to:

"Be sure we shall test you with something of fear and hunger, some loss in goods or lives or the fruits (of your toil), but give glad tidings to those who patiently persevere, Who say, when afflicted with calamity: "To Allah We belong, and to Him is our return":- They are those on whom (Descend) blessings from Allah, and Mercy, and they are the ones that receive guidance. [Quran 2:155-157].

We are to be patient during hard times and always remember that Allah (swt) is the Creator of everything and We all will return to Him. No deed is lost in front of Allah and we will be rewarded for even the minutest good that we ever did do. Trials afflicting us can be signs of His Love.


It is narrated that Prophet Muhammad (saw) said: Narrated By Abu Huraira: Allah's Apostle said, "If Allah wants to do good to somebody, He afflicts him with trials." (Sahih Bukhari Vol 7, Book 70, #548).

Misfortune can bring a person towards the right path. It can make better Muslims out of people. Observing patience, remembering Allah (swt) and turning only to Him for help and guidance during such times, will help us attain Allah's forgiveness and His rewards.

Allah (swt) tests man through various agencies, both through adversity and prosperity. A person with a luxurious life is tested to see how much he spends in the way of Allah (swt) and how much he is thankful to Allah (swt) for the blessings bestowed upon him.

Another can be tested by the things he desires but does not and/or cannot possess. What do these people do is actually their test. Does the person deviate from the way of Allah (swt) to pursue the worldly gains?

Every soul shall have a taste of death: and We test you by evil and by good by way of trial. To Us must ye return. [Quran 21:35].

The Quran reminds us that in periods of hardships, we are to remain patient, remember Allah, and protect ourselves from committing that which is declared unlawful by Allah (swt):

Ye shall certainly be tried and tested in your possessions and in your personal selves; and ye shall certainly hear much that will grieve you, from those who received the Book before you and from those who worship many gods. But if ye persevere patiently, and guard against evil,-then that will be a determining factor in all affairs. [Quran 3:186].

An important thing that we should always remember is that everyone is tested. If we declare that we are Muslims, that does not mean that we will not be tested in this world. The Quran is very clear on this issue: Do men think that they will be left alone on saying, "We believe", and that they will not be tested?


One should not think or feel that he is the only unique person going through such times or that Allah (swt) is displeased with him. Every single person faces difficulties to the best of their capacity. Surely Allah is not unjust and does not over burden a soul:


On no soul does Allah Place a burden greater than it can bear [Quran 2:286].

This world is an abode for tests and one should not deny or avoid these but should face them and pass them successfully. A person can be put into hardships for a number of reasons and we might not know those reasons when undergoing a certain loss but what we must do is always remember Allah (swt), be patient, abstain from what is unlawful, give charity and ask Him to help ease out our hard times. If we do fail to do this then we should turn to Allah (swt) and ask for forgiveness. Allah (swt) is Most Merciful and InshaAllah He will forgive us for the wrong that we do.

-Ebrahim Saifuddin-

Wassalam.

Thursday, June 28, 2007

The man by the window..

p/s: may we learn something...
.........Two men, both seriously ill, occupied the same hospital room.

One man was allowed to sit up in his bed for an hour each afternoon to help drain the fluid from his lungs. His bed was next to the room's only window.

The other man had to spend all his time flat on his back.

The men talked for hours on end. They spoke of their wives and families, their homes, their jobs, their involvement in the military service, where they had been on vacation.

And every afternoon when the man in the bed by the window could sit up, he would pass the time by describing to his roommate all the things he could see outside the window.

The man in the other bed began to live for those one-hour periods where his world would be broadened and enlivened by all the activity and color of the world outside.

The window overlooked a park with a lovely lake. Ducks and swans played on the water while children sailed their model boats. Young lovers walked arm in arm amidst flowers of every color of the rainbow. Grand old trees graced the landscape, and a fine view of the city skyline could be seen in the distance.

As the man by the window described all this in exquisite detail, the man on the other side of the room would close his eyes and imagine the picturesque scene.

One warm afternoon the man by the window described a parade passing by. Although the other man couldn't hear the band - he could see it in his mind's eye as the gentleman by the window portrayed it with descriptive words.

Then unexpectedly, a sinister thought entered his mind. Why should the other man alone experience all the pleasures of seeing everything while he himself never got to see anything? It didn't seem fair.

At first thought the man felt ashamed. But as the days passed and he missed seeing more sights, his envy eroded into resentment and soon turned him sour. He began to brood and he found himself unable to sleep. He should be by that window - that thought, and only that thought now controlled his life.

Late one night as he lay staring at the ceiling, the man by the window began to cough. He was choking on the fluid in his lungs. The other man watched in the dimly lit room as the struggling man by the window groped for the button to call for help.

Listening from across the room he never moved, never pushed his own button which would have brought the nurse running in.

In less than five minutes the coughing and choking stopped, along with that the sound of breathing. Now there was only silence-deathly silence.

The following morning the day nurse arrived to bring water for their baths. When she found the lifeless body of the man by the window, she was saddened and called the hospital attendants to take it away.

As soon as it seemed appropriate, the other man asked if he could be moved next to the window.

The nurse was happy to make the switch, and after making sure he was comfortable, she left him alone.

Slowly, painfully, he propped himself up on one elbow to take his first look at the world outside.

Finally, he would have the joy of seeing it all himself. He strained to slowly turn to look out the window beside the bed. It faced a blank wall.

The man asked the nurse what could have compelled his deceased roommate who had described such wonderful things outside this window.

The nurse responded that the man was blind and could not even see the wall.

She said, "Perhaps he just wanted to encourage you."

Epilogue. . . . You may interpret this story in any way you choose. But one moral stands out: There is tremendous happiness in making others happy, despite our own situations. Shared grief is half the sorrow, but happiness when shared, is doubled. If you want to feel rich, just count all of the things you have that money can't buy.....or reflect back upon what you may have once had and took for granted. We often don't see the value and richness of something we have until we lose it.




p/s : Thanking Him for everything that I have..everything that I lost..and everything that I don't have.


Wassalam.

Wednesday, June 27, 2007

The place i love to be..

There is a place in which I love to be,
When I cannot reach my mother's comforting arms...

There is a place in which I love to be,
When I think of the sparkle in a child's eye,

as he prays with his father...

There is a place in which I love to be
When the stars are bright,

my heart is light and my mind is free...
When I'm blessed with success.
When I'm warm in my bed.
When smiles are sincere and my mind is clear.

There is a place in which I love to be...
There is a place in which I love to be,
When I'm discouraged by defeat,

insulted by those that I love,
and disappointed by my irresponsibility.

Then, there is a place in which I need to be...
When commitments are weakened,
Diamonds stop shining and strengths are forgotten...

There is one place in which I love to be...
Down on my knees, with tears in my heart, my head to the floor.

In submission to God is the only place in which I love to be.





Wassalam.

Tuesday, June 26, 2007

Before it's too late..

Wake Up Before It’s Too Late

Days pass swiftly, one after another, but unfortunately, most people realize this fact too late.

After years of indulgence and heedlessness, one looks to the mirror and finds, to one’s surprise, that the dark hair has turned white, the strong body has become weak, the handsome face is full of wrinkles, and youth has become history.

Other people do not become conscious of this bitter fact until death faces them, whereupon they realize the great losses they have incurred.

To avoid this grim end, you, dear reader, need to habituate yourself with constant accounting.

Before doing any act, ask yourself why you are doing such an act? Is it lawful or not? Would it please Allah or displease Him? Is there an act more appropriate and preferable? Would you get closer to Allah by doing this act, or not?

Benefits of Calling Yourself to Account

When you accustom yourself to constant accounting, you will reap many benefits. The following are just some of them:

1. You will realize your shortcomings, and thus you will be able to reform them.

2. You will hasten to repent to Almighty Allah before it is too late.

3. You will become mindful of your duties towards Almighty Allah, for the basic reason that calling yourself to account is to reproach yourself for negligence in this respect.

4. You will submit to Almighty Allah heart and soul.

5. You will realize how far Almighty Allah is generous and merciful to His servants, as He, Most High, does not inflict immediate punishment for wrong acts in this world, even though they are immense.

6. You will exert your utmost in offering acts of obedience and shunning prohibitions. This, in turn, helps ease the process of bringing you into account on the Hereafter.

7. You will seek to give people their rights, reconcile with those you might have been in dispute with, and behave morally.


How to Call Yourself to Account?

This is to be done as follows:

First, examine the way you perform the ordinances of Islam. If you find anything missing in this regard, you are to make up for it immediately.

Second, consider the prohibitions of Islam. If you find that you have committed some sin in this respect, hasten to repent to Almighty Allah and ask Him Most High for forgiveness, seeking, meanwhile, to offer extra good acts so that you may wipe out the wrongful ones you have done.

Third, reflect upon your words and deeds and ask yourself whether they are lawful or not.

Fourth, think of the time you have wasted in not remembering Almighty Allah or doing useful activity, and try to make up for this by offering dhikr (remembrance of Allah) and getting closer to Almighty Allah.


A Concluding Good Word

Abu Ad-Darda’ (may Allah be pleased with him) said:

Man’s life is but days. Whenever a day passes, a part of man’s life passes too. So, you youth of twenties, contemplate how many comrades of yours have passed away, and you are still there! You people of thirties! You have just lost youth, how come you regret nothing? You people of forties! Youth has abandoned you; how come you are still tempted to this world? You people of fifties! You are a half-century old, but you still wrong yourselves! And you people of sixties! You are on the threshold of death, yet you still succumb to the temptations of this world. How unwise you are!

Translated from the Arabic Version of Islamonline.net


Wassalam.

Monday, June 25, 2007

Allah's Plans

Some things are beyond planning.

And life doesn't always turn out as planned.

You don't plan for a broken heart.

You don't plan for an artistic child.

You don't plan for spinsterhood.

You don't plan for a lump in your breast.

You plan to be young forever.

You plan to climb the corporate ladder.

You plan to be rich and powerful.

You plan to be acclaimed and successful.

You plan to conquer the universe.

You plan to fall in love - and be loved forever.

You don't plan to be sad.

You don't plan to be hurt.

You don't plan to be broke.

You don't plan to be betrayed.

You don't plan to be alone in this world.

You plan to be happy.

You don't plan to be shattered.

Sometimes if you work hard enough, you can get what you want.

But MOST times, what you want and what you get are two different things.

We, mortal planner.

But not Allah in the heavens.

Sometimes, it is difficult to understand Allah's plans especially when His plans are not in consonance with ours.

Often, when He sends us crisis, we turn to Him in anger.

True, we cannot choose what Allah wishes us to carry, but we can carry it with courage knowing that He will never abandon us nor send something we cannot cope with.

Sometimes, Allah breaks our spirit to save our soul.

Sometimes, He breaks our heart to make us whole.

Sometimes, He allows pain so we can be stronger.

Sometimes, Allah sends us failure so we can be humble.

Sometimes, He allows illness so we can take better care of ourselves.

And sometimes, Allah takes everything away from us so we can learn the value of everything He gave us.

Make plans, but understand that we live by Allah's grace.

Courtesy: Aneesa Karodia

-slightly edited-



senyum2 selalu..=)

Wassalam.

Sunday, June 24, 2007

Allah is my strength..

Insan hendaklah bersangka baik dengan Allah. Meyakini bahawa Allah senantiasa melimpah-ruahkan rahmat-Nya. Mendampingkan diri kepada Allah menerusi jendela perbuatan dan amalan yang diredhai. Apabila Allah redha kepadanya, maka dia akan merasakan betapa Allah itu hampir dan tidak jauh darinya.

Sebenarnya, insan itulah yang selalu menjauhkan diri dari Allah. Apabila dia ditimpa cubaan dia bertanya di mana Allah? Sikap dan akhlak insan terhadap Allah selalu menyebabkan insan hilang pedoman, merasa diri dipencilkan dan tiada tempat yang ingin mendengar rintihannya. Sedangkan tempat untuk mengadu dan merintih senantiasa terbuka di sisi Allah.

Kadang-kala seseorang insan rela ke sana-sini memohon bantuan bagi sesuatu pekerjaan dan urusannya dari makhluk sehingga terlupa untuk memohon bantuan dan bertawakkal kepada Allah. Bersusah-payah insan berjumpa orang lain demi mengadu rasa hati dan derita sehingga dia lupa untuk mengadu kepada Allah yang senantiasa mendengar rintihan hamba dengan penuh rahmat.

Ini semua kerana insan merasakan Allah itu jauh darinya dan dia lupakan firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentang-Ku, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdo'a kepada-Ku apabila dia berdo'a. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintah-Ku) dan beriman kepada-Ku mudah-mudahan mereka selalu berada di atas petunjuk”

Ya! Allah itu hampir dan amat sudi untuk segala do'a yang diangkat kepada-Nya. Justeru itu sangat menghairankan bila adanya insan yang meninggalkan do'a kepada Allah yang hampir kepada-Nya lalu mendapatkan makhluk-makhluk yang tidak terdaya untuk mengadu segala rasa hati dan dukacita. Padahal kita tahu bahawa sikap makhluk apabila terlalu banyak diminta maka bertambah rasa bosannya sedangkan Allah pula lagi banyak kita mengadu dan meminta bertambah pula kasih dan sayang-Nya.

Allah tidak jauh daripada setiap hamba. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah.

Sesiapa yang hatinya bersih akan menangislah dia apabila membaca ayat di atas. Betapa Allah dengan penuh kasih sayang meminta kepada Rasul-Nya agar memberitahu bahawa Dia sangat hampir kapada mereka serta mendengar do'a dan rintihan mereka.

Kita diajar di dalam Islam agar senantiasa bergantung kepada Allah nescaya kita dapati Allah senantiasa bersama kita. Sabda Nabi s.a.w kepada Ibnu `Abbas ketika itu dia masih kecil, maksudnya:

"Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, jagalah Allah (jagalah perintah-Nya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah (jaga perintah-Nya) nescaya engkau dapati Dia berada di hadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan minta tolonglah daripada Allah." (Riwayat al-Tirmizi hadith ke-2516, katanya hadith ini hasan sahih).

Apabila seseorang menjaga agamanya, memelihara tanggungjawabnya sebagaimana dititah perintahkan Allah kepadanya, maka dia akan merasa betapa Allah bersama dengannya dalam semua urusannya.

Firman Allah dalam Surah al-Ghafir ayat 60 yang bermaksudnya:

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdo'alah kepada-Ku nescaya Aku menjawab untuk kamu"

Mungkin akan ada yang bertanya: "Allah telah memberitahu bahawa Dia pasti menerima do'a sesiapa yang berdo'a kepada-Nya namun mengapa masih ada insan yang berdo'a tetapi kesan do'anya tidak dapat dilihat secara zahir?".


Untuk itu, maka para `ulama telah menjawab persoalan ini, antaranya, apa yang dijelaskan oleh al-Imam al-Qurtubi dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran bahawa perkataan ajib dan astajib (Aku memperkenankan do'a) bukanlah bererti semestinya setiap do'a itu ditunaikan secara mutlak atau terperinci seperti yang dipohon..Bahkan do'a seseorang mungkin dimakbulkan melalui salah satu dari tiga cara seperti yang disebutkan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadith Abi Sa`id al-Khudri di bawah, maksudnya:

"Tidak ada seorang muslim pun yang berdo'a dengan sesuatu do'a yang tidak ada di dalamnya dosa atau memutuskan kekeluargaan, melainkan Allah akan beri salah satu dari 3 perkara; sama ada disegerakan untuknya (dimakbulkan di dunia), ataupun disimpan untuknya pada hari akhirat (diberi balasan baik pada akhirat), ataupun diselamat dia dari keburukan yang seumpamanya."

Kata al-Imam al-Syaukani dalam Tuhfah az-Zakirin : Hadith ini riwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya'la, kata al-Munziri : Sanadnya sahih (m.s. 65, cetakan. Lubnan)

Menerusi hadith di atas, baginda Nabi s.a.w. telah menerangkan kepada kita bahawa setiap do'a yang tidak mempunyai sebab-sebab ditolak akan pasti diterima oleh Allah menerusi tiga keadaan berikut;

Pertama : Dimakbulkan segara di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap yang berdo'a. Ramai di kalangan insan yang memperolehi kurniaan. Hasil kesungguhan mereka berdo'a, Allah makbulkan buat mereka. Kadang-kala dengan begitu pantas. Kadang-kalanya dilewat disebabkan hikmah yang Allah Maha Mengetahui. Tiada yang mustahil untuk Allah menerima do'a seseorang sekali dianggap mustahil oleh manusia. Lihatlah seorang wanita dari Aljeria yang mengidap penyakit barah yang segala doktor yang dia pergi mendapatkan rawatan mereka berputus asa. Akhirnya dengan aduan dan rintihan yang sungguh-sungguh kepada Allah, dia sembuh tanpa sebarang kesan barah yang mengkagumkan seluruh pakar perubatan negaranya. Kata wanita itu: “Saya telah mengadu kepada Dia yang tiada tempat pergi dan lari dari-Nya, itulah Allah." Demikian kiranya do'a dimakbulkan.

Kedua : Tidak dilihat kemaqbulannya di dunia tetapi disimpan untuk balasan kebaikan yang besar di akhirat di atas hikmah yang hanya dihendaki oleh Allah. Kalau ini berlaku hendaklah kita fahami bahawa ianya adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk kita. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara. Allah tidak memaqbulkan sesuatu do'a secara mutlak di dunia kerana Allah Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam, baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang kita pohon. Akal kita kadang-kala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu.

Umpamanya, seseorang yang memohon kepada Allah agar diberikan kemewahan yang melimpah, namun Allah tidak menunaikan hajatnya itu, lantas dia merasa diri tidak bernasib baik. Padahal Allah tidak menunaikan hajatnya itu kerana kasih-sayang Allah kepadanya. Allah mengetahui orang ini sekiranya dia berada dalam kemewahan, dia akan lupa kepada Allah maka rugilah kehidupan akhiratnya nanti. Allah ingin menyelamatkannya lalu ditangguh do'a tersebut untuk hari akhirat.

Ini adalah contoh ringkas bagi memudahkan kefahaman pembaca. Oleh itu kepada-Nya kita berserah. Bahkan apabila kita berada di alam akhirat nanti, kita akan berasa betapa beruntungnya segala do'a yang tidak dimaqbulkan itu ditangguh untuk diberi ganjaran besar ketika kita dihisab di Mahsyar kelak lalu segala do'a tersebut menjadi penyelamat kita dari keperitan neraka atau pengangkat darjat keistimewaan kita di syurga. Di sana nanti satu persatu do'a yang ditangguh itu ditunaikan dengan cara lebih baik dari yang dijangka oleh seseorang hamba.

Ketiga : Do'a diganti dengan keselamatan diri dari keburukan yang akan mengenainya. Hasilnya, betapa banyak keburukan yang insan terselamat darinya tidak dengan kehebatan atau kebijaksanaannya tetapi rahmat Allah yang barangkali datang hasil dari do'a-do'a kita yang berbagai kepada Allah.


Di samping itu semua, wajar diingatkan, perbuatan berdo'a itu adalah suatu ibadah. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadah ketika dia berdo'a kepada Tuhannya. Sama ada sesuatu do'a dimakbul atau tidak, pahala pasti ada di sisi Allah S.W.T.

Sabda Nabi s.a.w, maksudnya:
"Do'a itu adalah ibadah" (Riwayat al-Tirmizi hadith ke-3372, Abu Daud hadith ke-1479, Ibnu Majah hadith ke-3828. Kata al-Tirmizi: "Hadith ini hasan sahih Kata al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani dalam Ahkam al-Janaiz : Hadith ini sanadnya sahih, seperti apa yang nyatakan oleh al-Hakim dan al-Zahabi. (m.s. 247. Ctk. Riyadh).


Berdasarkan riwayat di atas kita dapat merasai betapa luasnya rahmat Allah. Bukan sahaja insan senantiasa dibuka peluang untuk meminta daripada-Nya, bahkan setiap do'a yang dikemukakan dijadikan ibadat iaitu diberi balasan pahala di sisi-Nya. Demikian Allah Yang Maha Luas rahmat-Nya bertambah banyak permohanan kita kepadanya bertambah pula kasih-Nya kepada kita.

Sabda Nabi s.a.w, maksudnya:
"Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah melebihi do'a". (Riwayat al-Tirmizi hadith ke-3370, Ibnu Majah 3829. Kata al-Tirmizi hadith ini `hasan gharib).


Bahkan di sana terdapat dalil-dalil yang begitu banyak yang menggambarkan begitu besarnya kelebihan berdo'a. Ini kerana do'a adalah perlambangan tunduk serta rasa hina diri dan berhajatnya insan kepada pertolongan Allah yang Maha Berkuasa. Oleh itu berdo'alah kita kepada-Nya dan jangan berputus asa dari rahmat-Nya.


Wassalam.

Saturday, June 23, 2007

-senyum dalam redha- =)

Luahan hati..hilang sekelip mata. Yang dipendam lama, menunggu kekuatan dan masa untuk diluahkan, akhirnya lenyap tanpa sebaris ayat yg tinggal.

Menarik nafas panjang, istighfar pada-Nya agar tidak cepat melatah..Mungkin sekarang bukan lagi masanya untuk menceritakan tentang sesuatu yg berunsurkan emosi. Mungkin sebab sekarang Dia tahu tgh musim exam, bimbang akan turut mengganggu emosi orang lain..(kalau ade..). Mungkin Dia ingin menguji kesabaran hati ini, sejauh mana hati dapat memendam perasaan ini untuk bertahan dan bersabar. Mungkin Dia ingin mendidik diri ini untuk tidak menjadi seorang yg mementingkan diri sendiri, walaupun sy dh habis exam..ramai lagi yg belum. Jadi saye tak boleh selfish untuk mengharapkan mereka mengambil berat di saat2 ini..(kalau ade..). Mungkinkah sbb Dia tahu tiada guna kalau saye luahkan..krn Dia tahu yg mesej itu mungkin tidak akan sampai ke destinasi2 yg perlu dituju..? Ataukah mungkin sebab Dia tahu yang ianya tak perlu diluahkan..hrm. Tak ape, tak perlu saye memikirkan tentang andaian2 tu semua..perlu sentiasa berbaik sangka pada-Nya. InshaAllah, Dia lebih tahu segala yg terbaik buat diri ini. Hrm..agaknye Dia nak suruh saye gi tidur kot..?? (hehe..x abis2 lg buat andaian, ish ish).

*Tarik nafas dalam-dalam*

Tak ape la, sekurang2nya hujan dah berhenti..hehe. Sekurang-kurangnya hati dah rase lega. Alhamdulillah..

Takde ape sebenarnye, biasalah dalam persahabatan mesti ada pasang surutnya. Bukan saje dlm persahabatan..tapi dalam keluarga, rumahtangga, komuniti setempat dan ruang kerja, mesti ada masalah yg timbul. Lumrah dunia, tak ada siapa yg sempurna. Siang akan diganti malam, malam akan diganti siang. Kadang2 di atas kadang tersungkur ke bawah. Semuanya tak kekal, berubah2.

Saye dah tersenyum. *senyum dgn hati yg puas*. Terima kasih Allah. Diri ini takkan berputus asa dengan rahmat-Mu..Ujilah diriku, jika itu akan menguatkan imanku..InshaAllah akan ku tabah menghadapinya..kerana itu harga syurga-Mu. Hanya redha yg akan disemai di hati ini..bukan keluh kesah. Semoga Engkau melapangkan jalan di hadapanku ya Allah..Tuhan yang Maha Penyayang.

-Allah suruh tidur..=). Wassalam.-

Friday, June 22, 2007

Happiness is..

Happiness is a voyage, not a destination.

We convince ourselves that life will be better once we are married, have a baby, then another.

Then we get frustrated because our children are not old enough, and that all will be well when they are older.

Then we are frustrated because they reach adolescence and we must deal with them. Surely we'll be happier when they grow out of the teen years.

We tell ourselves our life will be better when our spouse gets his/her act together, when we have a nicer car, when we can take a vacation, when we finally retire.

The truth is that there is no better time to be happy than right now.

If not, then when?

Your life will always be full of challenges. It is better to admit as much and to decide to be happy in spite of it all.

For the longest time, it seemed that life was about to start. Real life.

But there was always some obstacle along the way, an ordeal to get through, some work to be finished, some time to be given, a bill to be paid. Then life would start.

I finally came to understand that those obstacles were life.

That point of view helped me see that there isn't any road to happiness.

Happiness IS the road.

So, enjoy every moment.

Stop waiting for school to end, for a return to school, to lose ten pounds, to gain ten pounds, for work to begin, to get married, for Friday evening, for Sunday morning, waiting for a new car, for your mortgage to be paid off, for spring, for summer, for fall, for winter, for the first or the fifteenth of the month, for your song to be played on the radio, to die, to be reborn..before deciding to be happy.

Happiness is a voyage, not a destination.

There is no better time to be happy than NOW!

Live and enjoy the moment.

-Author unknown-


Now, think and try to answer these questions:

1 - Name the 5 richest people in the world.
2 - Name the last 5 Miss Universe winners.
3 - Name the last 10 Nobel Prize winners.
4 - Name the last 10 winners of the Best Actor Oscar.

Can't do it? Rather difficult, isn't it?

Don't worry, nobody remembers that.

Applause dies away!

Trophies gather dust!

Winners are soon forgotten.


Now answer these questions:

1 - Name 3 teachers who contributed to your education.
2 - Name 3 friends who helped you in your hour of need.
3 - Think of a few people who made you feel special.
4 - Name 5 people that you like to spend time with.

More manageable? It's easier, isn't it?

The people who mean something to your life are not rated "the best", don't have the most money, haven't won the greatest prizes.

They are the ones who care about you; take care of you, those who, no matter what, stay close by.

Think about it for a moment.

Life is very short!

And you, in which list are you? Don't know? Let me give you a hand.

You are not among the most "famous", but among those to whom I remember to send this message.

Some times ago, at the Seattle Olympics, nine athletes, all mentally or physically challenged, were standing on the start line for the 100 m race. The gun fired and the race began. Not everyone was running, but everyone wanted to participate and win.

They ran in threes, a boy tripped and fell, did a few somersaults and started crying.

The other eight heard him crying. They slowed down and looked behind them.

They stopped and came back. All of them.

A girl with Down's Syndrome sat down next to him, hugged him and asked, "Feeling better now?"

Then, all nine walked shoulder to shoulder to the finish line.

The whole crowd stood up and applauded. And the applause lasted a very long time.

People who witnessed this still talk about it. Why?

Because deep down inside us, we all know that the most important thing in life is much more than winning for ourselves.

The most important thing in this life is to help others to win. Even if that means slowing down and changing our own race.


May Allah grant you the SERENITY to accept what you cannot change, COURAGE to change what you can, and the WISDOM to know the difference.

-Compiled, edited and adapted by Khalid Latif.-

Wassalam.

Thursday, June 21, 2007

Sepatutnya..

Sepertimana anak bergantung pada ibu ayahnya..
sepatutnya lebih dari itu kita bergantung pada Pencipta kita,
Allah Yang Maha Esa...lagi Maha Kuasa...
yang menjadikan kita semua,
untuk hidup di dunia dan di akhirat...
dengan selalu meminta kepadanya,
berdoa sentiasa....

Allah suka kita meminta kepada-Nya...
bersama takwa penuh iman di dada....
terutama tika sepi malam menjelma...
bersyukur, berdoa, bermohon dengan airmata,
bersujud mengabdi kepadanya sepenuh jiwa raga...

Sepertimana kita bersyukur kepada ayah ibu,
yang membesarkan kita,
sepatutnya lebih dari itu kita bersyukur kepada Ilahi,
yang memberi rezeki dan sejahtera kepada kita di dunia....

Sepertimana kita mewajibkan diri membaca berita/newspaper setiap hari dan masa,
sepatutnya lebih dari itu kita memberi waktu setiap hari kita membaca kalam Allah,
Al Quran yang menenangkan jiwa sentiasa.
dan berusaha mengetahui makna isinya...
untuk panduan hidup kita di dunia,
agar tidak tersesat dan tersilap yang membawa sesal..
hingga membawa dosa tanpa pahala,
sebagai bekalan untuk hidup abadi di sana nanti,
yang tidak akan mati lagi...

Alangkah ruginya kita...
kita balik dari musafir di negara orang,
dan pulang ke negara sendiri dengan tangan kosong,
tanpa bekalan untuk makan minum dan bahagia,
hidup abadi di negara sendiri....

Bagaimanakah nanti....
nasibnya diri yang malang
tiada beringat untuk hari depan...?
hidup yang lebih panjang....!
Hendak berbalik semula ke dunia,
untuk menghimpun bekalan semula,
malangnya sudah tiada upaya...
kerana perjanjian di sana,
hanya sementara sahaja,
hidup di rantau sebagai musafir lalu di dunia....
sedang hidup di akhirat, negara sebenar manusia
hidup yang abadi yang sempurna .

Alangkah beruntung dan bahagia...
kalau dapat hidup di syurga...tidak di neraka...
hidup yang selama-lamanya...
Apakah...dalam azab atau bahagia....
Apakah pilihan kita....!
bijak atau sebaliknya... ???

Semoga kita semua bijak memilih
tanpa penyesalan yang tiada berguna...
dapat bahagia sentosa sentiasa di sana...
di mahligai syurga impian setiap manusia....
dan terhindar neraka...
kebencian setiap manusia.

Marilah kita menuju impian kita,
dan menjauhkan dari kebencian kita semua...
Beramallah menuju syurga,
Beramallah menjauhi neraka...
Mudah-mudahan....bahagia tempat kita.
Amiin....

Nukilan,
Noor Ainy M. Yusoff (Nurdina M.Y,)
13 Ogos 1998
Jam: 1.30 malam.

Wassalam.

Monday, June 18, 2007

Selamat Bermujahadah!

DIALOG ANTARA LEMBU & AYAM

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!

Lembu : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!

Lembu : Hah! Buat apa pulak?

Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!

Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!

Ayam : ?? Maksud kau?

Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!

Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)


KES TAK BERTEGUR SAPA

Terjadi satu hari sepasang suami isteri ni berselisih faham...dan tak bertegur sapa..

Si suami ni nak bangun pagi pada esoknya..tak tau macammana nak bagitau isteri supaya kejutkan dia pagi esoknya..Si suami ni dapat idea..lalu dia tulis satu nota "KEJUTKAN ABANG!! PUKUL 6.30 PAGI ESOK"

Esoknya si suami ni terlewat bangun...dia nak marah pun ada..nak ketawa pun ada kat isterinya.

Nak tahu kenapa?... si suami ni terjumpa la nota "BANG!! BANG!! BANGUN BANG! DAH PUKUL 6.30 PAGI"


SURAT PUTUS CINTA

Tijah ingin memutuskan perhubungan dengan boyfriend MAT SALLEH nya....Dia tak sanggup bertemu muka, lalu dia pun mengutus surat. Surat tu macam ni bunyinya....hehehehe:

Hi, my motive write this letter is to give know you something.

I WANT CUT CONNECTION US. I have think about this very cook cook. I know i clap one hand only. Correctly, i have see you and she together at town with eyes myself. you always ask for apology back back. I don't trust you again!!!My friend speak you play wood three..Now i know you correct correct play wood three. So, i break connection to pull my body from this love triangle. I know this result i pick is very correct, because you love she very high from me. So, i break off to go far from here. But i always love where also i live....Safe live......

Regards
tijah

=D
p/s : selamat berusaha untuk berusaha, dgn hati yg tenang dan rileks..semoga Allah permudahkan segalanya..=)






Wassalam.

Sunday, June 17, 2007

-Exam Mode-

Esok adalah hari pertama exam..(sy ade exam esok..tp smpt lg nk berblogging..huhu). Cuma terasa terpanggil untuk mencoretkan sesuatu kt sini, melihatkan status2 ym yg kurang menyenangkan hati saye..Saye faham bila dekat nk exam ni, banyak betul dugaan yg datang. Kadang2 tu, benda yg kita tak pernah amik kisah pun sebelum ni, tp tiba2 berada dalam perhatian kita. Bila dekat nak exam ni la mula rase homesick, pastu nak balik umah, semangat nk tgk movie tiba2 meluap-luap plk..terasa nak main games, nak keluar shopping dan sebagainya..(maaf contoh2 ni kebanyakannya tak berasas, cuma saya yg pandai2 reka sbb nak panjangkan list..hehe). Tapi daripada pengalaman sendiri sebelum ini, mungkin juga pengalaman hasil pemerhatian saye, itulah realiti yg sering berlaku. Dan semua itu sebenarnya adalah godaan dari syaitan..yang nakkan kita lalai dari tanggungjawab kita (jahatkan syaitan ni..ish). Dan bagi mereka yang diduga oleh Allah dgn sesuatu yg di luar kekuatan mereka untuk menghalangnya..saye berharap mereka akan sentiasa kuat. Terutama sekali di musim exam ni. Saye faham, memang susah untuk kita terima sebuah kehilangan..paling susah kalau orang itu rapat dan kita sayang..tak kisah la terpisah untuk selamanya, mahupun sementara. Tapi apa yang boleh saye katakan kat sini, semuanya yang berlaku dalam hidup kita, sama ada yang kita suka ataupun kita tak suka..sumenye adalah ketentuan dari Allah. Kalau Allah nak tarik nikmat itu, ataupun Allah nak amik orang yg kita sayang tu..tak kira sama ada kita ada bersama2nya ataupun tidak..ketentuan itu pasti akan berlaku. Dan saye tahu, saye cuma mampu berkata-kata. Sejauh mana kita cuba untuk memahami perasaan seseorang, kita takkan mampu untuk betul2 merasai kepahitan yang dirasainya. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tapi saye mungkin faham perasaan kehilangan kaum kerabat di saat kita berada berjauhan dari keluarga..pernah kehilangan pakcik tidak lama dahulu..1 Mac dia pergi, dan dulu seakan2 tak percaya yg saye dh takkan jumpa dia lagi. Tapi alhamdulillah skrg ni mcm dh x rase pape..alhamdulillah. Maaf kalau ada unsur2 kurang sensitif kat sini, tapi saye betul2 nk nasihatkan..cuba dan cuba dan cuba seboleh2nya untuk lupakan kesedihan tu. Pause sekejap sehingga exam habis..okey? Jangan biarkan diri kita dipermainkan oleh perasaan..cuba seboleh mungkin untuk kawal diri sendiri supaya kita akhirnya takkan menyesal. Yang dah pergi, relakan dia pergi. Dah sampai masanya untuk dia 'berehat' dari dunia ni, kita yang masih hidup ini ada banyak lagi perjuangan yg kita perlu laksanakan. Contoh terdekat adalah exam..jadi cuba fokus untuk buat dan beri yang terbaik, sebab exam ni datang sekali je. Kalau kita rase kita tak buat yg terbaik, bukannya kita boleh mintak untuk 'resit' balik exam tu kan?..huhu. Sesungguhnya dalam bab2 macam ni, saye memang tak pandai nak comfortkan hati orang..cuma mampu berdoa je, supaya masalah tu dapat dilupakan untuk sementara waktu (lebih baik lg kalau selama-lamanya). Itu satu. Dan bagi yg mengalami masalah kehilangan yg lain pula, saye harap semakin hari semakin bertambah baik. Maaf kalau diri ini tak bertanya khabar..nampak macam tak mengambil berat, tapi sebenarnya tak tahu macam mana nk mengambil berat. Tapi alhamdulillah, syukur ada orang lain yang pandai mengambil berat =). Saye harap buat masa ini, sudah dapat mengenalpasti benda yg perlu diberi keutamaan yg lebih. Kena ingat, kalau kita menangis siang malam pun, yang seksanya adalah diri kita sendiri. Kesannya pada diri kita, bukannya dia. Memang susah untuk kita fokus pada hal lain kalau kita sendiri masih tak nak lupakan dia..Buat masa sekarang, jangan gadaikan pelajaran kita disebabkan dia yang tak mampu membantu hidup kita pun. Ingat, peluang untuk kita berikan yg terbaik dan buktikan yang kita mampu buat yang terbaik, datang sekali je. Gunakan peluang ini sebaik-baiknya. Masa dah tak banyak, tapi masih lagi ada..inshaAllah. Jadi cuba gunakan masa ini untuk membuat persiapan yg terbaik untuk exam k? Mintak bantuan dari Allah banyak2..Kalau hati x tenang, amik wudhu' dan solat..inshaAllah semoga Allah melapangkan hati kita dari perkara2 yang menggangu fikiran. Dan selalu2 jgk baca Quran..untuk tenangkan hati. Dan kena yakin dalam hati, yang Allah bagi ujian ni sume sebab Allah masih sayang kat kita..kalau Allah tak sayang, Allah biarkan je kita terus-terusan buat dosa. Tapi disebabkan Dia itu Maha Penyayang dan Maha Pengampun, Dia bagi lagi kita peluang..supaya kita sedar dengan kelalaian kita selama ini..dan Dia beri peluang ini untuk kita mendekatkan diri kita pada-Nya. Syukurlah sebab tak semua orang mendapat peluang ni. Nikmat yang paling indah adalah..mengetahui yang Dia sayangkan kita, dan kita tidak mensia-siakan perhatian yg Dia berikan. Bagi mereka yg lain, ada yang akan memulakan exam esok, lusa dan seterusnya..dan ada jugak minggu depan. Saye harap dalam kesibukan kita membuat persiapan untuk menempuh hari exam..jangan ada kewajipan kita yg terabai. Jaga hubungan kita dengan Allah..sebab segalanya Allah yang berkuasa menentukan. Kita semua nak result yang cemerlang, jadi jangan kita lupa, yang merealisasikan segala impian kita tiada lain melainkan Allah. Jangan abaikan tanggungjawab pada diri sendiri jugak..kena jaga makan, minum, tidur dsbnya. Penting supaya masa nak jawab exam nanti, fikiran dan badan kita betul2 sihat untuk kita give all out. Jangan stress2 sangat..tenang2kan fikiran, lapangkan hati dari segala masalah yg menggangu kita utk fokus..dan kena make sure kita buat persiapan, study betul2..sebab kita ni hanyalah manusia biasa, takkan la Allah nak hadirkan dalam fikiran kita fakta2 yang tak pernah kita dengar pun sebelum tu..(kita bukannya nabi untuk mendapat keajaiban tu..wlpn tak dinafikan segalanya tak mustahil bagi Allah). Jadi, persiapan tu penting..kena make sure kita pergi exam hall berbekalkan ilmu dlm hati dan fikiran kita. Bila terlupa, baru kita mntk spy Allah peringatkan. InshaAllah Dia akan tolong hamba-hambaNya. Diharap semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita, dari membuat persiapan sehinggalah menjawab soalan2 exam. Semoga Allah memberi kelapangan fikiran, ketenangan hati dan kesihatan tubuh badan pada kita semua..semoga Dia melancarkan urusan kita untuk memahami nota-nota pelajaran dan mengingatinya, dan redha dengan setiap usaha kita..inshaAllah. Sama2 kita doakan untuk kejayaan bersama. All the best utk semua!!=) Wassalam.

Saturday, June 16, 2007

semoga Allah permudahkan segalanya..

DU'A BEFORE STUDYING

“Allahumma infa’nii bimaa ‘allamtanii wa’allimnii maa yanfa’uunii. Allahumma inii as’aluka fahmal-nabiyyen wa hifzal mursaleen al-muqarrabeen. Allahumma ijal leesanee ‘aiman bi dhikrika wa qalbi bi khashyatika. Innaka ‘ala ma-tasha’u qadeer wa anta hasbun-allahu wa na’mal wakeel.”

“Oh Allah! Make useful for me what you have taught me and teach me knowledge that will be useful to me. Oh Allah! I ask you for the understanding of the prophets and the memory of the messengers, and those nearest to you. Oh Allah! Make my tongue full of your remembrance and my heart with consciousness of you. Oh Allah! You do whatever you wish, and you are my availer and protector and best of aid.”

DU'A AFTER STUDYING


“Allahumma inni astaodeeka ma qara’tu wama hafaz-tu. Farudduhu ‘allaya inda hajati elahi. Innaka ‘ala ma-tasha’-u qadeer wa anta hasbeeya wa na’mal wakeel”

“Oh Allah! I entrust you with what I have read and I have studied. Oh Allah! Bring it back to me when I am in need of it. Oh Allah! You do whatever you wish, you are my availer and protector and the best of aid.”

DU'A WHILE STUDYING SOMETHING DIFFICULT


“Allahumma la sahla illama ja-‘altahu sahla anta taj ‘alu al hazana eza ma shi’ta sahal.”

“Oh Allah! Nothing is easy except what you have made easy. If you wish, you can make the difficult easy.”

DU'A FOR CONCENTRATION

“Salla-l-laahu alaa Muhammad wa aal-e Muhammad. Allahumma inni as’aluka yaa mudhakkira-l khayr wa faa’ilahu wa-l-aamimira bihi dhakir-ni maa ansaani-hi-shaytan.”

“Blessings of Allah be upon Muhammad and his progeny. O Allah, I ask you, the one who mentions goodness and actualizes it and commands it, remind me of that which the shaytan makes me forget.”

DO’A MOHON DITAMBAH ILMU DAN KEFAHAMAN

Rabbi zidnii ‘ilman warzuqni fahman

“Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman (pengertian yang baik dan fahaman).

DO’A MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL

Allahummarzuqna ya Rabbi fahman-nabiyin, wa-hifzal-mursalin, wa-ilhamal-mala-ikatil-muqarrabin fi-afiatin ya arhamarrahimin

“Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir dengan-Mu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.”

DOA KETIKA KEGELAPAN FIKIRAN

Dibaca sewaktu menduduki peperiksaan

Ya Haadi, ihdinii.

“Wahai Tuhan Yang Memberi Petunjuk, tunjuki aku”

Imam Ahmad bin Ali Albunni mengatakan, Nama Allah ini adalah lafaz zikir malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan fikiran, kita baca doa tersebut, insya-Allah seketika itu juga kita akan memperoleh petunjuk. Boleh juga dibaca ketika sesat jalan.




Wassalam.