Monday, May 21, 2007

The best bond..

What are bonds mean to you? Apakah 'ikatan' bagi anda? Sekiranya ia umpama ikatan valensi yang mengikat atom-atom di dalam molekul, nescaya melerailah ia bila dipanaskan..

Ataukah manusia diikat pada janji? ..dan bagaimana jika ia memungkiri? Mungkin juga diikat pada persamaan darah, taraf, pangkat, asal atau kumpulan yang menyebabkan ia menyatu hanya pada sesuatu yang mengaitkannya.

Ikatlah dengan sebarang ikatan; suami isteri dengan cinta dan kepercayaan, ibubapa dan anak dengan tanggungjawab serta amanah, dua sahabat dengan muafakat..tetapi apa sahaja yang menghubungkan satu jiwa dengan jutaan jiwa yang menyatu dalam satu ikatan paling kuat?

"Persaudaraan adalah ikatan hati-hati dan ruh oleh ikatan aqidah. Yang mana ikatan aqidah adalah ikatan paling kukuh dan mahal. Erti persaudaraan sebenarnya adalah persaudaraan iman, dan perpecahan itu adalah dekat dengan kekufuran." -as-Syahid Imam Hassan Al-Banna-

Inilah mungkin ikatan yang meregang bersama jatuhnya khilafah Uthmaniyyah sehingga umat Islam berpecah-belah, sehingga membawa kepada pertikaian dan peperangan, sehingga tidak mampu menyatu kata dalam permasalahan ummat di Palestine, Lubnan, Afghanistan, Iraq; sedangkan musuh tertawa melumatkan umat Islam yang sibuk bercakaran sesama sendiri.

Lupakah kita, Allah mengingatkan kita akan kemungkinan perpecahan melalui firman-Nya dalam surah Ali-Imran:103, mafhumnya,

"Dan berpeganglah kamu semuanya pada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (semasa Jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk."

Wa'Atashimu bihabLillahi jami'awwala tafarroqu..dalam ayat ini Allah menyuruh kita berpegang pada agama-Nya dan melarang bermusuhan antara satu sama lain.. jelas ukhuwwah itu dijadikan-Nya sebagai salah satu tanda orang yang beriman..seperti di dalam sabda Rasulullah saw yang mengatakan bahawa tidak dikatakan beriman seseorang sebelum dirinya mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri.

Sayyid Hawwa pula dalam karyanya, 'Induk pensucian Diri' menjelaskan bahawa ukhuwwah merupakan buah dari kemurnian budi pekerti (akhlak terpuji) manakala perpecahan adalah buah dari kejelekan pekerti.

Akhlak terpuji inilah yang akan membuahkan sikap saling cinta-mencintai, bersatu-padu dan berhaluan sama..sementara keburukan akhlak boleh membawa kepada sikap saling benci, berdengki dan bermusuhan.

Ikatan yang mampu menyatukan dua jiwa yang tidak pernah kenal..merupakan nikmat paling besar anugerah-Nya kepada kaum muslimin..disebabkan kerana-Nya mukminin bisa menyatu dalam kekuatan yang tidak terbanding.

"..dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." Al-Anfal : 63.

Rajut dan rajutlah terus cinta terhadap saudaramu, kerana cinta yang berlandaskan aqidah itu adalah kekuatan buatmu, menjadi ikatan paling teguh yang berkekalan selagi ia bersandar pada tali Allah, yakni Islam.

Rasulullah saw bersabda, mafhumnya, "Tiadalah dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah melainkan yang lebih dicintai oleh Allah adalah orang yang lebih banyak cintanya kepada sahabatnya." -HR Tirdmidzi dan Al-Hakim.

http://raudhah-hayati.blogspot.com/2006_08_01_archive.html



Selingan : Happy Birthday Fiza! semoga sentiasa dlm rahmat, perlindungan dan kasih sayang Ilahi..n frenz forever hopefully (it's almost 10 years now..) =)

Sekian,
wassalam.

No comments: