Saturday, June 23, 2007

-senyum dalam redha- =)

Luahan hati..hilang sekelip mata. Yang dipendam lama, menunggu kekuatan dan masa untuk diluahkan, akhirnya lenyap tanpa sebaris ayat yg tinggal.

Menarik nafas panjang, istighfar pada-Nya agar tidak cepat melatah..Mungkin sekarang bukan lagi masanya untuk menceritakan tentang sesuatu yg berunsurkan emosi. Mungkin sebab sekarang Dia tahu tgh musim exam, bimbang akan turut mengganggu emosi orang lain..(kalau ade..). Mungkin Dia ingin menguji kesabaran hati ini, sejauh mana hati dapat memendam perasaan ini untuk bertahan dan bersabar. Mungkin Dia ingin mendidik diri ini untuk tidak menjadi seorang yg mementingkan diri sendiri, walaupun sy dh habis exam..ramai lagi yg belum. Jadi saye tak boleh selfish untuk mengharapkan mereka mengambil berat di saat2 ini..(kalau ade..). Mungkinkah sbb Dia tahu tiada guna kalau saye luahkan..krn Dia tahu yg mesej itu mungkin tidak akan sampai ke destinasi2 yg perlu dituju..? Ataukah mungkin sebab Dia tahu yang ianya tak perlu diluahkan..hrm. Tak ape, tak perlu saye memikirkan tentang andaian2 tu semua..perlu sentiasa berbaik sangka pada-Nya. InshaAllah, Dia lebih tahu segala yg terbaik buat diri ini. Hrm..agaknye Dia nak suruh saye gi tidur kot..?? (hehe..x abis2 lg buat andaian, ish ish).

*Tarik nafas dalam-dalam*

Tak ape la, sekurang2nya hujan dah berhenti..hehe. Sekurang-kurangnya hati dah rase lega. Alhamdulillah..

Takde ape sebenarnye, biasalah dalam persahabatan mesti ada pasang surutnya. Bukan saje dlm persahabatan..tapi dalam keluarga, rumahtangga, komuniti setempat dan ruang kerja, mesti ada masalah yg timbul. Lumrah dunia, tak ada siapa yg sempurna. Siang akan diganti malam, malam akan diganti siang. Kadang2 di atas kadang tersungkur ke bawah. Semuanya tak kekal, berubah2.

Saye dah tersenyum. *senyum dgn hati yg puas*. Terima kasih Allah. Diri ini takkan berputus asa dengan rahmat-Mu..Ujilah diriku, jika itu akan menguatkan imanku..InshaAllah akan ku tabah menghadapinya..kerana itu harga syurga-Mu. Hanya redha yg akan disemai di hati ini..bukan keluh kesah. Semoga Engkau melapangkan jalan di hadapanku ya Allah..Tuhan yang Maha Penyayang.

-Allah suruh tidur..=). Wassalam.-

No comments: