Monday, August 6, 2007

bersatu bertambah mutu..=)

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh..

Pertama sekali saye harap apa yg bakal disampaikan dalam entri kali ini sampai dalam keadaan yg paling baik dalam hati sesiapa saje yg membacanya. Seperti mana saye cuba menulis dgn hati yg tenang dan jauh dari pengaruh emosi, seperti itu juga la saye harap pembaca semua dapat melapangkan hati dari segala sifat2 negatif yg memungkinkan objektif penulisan kali ini tidak sampai pada matlamatnya.

Hidup bermakna kita berinteraksi dgn setiap makhluk ciptaan Allah di sekeliling kita. Saye hidup dalam realiti yg banyak mempengaruhi diri saye terutamanya secara emosi. Dan terpanggil untuk meluangkan masa di sini pun kerana pengaruh emosi juga sebenarnye..tapi inshaAllah akan cuba mengawalnya ke tahap yg sepatutnya.

Saye sedar kita takkan mampu untuk membentuk hati manusia dan mengubah fikiran mereka mengikut keinginan hati kita. Saye sedar yg keupayaan manusia hanyalah bersifat luaran..kita memang mampu memberi nasihat dan menyampaikan apa yg baik tapi kita takkan mampu untk memastikan ianya berjaya diserap ke dalam setiap hati.

Saye hidup dengan banyak melihat, mendengar, memerhati dan menilai setiap tindak-tanduk diri saye dan juga orang lain. Dan ada di antaranya sangat menggembirakan dan membahagiakan sehingga saye rase saye tidak layak untuk berpijak di bumi-Nya kerana nikmat itu terlalu banyak dan bermakna buat diri saye yg hina ini. Namun ada juga yg sangat melukakan hati dan menyinggung perasaan.

Saye memerhati dgn mata dan menilai dgn hati setiap perkara yg saya alami. Memberi dan menerima adalah perkara yg berlaku sepanjang hidup kita. Dan banyak yang membuatkan saye tertanya-tanya. Saye kesal dgn cara kita, yg bergelar Muslim melayan agama kita sendiri. Saye marah dgn dosa yg diagung-agungkan. Orang mungkin jarang nampak saye marah, tapi hanya Allah yg lebih tahu betapa sukarnya menahan perasaan ini dalam hati. Memang saye susah nak marah orang, atau dalam perkataan lainnya untuk tegur orang secara terang-terangan..dan ini adalah kelemahan diri saye. Dan kemarahan itu bukanlah perkara yg ingin ditekankan kat sini sebenarnye tapi dosa itu yg perlu diberi keutamaan, dan bagaimana cara untuk membetulkannya.

Apabila saye menghantar ayat2 al-Quran, boleh kira berapa orang yg akan forward balik ayat2 suci tersebut. Tapi apabila ada orang anta sesuatu mesej yg tak berkait dgn Islam langsung, malahan ada yg Islam tak anjurkan pun..cepat sangat mesej tu dicirculate kt sume orang. Rasenye mungkin tak perlu fikir panjang pun utk forward, tapi bila benda yg berkaitan dgn Islam..seakan2 kita kurang percaya dgn kesahihan dan kebenaran Islam, sampai nak kena fikir berpuluh2 kali. Abaikan bagi sesiapa yg berlaku adil dalam kedua-dua situasi ini. Adil maksud saye ialah; anda tidak mengforwardkan kedua-duanya atau anda mengforwardkan kedua-dua mesej yg islamic dan non-islamic tersebut. Lagi satu situasi yg banyak membuatkan saye mengeluh ialah..mesej yg berkaitan dgn ‘yahoo is closing down soon’. *Tarik nafas panjang* Sebelum kita nak buat sesuatu, rasenye lebih baik kita fikir dulu..kalau kita rase yahoo director dapat track down sape yg forward dan sape yg x forward msg tu, maksudnya dia mungkin juga dapat baca semua details yg kita chat ngn kawan kita..betul x? and that’s a breach of privacy..yg mane tak mungkin yahoo akan buat macam tu. Tapi saye tahu tak semua maklumat yg kita dapat, kita boleh agak sama ada ia betul atau tidak. Cuma apa yg menyebabkan saye sgt kecewa ialah, bagaimana kita boleh menjadi terlalu tidak cerewet saat mengforward benda2 mcm ni, dan menjadi sangat berhati-hati utk forward ayat2 Al-Quran. Lagipun kalau ragu2, bukannya susah utk pastikan kesahihannya, inshaAllah saye yakin semua org ada copy Quran masing2, so boleh check sendiri sama ada ayat2 yg diforward itu datang dari Al-Quran atau tak..ok?!

Berlaku adillah dengan Islam. Kalau kita selalu berdamping ngn buku pelajaran, apa salahnya kita luangkan jgk masa untuk baca Al-Quran..(berlaku adillah dgn Islam). Kalau kita ada masa untuk social gatherings, kenapa kita takde masa untuk ke kuliah tafsir..? (berlaku adillah dgn Islam). So, kat sini apa yg saye cuba sampaikan ialah...sebagai seorang Muslim, yakinlah dgn Islam dan berlaku adil padanya..dan berfikir dulu sebelum membuat sesuatu perkara. Tapi jgn plk suruh orang yg melakukan kebaikan utk berlaku adil dgn berbuat maksiat..itu tidak termasuk dalam definasi adil kat sini.

“Dan janganlah kamu mencampuradukkan yg hak dgn yg batil dan janganlah kamu sembunyikan yg hak itu, padahal kamu mengetahuinya.” [2:42]

Kadang2 saye tertanya2 jgk, adakah org rase malu kalau nak dekati Islam? Malu kawan2 kata dh alim?? Kalau kita jenis yg biasa2 je, dan sebab itu kita rase kita tak layak atau tak sesuai untuk forward benda2 yg Islam ajar, kita sebenarnye hipokrit. Kita hipokrit pada diri kita sendiri..sebab layanan kita pada hati kita tak sama dgn layanan kita apabila berdepan dgn orang lain. Saye yakin ramai di antara kita pernah ada lintasan hati untuk membuat kebaikan dan kembali ke jalan yg sepatutnya, tapi sayangnye ramai jugak yg lebih mementingkan persekitaran dari kehendak hati masing-masing. Buat apa kita nak jaga sangat hati kawan2 kita kalau kita tahu apa yg hati kita nak adalah lebih baik dari apa yg kawan2 kita expect dari kita? Mereka expect kita untuk kekal seperti diri kita yg dulu (maksudnya tidak berubah), mereka expect kita agar dapat bersosial bersama2 mereka dan bergosip (untuk merapatkan silaturrahim?)..tapi hati tenang ke macam tu? Dan tak semua orang mampu berlaku adil dan jujur pada hati mereka sendiri. Kalau kita tahu benda tu dosa, tak perlu kita tunggu orang lain menegur diri kita..cukuplah kita tegur diri kita sendiri. Kalau kita sudah sedar tentang kesilapan diri kita, ambil ia sebagai pengajaran dan cuba untuk tidak mengulanginya lagi.

Dan tidak lama lagi, (tak sampai seminggu je pun)..akan ada Islam Awareness Week. Sebenarnye saye sgt risau memikirkan ttg IAW ni..sy risau dgn persiapan yg dibuat dan paling saye risau dgn sambutan dan cara kita mengelolakan minggu tersebut nanti. Bagi saye, IAW adalah satu minggu yg sangat penting. Saye anggap minggu ini umpama rumah terbuka masa hari raya. Kalau hari2 biasa pintu rumah kita hanya terbuka untuk tetamu2 tertentu saja, tapi bila hari raya..kita buka rumah kita untuk kunjungan sesiapa saja yg nak datang melawat..tak kira la sama ada kita kenal rapat mahupun tidak. Begitu juga IAW ni bagi saye, ia umpama satu peluang yg dibuka untuk semua orang utk bertanya dan mendapat pengetahuan yg lebih lanjut tentang Islam. Hari-hari biasa kita disibukkan dengan kehidupan universiti, tapi pada minggu ini adalah masa untuk kita sbg Muslims mendedahkan dan melaksanakan tanggungjawab kita bukan sahaja pd saudara2 seMuslims yg lain, tapi lebih penting lg pada non-Muslims dalam menyampaikan amanah Allah utk menyebarkan ttg indahnya Islam. Tanggungjawab ini sangat berat dan sangat penting untuk memastikan perjalanan minggu tersebut terlaksana dgn sebaik-baiknya. Saye berjalan di atas muka bumi ini dgn membawa nama Islam..dan saye bangga dengannya. Tapi apa yg merisaukan saye ialah, saye takut ketidakmampuan kita untuk menjayakan minggu tersebut nnt akan memberi kesan buruk ke atas nama Islam. Saye takut saye tak mampu memberi dan menyampaikan yg terbaik buat mereka, semuanya kerana kelemahan diri saye dan kurangnya ilmu di hati. Hrm..terasa macam sgt banyak benda yg perlu dibuat lagi..huhu.

Cukup pendahuluan ttg IAW, sbnrnye apa yg sy nak smpikan ialah..tentang realiti yg berkaitan dengannya yg banyak menyebabkan sy kecewa. Saye kecewa kerana apabila kita menganjurkan sesuatu aktiviti yg Islam suka, usaha kita seolah2 melepaskan batuk di tangga..tapi apabila ianya sesuatu event yg tak memberi manfaat pun pada Islam..kita mampu pula memberi sepenuh tenaga sehingga ia menjadi suatu kejayaan yg besar. Saye mengambil contoh Bersatu Games, berapa ramai org yg dgn lapang hati dan mengetepikan semua tanggungjawab lain, mampu menvolunteerkan diri utk keje2 Bersatu? Hampir 100 orang klu sy x silap (kalau tolak bilangan non-Muslims pun still suatu angka yg cukup besar). Saye kagum melihat usaha yg diberikan utk menjayakan Bersatu..cukup teratur, sistematik dan tak mustahillah hasilnya pun mendapat pujian ramai. Saye kagum dgn mereka yg sanggup berkorban masa mereka (walaupun masa tu sekitar minggu exam), tido lambat, berpenat-lelah praktis tarian, praktis games, kerah fikiran untuk cari idea nak wat video, persembahan, etc.,korban duit dan sebagainya, semata-mata utk memastikan yg terbaik utk Bersatu. Tapi bila ia adalah IAW, berapa orang yg hadir membantu? Bila ia adalah sesuatu ttg Islam, kenapa kita tiba2 menjadi seorang yg berprinsipkan ‘Masa Itu Emas’, setiap saat menjadi terlalu berharga. Kenapa tiba2 kita menjadi seorang yg mengutamakan tido 8 jam sehari? Kenapa tiba2 kita menjadi seorang yg tekun pula belajar dan komited pada study? Kita tak perlu untuk menjadi presiden, vice, treasurer, secretary mahupun committee untuk sedar yg kita juga bertanggungjawab untuk menyumbang pd IAW. Title kita sbg Muslim sudah cukup utk melayakkan kita memberi sumbangan pd jalan Islam.

Kalau kita memberi alasan kita sibuk, sape yg tak sibuk? Committee pun student jugak kan? Mereka pun ada tanggungjawab mereka pada study mereka jgk..bukannya kita je. Menjadi presiden, vice, etc bukanlah bermakna mereka kena melakukan setiap kerja..itu sbnrnye bukan purpose diwujudkan jawatan2 tersebut. Tujuan yg sbnr adalah untuk memastikan perjalanan sesuatu organisasi dapat dilakukan dgn sistematik, dalam mencapai expectation dan matlamat yg dah ditetapkan. Bukan bermakna kita yg tiada jawatan boleh bergoyang kaki dan menyerahkan semuanya pd committee members. Kita kata kita sibuk..dan hakikatnya semua orang boleh kata dia sibuk. Orang sibuk (tgh tgk movie), orang sibuk (tgh wat assignment, report,etc), orang sibuk (tgh layan games), orang sibuk (tgh mengulangkaji pelajaran), orang sibuk (tgh menyiapkan diri utk bertemu Tuhannya), orang sibuk (exercise kt gym) dan orang sibuk dgn bermacam-macam keje. Allah bagi kita masa 24 jam sehari bukan untuk kita menyibukkan diri kita dgn perkara keduniaan je; bukanlah untuk kita berdamping ngan buku sepanjang masa, dan bukan juga untuk kita bersahabat dgn Al-Quran 24/7..tapi Allah bagi kita masa untuk kita seimbangkan antara keperluan dunia dan keperluan akhirat. Dan pada masa yg sama kita tidak melupakan tanggungjawab kita sbg khalifah kt muka bumi ni. Tak cukup sekadar mereservekan masa utk solat 5 waktu sehari semalam je, sbg keperluan akhirat. Tanggungjawab kita lebih banyak dari itu.

Allah bagi setiap dari kita dgn bermacam-macam kelebihan. Kalau kita seorang yg kreatif dan senang dapat idea, knape kita tak boleh menyumbang kelebihan kita tu utk Islam? Kalau Bersatu boleh, knape IAW tak boleh? Kalau kita seorang yg pandai bercakap dan mampu menyusun ayat yg dpt tarik perhatian orang, apa salahnya kita luangkan sikit masa kita utk Islam? Kalau boleh promote CMSA, apa salahnya kita promote Islam kt booth IAW nnt plk kan? Kalau kita seorang yg banyak tenaga, boleh wat banyak keje tapi lambat penat, apa salahnya kita bekerja utk Islam. Kita available utk Bersatu, knape takleh available utk IAW? Kalau kita ada kelebihan deal ngn orang, boleh ke sana ke mari utk cari sponsor Bersatu, knape kita takleh cari org yg boleh bersedekah utk MUSA? Kalau kita boleh tak cukup tido utk Bersatu, knape kita x mampu bersengkang mata utk IAW? Memang pihak committee tak mampu utk membalas sumbangan kita dgn hadiah berupa material (xde special T-shirt utk volunteers, special name tag, etc) tapi kalau kita ikhlas, ganjaran dari Allah itu jauh dan jauh lebih baik dari segalanya. Cukuplah kita mengharapkan mereka mampu mendoakan kita.

Buat committee members dan bukan committee yg telah banyak berkorban dan meluangkan masa mereka dalam persediaan utk IAW, entri ini mungkin tidak tepat ditujukan utk mereka. Saye harap kita sedar yg IAW bukanlah satu aktiviti semata-mata, sekadar utk synchronize seluruh New Zealand. IAW diwujudkan bukan utk kita rase terbeban olehnya dan gembira saat ia dah berlalu, tapi IAW lebih dari itu. Pengorbanan yg diberi bukan setakat utk memastikan ia terlaksana, tapi sepatutnya memastikan tujuan di sebalik adanya IAW itu dapat dicapai. Dan sy doakan semoga Allah meredhai usaha yg telah diberikan dan mempermudahkan perjalanan minggu itu nanti. Semoga ia bakal menjadi suatu event yg bermanfaat buat Islam, dan komuniti kat sini, inshaAllah.

Untuk mereka yg betul2 x mampu menyumbang dalam persediaan menghadapi IAW, saye harap kita mampu meluangkan sedikit masa utk menghadiri aktiviti2 yg telah dirancang. Datang la kat booth, tolong2 promote Islam..pass flyers ke. Dan datang la jugak utk lectures waktu malam nnt..dapat meramaikan audience dan pd masa yg sama bg support kt speaker bila dia tgk ramai org datang nk dengar lecture dia..=)

Rasenye cukup setakat ini apa yg saye ingin sampaikan. Semoga dapat mengambil apa yg baik, kerana yg baik itu datangnya dari Allah. Dan semua yg kurang baik itu datangnya dari kelemahan diri saye sendiri, sbg seorang hamba yg lemah dan banyak kekurangan.

Sama-samalah kita menjayakan IAW nanti eh..kami memerlukan sokongan dan bantuan dari anda semua (tak kira dalam bentuk apa sekalipun)..nak maklumat lanjut, boleh bertanya kat committee members (utk bantuan2 yg diperlukan), semoga Allah merahmati.

Wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

salam...insya allah..sesunggunya Alah akan membantu bagi sesiapa yang membantu memperjuangkan agamanya. teruskanlah usaha dalam memartabatkan agama terutama di christchurch =)...jzzk

Nur Hamizah said...

Wa'alaikumussalam anonymous..

terima kasih banyak2 atas sokongan anda, semoga kita semua diberi kekuatan oleh-Nya untuk istiqamah di jalan ini..inshaAllah sama2 doakan..=)