Thursday, February 8, 2007

beruang beriman?! =P

Alkisah...seorang lelaki muslim ponteng solat Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu beruang.

Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor beruang. Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah.

Jangan risau..ini bukanlah berita buruk ok. Ada lagi..Berita buruknya adalah beruang tadi terus mengejarnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

"Ya Allah," doa lelaki tersebut,"Ampunilah dosaku kerana ponteng solat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini. Ampunilah aku ya Allah..makbulkan hajat ku ini..jadikanlah beruang yang memburuku Muslim yang beriman..tolong ya Allah! Aminnn.."

Tiba2 guruh berdentum! Beruang tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi.

Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit..beruang tersebut pun berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina 'azabannar. Amin!"


=D.

Moral of the story :

1) jangan ponteng solat jumaat, dan solat2 wajib yg lain..(kalau xnak kena makan ngn beruang..hehe).

2) know which one should come first..set the priorities.

3) be realistic..=)




Sekian,
wassalam.

No comments: