Friday, August 10, 2007

Didikan-Nya..

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya layak ditujukan buat-Nya, Tuhan yang Maha Berkuasa, Tuhan yang Maha Mencipta, Menghidup dan Mematikan. Tuhan yang Maha Lembut pada hamba-hamba-Nya, Tuhan yang Maha Merancang segala yg terbaik untuk kita semua. Dan Tuhan yang Maha Penyayang, lebih dari sayangnya seorang ibu untuk anaknya yg tercinta.

Dua hari baru-baru ini, hati sedikit teruji. Diuji dengan sesuatu yang tak pernah saye sangka2kan akan berlaku. Tersingkap kelemahan diri, dan yang pasti kita semua hanya mampu merancang tetapi Dia jugalah yang lebih tahu apa yg terbaik buat hamba-Nya. Kadang2 kita rase kita telah melaksanakan sesuatu dgn sebaik2nya, yakin yang segalanya berjalan seperti dirancang, dan yakin yang kita mampu mengelak dari mengundang sebarang masalah..tetapi ternyata ianya di luar keupayaan kita untuk melihat natijah yg bakal berlaku jauh di hadapan.

Saat hati teruji, terasa terlalu lemah diri ini. Ada rasa kecewa yg terbit, ada perasaan menyesal, sedih, bersalah dan macam-macam. Perjalanan hidup sedikit terganggu, fikiran tak mampu untuk fokus pada lecture, disebabkan terlalu banyak yg berlegar2 kat minda. Tapi Dia tak pernah tinggalkan hamba-Nya sorang2 apabila menghadapi masalah. Memang Dia sentiasa bersama, cuma kadang2 kita terleka dan kita teralpa untuk menyedari hakikat ini. Saat gembira mahupun berduka, Dia ada menemani kita.

Semalam dicuba lagi untuk mencari ketenangan hati yg hilang. Dibuka lembaran Kata-kata Cinta dari-Nya..membaca ayat2 suci yg tak pernah hilang keasliannya sejak dari zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Dalam hati masih ada rase gundah, tapi diteruskan juga pembacaan dgn harapan akan beroleh sedikit ketenangan. Dan saat itulah, saat Dia menghentikan pembacaan dan menghalakan mata ini pada satu tafsiran ayat yang berbunyi.. “(Tidak demikian) bahkan sesiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebaikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”(2:112). Tak mampu menahan mata ini apabila mutiara2 jernih itu mengalir..umpama diberikan kata2 semangat dari kekasih hati. Terasa sangat terharu, terharu dengan perhatian dan kasih sayang dari-Nya. Betapa Dia ingin memberitahu yang Dia ada bersama, dan Dia tak mahu saye bersedih. Dia hadir memberi kekuatan dan ketabahan pada sekeping hati yg rapuh ini. Kalau saye mampu mengungkapkan rasa terima kasih, angka berjuta-juta takkan cukup untuk diberikan kepada-Nya, kerana nikmat dan kasih sayang-Nya jauh lebih bernilai dari itu. Allah yang telah banyak merawat kelukaan dan menghadirkan semangat serta kekuatan buat diri ini yang pernah jatuh tersungkur suatu masa dulu. Allah yang tidak pernah membenci diri ini, diberi-Nya peluang satu demi satu walau diri sentiasa tergelincir dari jalan-Nya. Allah yg sangat baik pada saye..terima kasih Allah.

Sekarang ini masih lagi memikirkan tentang cara untuk mengurangkan ketegangan yg dicetus oleh tangan ini sendiri. Memang benar kata orang, bila kita melukakan hati seseorang, dia mungkin dapat memaafkan kesalahan kita tetapi untuk mengharapkan agar dia melupakannya mungkin suatu perkara yg agak mustahil. Umpama paku yg ditusuk ke dinding, akan meninggalkan kesan saat kita mencabutnya keluar. InshaAllah kudrat kita mampu membenarkan kita untuk memadam sejarah yg tertulis dgn catatan pena, tapi kita tiada kuasa untuk memadam sejarah yg terlakar dalam kotak memori seseorang. Tapi buat masa ini, saye ingin membiarkan dulu masalah ni buat sementara waktu..berharap semoga masa akan membantu saye utk mencari jalan keluar yg terbaik dan memberi hasil yg terbaik juga..inshaAllah.


Alhamdulillah, sekarang rase lebih tenang. Ujian ini kerana Allah ingin menyedarkan kita yg seringkali terlupa. Sebelum ini kita mungkin terlalu selesa dgn hidup kita, semuanya hanya berkisar pada diri kita sahaja. Tapi bila diuji begini, Dia ingin memberitahu bahawa perlu ada interaksi yang baik dgn orang lain, walaupun mereka bukan saudara kita yg Muslim. Kita sibuk memikirkan tentang diri kita, rakan2 kita dan berada dalam dunia 'Islam' kita sendiri sehinggakan kita lupa tanggungjawab kita pada mereka. Dan apa yg berlaku adalah suatu 'tamparan' yg amat berharga buat saye, untuk saye kaji diri saye dan tindakan saye, dan ternyata memang benar telah banyak tanggungjawab dan kewajipan yg terabai. Saye berharap semoga kesedaran ini tidak berhenti sampai di sini sahaja, tetapi akan terus tersemat dalam hati dan dipraktikkan dalam tingkah laku sehinggalah ke saat yg terakhir nanti. Semoga langkah kaki ini sentiasa dalam pimpinan-Nya..ameen.

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar." (3:142)

~mohon dengan sangat~

No comments: