Sunday, June 10, 2007

Contohi sikap Rasulullah (s.a.w.)..jom!

Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat.

Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur.

Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.

Dengan senyuman Rasulullah SAW menjelaskan, "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung, sebab itu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasullullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang yang bukan islam pula.

Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasululllah SAW.

Hebatkan peribadi Rasulullah..kalaulah mampu jadi macam tu jgk, alangkah syukurnya. Kalau saye, confirm xmampu nk abiskan limau yg masam tu semata-mata utk jaga hati org yg memberi..confirm x mampu nk 'berlakon' utk xnak menyinggung perasaan wanita tu..tapi Rasulullah mampu sebab baginda mempunyai akhlak yg paling terpuji, jadi kita kena la contohi sikap Rasulullah ni ye..=)

Hrm, point utama sy sbnrnye..saye kena masak hari ni..!(saye conduct masak??huhu..tak percaya). Dah la kena masak ayam masak lemak..tak pernah2 seumur hidup saye masak lauk ni (pernah tolong2 je..), masak kari org boleh tersalah kata masak kurma..ish2, sabar je la..=D.

(I don't know how to cook. Cook anyway..). Baiklah, inshaAllah saye akan cuba..(faezah kata main masuk je sume bahan2 yg dh diprepare..Faezah, kalaulah sesenang tu utk masak, boleh je nk masak..cuma masalahnye takut nanti rase ntah pape plk..huhu). Tapi saye x risau sgt, sbb kitorg dh import chef jemputan dari newnham..harap2 dgn adanya yani, masak lemak akan betul2 jadi masak lemak..=). Tapi kalau x mengikut selera orang yg akan makan nnt, anggaplah tu saye yg masak..dan jgn lupa ye utk contohi sikap Rasulullah..hehe.

All d best utk mereka yg akan memasak hari ini..esok, dan hari-hari yg seterusnya. (Doa saye sentiasa bersama kalian..inshaAllah) =)


Selingan : Selamat Hari Lahir Ros..semoga sentiasa dlm rahmat, perlindungan dan kasih sayang Ilahi..may Allah give u the best in everything..n thank you for this frenship.=)

Wassalam.

No comments: