Friday, May 25, 2007

Special untuk Day-O..=)


Kotak hadiah ini ku beri untukmu dengan tangan terbuka.
Di dalamnya ada permata berkilau persahabatan kita.
Dalamnya juga ada kejujuran, kasih sayang, kepercayaan, kesetiaan dan juga keikhlasan.
Letaklah kotak hadiah ini di para yang paling atas dalam hati kamu.
Bukalah penutupnya untuk melampiaskan rindu.
Tetapi jangan biarkan habuk benci, hasad dengki atau cemburu memasukinya.
Hanya biarkan udara ingatan yang berpanjangan berada di dalamnya.
Bila ada kesan kotor pertelingkahan, bersihkan dengan tangan kemaafan.
Hanya dengan itu, permata itu terus berkilauan.
Terima kasih,kerana kamu sudi menerima dan menjaganya.
Moga permata itu tetap cantik sampai hujung nyawa.

Day-O..
Selamat Hari Lahir ke-22..!!semoga sentiasa dlm rahmat, perlindungan, petunjuk dan kasih sayang Ilahi..semoga Allah permudahkan segala urusan, dan diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan hidup ini..frenz 4eva, inshaAllah..=)
(kte teringat lagu semut yg day-o selalu nyanyi..sangat comel..dan juga senaman belah tembikai..hehe.)

No comments: