Tuesday, June 12, 2007

ada apa dgn cinta?..

Hrm..baca blog adik jap td..ni adik betul, adik kandung..hehe. Haiih, macam2 benda yg berlaku kt dunia zaman skrg ni. Bila kita semakin dewasa, semakin banyak pengalaman yg dikutip dari orang2 sekitar kita, kawan2 kita dan juga tak lupa pengalaman sendiri. Tapi yg paling significant yg saye nampak adalah masalah yg berkisar tentang hati dan perasaan..atau senang cakap, masalah cinta. Mungkin sebab kita berada dalam kelompok yg berkemampuan dan bahagia, sbb tu jarang kita dgr masalah kesempitan duit dalam erti kata tak mampu untuk menanggung keperluan hidup sendiri..masalah didera, jenayah kecil dan sebagainya..Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya itu sudah jauh lebih baik dan berharga buat kita. Hrm..sbnrnye sy cuba untuk tidak membincangkan isu ini, isu yg sentiasa hangat dan mungkin juga terlalu sensitif bagi sesetengah pihak. Tapi hati tiba2 terasa terpanggil pulak untuk berkata-kata secara public..(selalu dalam hati je..hehe). Soalan pertama, penting sangat ke cinta? Maksud saye cinta antara lelaki dan perempuan. Penting sangat ke sampai kita nak risau kalau kita single..Bagi saye, tak perlu kita nak melatah dgn pandangan masyarakat sekeliling, yg penting kita bahagia dgn hidup kita. Jangan kerana org lain bercinta, kita pun nak jugak. Sebabnya, mereka mungkin nampak bahagia dan gembira..tapi kita tak tahu yg sebaliknya. Siapa yg nak tunjuk kt org kalau ada kepincangan dalam hubungan..mesti la nak nampakkan yg baik2 je kan..?(org yg bercinta lebih tahu, sy x arif pasal ni..huhu). Tapi saye tak kata semuanya bermasalah..ada je yg bahagia sepanjang masa..hehe. Bila bercinta, bukan senang untuk kita bagi komitmen, setia dan sentiasa nak jaga hati pasangan kita..Dgn ibu bapa kita sendiri pun susah untuk kita komited dgn tanggungjawab kita sbg anak, apatah lagi dgn seseorang yg kita tidak diberi tanggungjawab yg wajib ke atasnya. Erm, maksud saye tanggungjawab yg macam dlm hubungan ibu,ayah-anak, suami-isteri..etc. Patutnye kita bersyukur sbb kita single..kalau faham maksud saye ni, alhamdulillah=) Masalah kedua, masalah bila kita dh start suka seseorang. Ini masalah biasa yg melanda hampir semua org yg normal..hehe. Perasaan tu mmg fitrah manusia..tak salah untuk memilikinya. Cuma salah bila kita tak pandai mengendali dan menghargainya. Ada orang mengemukakan persoalan tentang layak dan tidak layak. Saye nak bagi contoh..saye pasti semua orang nak masuk syurga kan..?! Dan kita mungkin akan bertanya pd diri sendiri..'layakkah aku untuk masuk syurga?'. Takde orang yg rase dia layak masuk syurga..(mungkin ade jgk kot..) dan bila kita tahu yg kita mmg tak layak utk masuk syurga, adakah patut untuk kita terus berdiam diri dan bergoyang kaki saje? Sepatutnya kita kena la berusaha untuk melayakkan diri kita..beri yg terbaik supaya Allah akan meng'consider' kita sbg salah seorang penghuni syurga-Nya. Begitu jgk dgn masalah cinta antara manusia ni..kalau kita rase kita tidak layak untuk dia, berusahalah. Cuba baiki diri kita supaya akhirnya kita layak..tapi kalau dah takdir dia bukan untuk kita, jangan menyesal dgn usaha yg telah kita curahkan, dan pengorbanan yg dah kita buat. Sebab mungkin Allah akan bagi yg jauh lagi baik buat kita..sbb mungkin Allah tahu yg usaha kita itu telah melayakkan kita utk dapat yg lg baik darinya. Tapi dalam berusaha tu, kena pastikan jgk niat kita betul..pada mulanya mungkin niat utk menambat hati dia, tapi cuba sedikit demi sedikit utk perbetulkan niat utk dapatkan keredhaan Allah, spy perubahan yg kita buat tu akan beroleh restu dari-Nya dan akan berkekalan. Bila kita dh mampu berubah jadi baik, jangan risau lagi pasal jodoh..sbb janji Allah itu pasti. Kalau bukan dgn dia, inshaAllah Dia akan bagi yg jauh lg baik..rajin2 la berdoa ye..=) Bila kita dh suka seseorang, tapi dia takde pape perasaan pd kita..erm, lebih tepat lagi kes bertepuk sebelah tangan. Mungkin dia tak rase pape, mungkin dia rase something tapi kita tak tahu..Pada pendapat sy yg sgt dhaif ni, kalau mampu..simpan je dulu perasaan tu. Masalah cinta ni, hanya layak mendapat perhatian yg lebih dari kita, pd saat kita mempertimbangkan ia dgn sebuah perkahwinan. Kalau terasa masih lambat lg nak kawin..tak perlu pening2kan kepala nak fikir sama ada dia suka kita ke tak..nak luahkan perasaan kita atau tidak. Sepertimana kita perlu ada matlamat dan tujuan bila ingin bertanya soalan, saye rase seperti itu jugalah kita perlu bermatlamat bila berfikir. Jadi, apa matlamat kita untuk kita berfikir dan membuat telahan tentang diri orang yg kita suka; sama ada dia suka kita atau tidak, dia suka org yg macam mane, etc...?Kalau matlamat kita utk ada hubungan 'special' ngn dia..go on, itu terpulang la pada diri masing2. Tapi kalau kita tahu, kita sekadar untuk main2..tidak mengharap pada apa2 hubungan pun..jgn la dok pening2 kan kepala nk fikir pasal masalah ni. Untuk yg ade kesedaran yg hubungan itu tak sepatutnya ada..terpulanglah pada diri masing2 kalau anda masih lagi menimbang untuk bercinta atau tidak. Walau apa pun, saye nk nasihatkan..sayangi diri kita dulu sebelum kita nak sayang orang lain. Sayang diri kita, jangan melabur kt bursa saham dosa bila kita tahu kelemahan kita sbg manusia takkan mampu untuk melawan godaan syaitan. Allah tak kata jangan buat zina, tapi Allah kata jangan hampiri zina. Sebab Allah sangat arif dgn sifat2 makhluk ciptaan-Nya..senang digoda senang termakan dgn pujuk rayu syaitan. Lagipun, tak perlu la kita memberi alasan yg kita dalam usaha pencarian calon suami mahupun isteri. Sebab semua orang ada perasaan. Tak kira se'kurang baik' mana pun dia, dia masih ada hak untuk dilayan secara adil sbg seorang manusia yg juga ade perasaan. Jangan kita jadikan dia mangsa dalam usaha pencarian kita..dalam usaha kita mencari cinta sejati kita. Tak baik buat macam tu..Biar kita diikat dgn hubungan yg sah..dan kalau takdir Allah dia masih bukan yg terbaik untuk kita..redha, dan mohon lagi pada-Nya. Bagi yg ingin melepaskan..tapi masih lagi diganggu. Hrm, sori sis..i really don't know what shuld i say about it. Some men are really like that..but remember, not all. Maybe u can change ur contact number..if possible, change everything that he can get access with. Hrm, tapi phone umah mesti x boleh. Bahang terasa sampai new zealand la..huhu. Be cool and make urself super busy okeyh! Pada yg hatinya dilukai..hubungan tak kesampaian, terasa dipermainkan dan dikecewakan. Ingat, tak semua yg kita rancang akan berjaya seperti apa yg kita harapkan. Sejauh manapun kita menatang bagai minyak yg penuh, kita jaga hatinya, kita cuba untuk tidak menyakiti hatinya, tidak menyinggung perasaannya..kita buat dan bagi yang paling baik kita mampu, tapi jika telah tertulis yg dia bukan untuk kita..apalah kudrat yg kita ada untuk menghalang takdir Allah. Bila terjadi macam ni..ingat selalu, Allah masih sayang kita. Allah masih sayang kat kita! Jangan pernah menyesal dgn apa yg telah berlaku..jangan salahkan sesiapa, terutama sekali diri sendiri. Fikir betapa bertuahnye diri kita, tak semua orang kat dunia ni mampu merasai nikmat cinta..betapa bertuahnya diri kita dapat mencintai dan dicintai oleh org yg kita sayang. Cukuplah kita dapat merasa sekejap nikmat itu (walaupun sbnrnye banyak lagha dari x lagha..huhu). Tapi jangan bersedih bila Dia tarik nikmat bahagia itu..sebabnya itu adalah salah satu didikan dari-Nya pada kita. Syukurlah kerana Dia tarik nikmat itu..dari kita terus-terusan dalam kealpaan. Jangan berputus asa dgn hidup ini, jgn mengeluh dgn rahmat dan pertolongan dari Allah..sbb dgn ujian lah kita menjadi lebih dewasa..kita lebih kenal Dia. Jadikan ujian itu sebagai batu loncatan dan titk kekuatan untuk kita bangkit dan meneruskan kehidupan yg lebih bermakna di masa hadapan. Yang masih lagi confused..hrm, ini masalah hati masing-masing. Tepuk dada tanyalah betul2 kat hati..kalau hati xnak jawab, sy lagi la x mampu nak beri apa2 jawapan. Semoga Allah memperjelaskan maksud hati kita semua..dan x blur2 lagi..ameen=) Saye bukanlah teman bergelak ketawa, bukan juga teman menangis hiba. Hanya teman di alam maya..memberi nasihat dan comfort..yg tak pasti sampai atau tidak ke destinasinya. Harap2 sampai dalam keadaan yg paling baik..ameen. Sampaikan juga pada yg jauh di mata..dan sentiasa dekat di hati. Yang dah berjaya melepasi rintangan ni..alhamdulillah. Syukur banyak2 pada Allah kerana mempermudahkan segala urusan. Terima kasih pada-Nya yg telah membukakan pintu kebenaran dan menunjukkan arah jalan. Semoga semuanya akan beroleh nikmat ini hendaknya..ameen. Semoga hati kita semua dilapangkan dari masalah cinta dan diperteguhkan dgn sinar iman..inshaAllah. Akhir sekali, saye mintak maaf banyak2..atas segala kekurangan, ketidakprihatinan, kekurangan sensitiviti dalam saye menyampaikan mesej dlm entri ini. Harap tidak menyinggung hati mana2 pihak, mahupun mengganggu hati sesiapa. Semoga ada kebaikan yg dapat diambil, mana2 yg kurang tepat, kurang sesuai diperkatakan..saye hanya insan hina, bercakap dari hati yg sentiasa berbolak-balik..maaf sekali lagi. Wassalam.

No comments: