Tuesday, May 22, 2007

sahabat dunia akhirat..

Hari ini nak kongsi satu cerita pada zaman Nabi Musa a.s dahulu, yg menggambarkan nilai sebuah persahabatan.

Kisah ini bermula dengan mimpi Nabi Allah Musa a.s pada suatu malam, yg mana di dalam mimpi tersebut, baginda terlihat seorang hamba Allah yang telah berjaya melalui timbangan amal di Padang Mahsyar dan dia diiringi oleh para malaikat menuju ke istananya di syurga.

Tiba-tiba di pertengahan jalan, hamba Allah yg soleh ini terpandang seseorang yg merintih di satu tembok tinggi di sebuah jurang yg berapi. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bahawa orang itu adalah sahabatnya sendiri ketika di dunia dahulu.

Lantas dia bertanya kepada malaikat yang mengiringinya, "Mengapa sahabatku itu merintih sendirian di situ?"

Maka jawab malaikat, " Timbangan amal buruknya menyebabkan dia dimasukkan ke neraka."

Terkejut hamba Allah ini apabila mengetahui sahabatnya di dunia dahulu telah dimasukkan ke neraka. Sedih hatinya mengenangkan sahabat itu.

Apabila para malaikat mahu meneruskan perjalanan, hamba Allah masih tidak mahu berganjak dari situ walau selangkah pun. Lantas malaikat bertanya, " Kenapa kamu menanti di sini sedangkan istanamu yg indah sedang menantimu di syurga sana?".

Hamba Allah tadi menggelengkan kepala lantas menjawab, " Aku tidak akan meninggalkan sahabatku merintiih sendirian di jurang berapi itu. Aku akan tetap tinggal di sini sehingga habis hukumannya dan aku akan mengiringi dia, bersama2 kami menjejaki syurga sana!"

Akhirnya para malaikat menghadapkan perkara itu ke pengaduan hadrat Allah Yang Maha Agung. Lantas Allah berfirman, " Ketahuilah bahawa cinta hambaKu itu adalah semata-mata kerana kasihnya kepada saudaranya. Dan aku adalah sebaik-baik Kekasih. KasihKu pada hambaKu lebih Agung dr kasihnya terhadap saudaranya. Maka kerana cintaKu yang lebih Agung pada hambaKu, Aku mengizinkan dia dan saudaranya utk menjejaki syurgaKu itu!" Maka tersenyumlah hamba Allah itu , mengiringi saudaranya untuk menjejaki syurga.

Subhanallah, begitulah contoh indahnya persahabatan yang diletakkan hanya kerana Allah SWT, alangkah indahnya jika kita mempunyai persahabatan seperti itu! Pada zaman ini, adalah sangat sukar utk mencari sahabat yg sanggup berkorban segalanya, ibarat mencari sebutir mutiara di lautan, ibarat cuba memisahkan garam dari tabungan gula! Begitulah sukar nya mencari sahabat sejati, sahabat yg bersabar dengan karenah kita yg pelbagai ragam dan gaya, sahabat yg menasihati dgn hikmah, dalam tidak sedari sebenarnya kita sedang dinasihati, sahabat yg mampu menukar murka Allah kerana dosa kita kepada cinta kasih membawa ke syurga.

InsyaAllah sama2 kita menjalinkan ukhuwwah dan berkasih sayang atas dasar kerana Allah swt semata-mata, bukan utk mendapat nama, harta atau pujian. Sama2 kita perbaiki diri utk menjadi sahabat sejati dan berusaha menjejaki sahabat sejati yg boleh mengiringi kita ke syurga. Amin.

Semoga coretan ini sampai kepada hati kita semua dan menyedarkan kita (terutamanya tuan punya jari yg sedang mentaip keyboard ni), ttg betapa berharganya nilai sebuah persahabatan yg disandarkan hanya kepada Allah swt.

" Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri."

http://sakura-izzati.blogspot.com/2004_10_01_sakura-izzati_archive.html



Sekian,
wassalam.

No comments: