Thursday, October 4, 2007

..bertahan dan terus bertahan..

Saya memang xde mood nak menulis, dan hakikatnya saya x larat nak menaip kat sini. Saya teramat penat, sangat lesu..letih segala-galanya. Tenaga saya dah x cukup..saya dah x mampu nak arahkan fikiran saya untuk fokus pada kerja. Rasa sesak dada..nak berehat tapi saya x mampu nak berehat. Saya cuma sangat penat, saya nak tempat bersandar..tapi sekarang bukan masa yang sesuai untuk saya curi masa sesiapa. Mereka tengah buka puasa kat sana, kat sini pulak masa untuk orang berehat dan tidur. Maaf la saya mengganggu tadi...saya takkan ganggu lagi, kalau ada pape berita, pandai-pandai la bagi tahu saya..itu pun kalau rasa saya perlu tahu.... Fikiran saya dah 'blank' buat masa ini..esok saya ada OP, tapi saya x ready lagi. Semalam saya dah cuba prepare setakat termampu, tapi malam ni saya betul-betul x mampu. Saya rasa sangat letih..letih bermain dengan perasaan, kerisauan, letih dengan jalan mana yang harus saya ambil, dan letih dengan beban kerja dan tanggungjawab. Esok..saya cuba nak beri yang terbaik, sebab lecturer saya sangat baik dan saya sangat terharu dengan layanan yang diberikan. Memang dia dah nasihatkan supaya jangan stress sangat dan jangan ambil masa yang lama untuk prepare..sebab OP esok tujuannya lebih kepada memberi pengalaman dan latihan, walaupun ada sedikit percentage yang diperuntukkan. Tapi saya x nak malukan diri saya di hadapan kelas.. Semalam saya dah baca beberapa kali paper yang saya kena present..buat sedikit nota dan power point. Baca dalam keadaan flat tengah bising ngan party, apalah sangat yang mampu saya faham dan lekat kat fikiran. Menambahkan stress saya ada la..Text untuk esok belum buat lagi..nak cakap apa pun saya x tahu =( Saya rasa sangat sedih skrg ini, saya rasa terpinggir. Saya tahu niat mereka baik, mungkin x nak saya risau..cuma buat masa ini emosi lebih banyak mengawal diri saya. Saya tahu saya tak patut biarkan macam tu tapi saya tak mampu nak kuatkan hati saya lagi, saya tak mampu untuk bertindak dengan matang dan iman saya lemah untuk menerima segalanya dengan tenang dan redha. Saya sangat lemah.. Saya rasa terpinggir seorang diri kat sini..kebenaran kadang-kadang memang sangat pahit untuk ditelan, namun saya perlu tahu realiti itu. Saya cuba untuk kuat..Walaupun jalan hidup saya telah banyak mendidik saya untuk jadi seorang yang kuat dan berdikari, namun sekarang saya terasa sangat lemah. Saya tak nampak hari esok, saya tak tahu macam mana hari esok yang perlu saya tempuh. Tapi saya berusaha untuk meneruskan kehidupan saya kat sini dengan menunaikan tanggungjawab2 yang perlu saya selesaikan..saya hanya membiarkan masa menentukan segalanya, sebab saya x mampu nak buat apa2 keputusan skrg ni. Namun saya berharap, dan saya amat berharap..bertahanlah..Bertahanlah, sebab saya belum bersedia lagi. Bertahanlah sebab saya tak tahu sama ada saya akan mampu menghadapinya. Bertahanlah, dan berilah sedikit masa untuk saya. Saya amat lemah dan saya amat takut untuk menghadapi kemungkinan2 yg bermain kat fikiran saya skrg ini..Memikirkannya pun sudah banyak menggangu hidup saya, tak tahu apa yang akan berlaku jika ujian itu betul2 jadi kenyataan. Saya amat kecewa dengan diri saya apabila saya meluahkan kata-kata ini..seolah-olah saya tidak meredhai takdir Allah buat saya. Sakitnya iman, maafkan diri saya. Iman saya sangat sakit skrg ini, terasa amat jauh, amat2 jauh dari-Nya..Saya biarkan Ramadhan berlalu, banyaknya kerugian yang saya alami..saya rasa sangat kecewa dengan diri saya. Dalam bulan yang mulia ini, saya tak mampu nak memanfaatkannya sebaik mungkin..telah banyak peluang yang saya lepaskan, dan kini masa hanya tinggal sedikit untuk saya berusaha membaiki semula hati saya dan jalan hidup saya. Saya tak mampu merangka hari esok, namun saya berharap dan berdoa moga Dia bukakan fikiran saya, perjelaskan pandangan saya, dan kuatkan hati saya untuk saya bangun semula. Saya takkan mampu menghadapinya seorang diri, dan saya hanya berharap moga Dia bersama-sama ngan saya, moga Dia bukakan hati saya untuk saya sedar yang Dia ada menemani saya..agar saya mampu bertahan. Terasa sedikit lega dapat meluahkan rasa hati kat sini, sedikit tenang dari tadi. Namun masih belum mampu untuk mengosongkan fikiran dan memujuk diri untuk fokus pada kerja. Nak berehat, fikiran dan badan seolah tak membenarkan..Kalau tak berehat, bukannya ada hasil pun..hrm penat kan macam ni... Buat yang masih ada kekuatan, saya mendoakan agar mereka dapat merebut peluang yang bersisa ini dengan sebaiknya. Jangan lepaskan sesuatu yang berharga begitu saja, kerana mungkin ini kali terakhir kita memperolehnya. Mungkin kita mampu bertemu dengannya lagi pada masa akan datang, namun kita tak tahu sama ada hati kita masih ada kesedaran itu atau tidak..mungkin saat itu hati telah jadi semakin keras, dah tak peduli dengan keistimewaannya lagi. Jadi, ambillah peluang sementara hati masih lembut, sementara peluang masih ada. Bila syaitan-syaitan dah kena lepas nanti, mungkin bertambah susah untuk mendidik hati..Nasihat untuk diri ini juga. ~belajar berdikari~

No comments: