Saturday, February 10, 2007

Lenakanku dalam iman..=)

Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah ra :

"Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an.

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat.

3. Sebelum para muslim meredhai kamu.

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.. "

Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah..Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah Al-Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al-Qur'an. Membaca selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu. Dan, perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."


Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.


selamat malam semua!=)
Sekian,
wassalam.

No comments: