Thursday, February 22, 2007

Kadang-kadang...

Kadang-kadang tak semua yang kita rase mampu kita luahkan. Kadang-kadang kita rase tak puas hati, kadang-kadang rase tak selesa, kadang-kadang rase nak menegur...tapi mungkin sebab manusia ni ada hati dan perasaan, menyebabkan kita selalu memikirkan implikasi dan kesannya ke atas pihak lain, dan mungkin juga untuk kepentingan diri kita sendiri. Dan kadang-kadang juga bukan disebabkan hal2 lain, tapi ego kita yang tak nak kalah.

Kadang-kadang bukan kita tak tahu benda tu salah, tapi nak mengeluarkan suara untuk betulkan keadaan tu, itu yang susah nak buat. Kadang-kadang disebabkan orang yang kita rase nak tegur tu adalah kawan2 kita sendiri, orang2 yang dekat ngan kita, orang2 yang kita hormat, dan orang2 yang kita sayang. Sebab tu kita selalu berfikir banyak2 kali kalau nak menegur, takut pihak tersebut akan berkecil hati..takut mereka fikir kita ni leceh sangat, benda2 kecik pon nak amik kisah. Takut mereka tak selesa nak berkawan ngan kita lepas kena tegur, sebab kadang-kadang saye pon terasa lain jgk bila kena tegur ngan orang..terasa cam teruknya diri ni sampai kena tegur..dan saye faham perasaan itu.

Tapi untuk terus menyimpan perasaan tu bukanlah sesuatu yang menggembirakan. Kadang-kadang kita sedaya upaya nak bagi hint supaya orang faham..cuba nak mengelak dari menujukan tepat pada orang yang kita nak tegur..Tapi bila kita terlalu berkias, ade pulak yang tak faham. Dan kadang-kadang kita pun hilang kesabaran..sebab tak mampu nak luahkan apa yang kita rase. Dan akibatnya orang terus tak faham.

Kadang-kadang kita sendiri pulak yang rase rendah diri..sedar diri tidak sempurna dalam setiap tindakan. Kadang-kadang diri sendiri rase takut untuk menegur sebab risau kita akan melakukan perkara yang sama pada masa akan datang. Orang kata, 'cakap tak serupa bikin'. Last2, mulut kita terkunci. Dan kita biarkan saje apa yang berlaku tu untuk terus berlaku..walaupun kita tak selesa, kita rase bersalah sebab tak tegur..tapi kita terpaksa terima dan bersabar, sebab kelemahan kita juga yang tak mampu nak bersuara.

Kadang-kadang kita terpaksa berpura-pura..mengiyakan setiap kata-kata, menyokong setiap perbuatan..sebab kita berdiri seorang diri. Selalu kita rase keliru, sebab kita tak tahu nak buat ape..hrm, sebenarnya kita tahu, tapi kita tak mampu, dan kita tidak yakin pada diri kita. Kadang-kadang kita rase diri kita sangat teruk bila kita tahu dan kita dapat bezakan apa yang baik, dan apa yang kurang baik..tapi diri kita lebih rela membiarkan apa yang berlaku terus-terusan seperti sediakala. Kadang-kadang kita harap untuk jadi seperti orang lain, yang mampu mengeluarkan rase tidak puas hati mereka; kalau tak suka, mereka akan kata tak suka...kalau suka, mereka kata suka.

Dan sebenarnya, bukan ape yang hati rase itu yang paling penting. Yang paling penting sekali adalah sejauh mane kita memelihara diri kita. Memang kita tahu, kalau kita tak mampu menegur menggunakan lidah, kita boleh membangkang di dalam hati, dan itulah selemah-lemah iman. Cuma kadang-kadang kita terfikir, ada syer ke yang akan kita dapat dari ape yang orang lain buat..walaupun kita sebenarnya tak menyokong? Kadang-kadang kita risau, takut kita akan dipertanggungjawabkan kelak, dipersoalkan itu sudah pasti. Cukup ke dengan hanya berkata-kata di dalam hati?? Kadang-kadang kita risau, takut mendapat tempiasnya. Bukan kita cuba memburuk2kan orang lain..ataupun cuba menunjukkan diri sendiri ini baik..sebab kita sendiri pun tak suka kalau orang lain mendapat tempias dari sesuatu keburukan yang kita lakukan. Kalau saye yang buat salah, dan orang lain yang kena marah..saye mesti rase tak sedap hati. Saye pasti orang lain pun akan rase macam tu jugak kan?? sebab saye tahu kawan2 saye sumenye baik2. Kalau tak baik tu bukan kawan saye..(hehe..main2 je). Di saat ini pun saye dah tak tahu nak gunakan ayat yang macam mane..supaya nampak general. Tapi dah lame sbnrnye saye fikir, nak menulis kat blog ni ke tak nak..?!! Sebab kalau saye menulis, confirmnye saye menulis pasal benda2 yang berlaku kat sekeliling saye, yang berlaku dalam hidup saye...takdenye saye nak p kaji kehidupan masyarakat kat pelosok dunia lain..=P. Oleh sebab itu, saye mintak maaf awal2 kalau ade yang terasa kurang selesa dan tidak puas hati. Inilah rasenye jalan terbaik buat saye..sebab saye tahu saye memang takleh cakap depan2..jadi biarlah saye bercakap ngn blog ni je..hehe.

Kadang-kadang bila kita tak mampu nak tegur, kita cuma berdoa sambil berharap di dalam hati yang pihak terlibat itu akan faham. Kalau faham syukur alhamdulillah. Kalau tak faham, atau mungkin buat2 tak faham..kita tak mampu nak buat ape lagi, cuma teruskan berdoa. Sebab kita takde kuasa nak tentukan kejadian2 yang berlaku dalam hidup kita seperti yang kita nak, ikut kehendak hati kita. Jadi kalau kita memang betul2 dah tak mampu nak tegur, kita mintak la bantuan dari Dia, sebab Dia itu Maha Pemurah. InshaAllah kalau kita selalu mintak, dengan izin-Nya Dia akan makbulkan..ameen.

Dan bila kita menegur sesiapa, kita harap orang tu takkan menyimpan perasaan tak puas hati terhadap kita, marah apatah lagi. Anggaplah kita tegur sebab kita sayang kawan2 kita..kita sayang orang yang kita tegur. Dan kalau kita tak tegur, bukan maksudnya kita tak sayang dan kita tak ambik berat..tapi kadang-kadang kita rasakan yang kawan2 kita semuanya dah besar dan mampu berfikir sendiri mana yang patut dan tak patut dibuat. Kadang-kadang kita tak tegur sebab kita mungkin tak berani..(walaupun kita tahu orang tu tak makan orang pun..=P). Dan kita harap mereka tahu yang kita nakkan yang terbaik buat kawan2 kita..kalau boleh bukan setakat di dunia saje..=)

Kadang-kadang kita sedar sensitif tu perlu bertempat. Benda2 yang kecik kita nampak besar, dan kita lupa yang kita tiada yang sempurna. Dan kadang-kadang kita rase keliru, sebab kita tak tahu bila sesuatu masalah tu kita perlu amik serius, dan bila kita boleh pandang sebelah mata je. Kadang-kadang kita rase tersepit di tengah-tengah antara kawan dengan kawan, antara kawan dengan saudara se-Islam, antara kawan dengan hati milik kita sendiri. Dan kadang-kadang kita berharap ade orang yang akan ingatkan kita bila kita lupa, bila kita alpa. Kadang-kadang kita harap orang pun berani tegur kita bila kita buat salah.

Kadang-kadang jugak kita harap orang akan sensitif dengan benda2 yg sensitif bagi diri kita. Kadang-kadang kita harap mereka memikirkan apa yang kita rase..dan cuba kurangkan berseloroh ttg benda2 yang sensitif. Sebab kadang-kadang kita boleh bersabar, tapi kadang-kadang kita fragile. Kadang-kadang kita harap mereka peka dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka, supaya mereka faham. Dan kadang-kadang kita harap mereka faham permintaan kita..tapi selalu kita sedar, orang tidak akan faham selagi mereka tidak mengalaminye sendiri...

Dan saye tahu, bukan saye sorang je yang rase macam ni..sebab tu saye gunakan kata ganti nama 'kita'..hehe. Sebenarnye saye macam tak berapa faham jugak apa yang saye cuba nak tekankan dalam entri ni, tak tahu ape jalan penyelesaian dari masalah saye ni. Memang susah kan nak menegur orang..?!! Rasenye entri kali ni mungkin cuba nak meluahkan ape yg saye rase je kot..at least rase lega sikit. Mane2 yang dapat difahami dari kata2 kt atas tu, boleh la amik pengajaran..kalau tak faham, abaikan saje, saye memang suka merepek..=D.


Sekian,
wassalam.

No comments: