Sunday, May 13, 2007

Selamat Hari Ibu!

nak jadi anak yg solehah..


My Mum is Amazing

She wakes early in the morning with a smile
And she holds my head up high
Don’t you ever let anybody put you down
Coz you are my little angel


Then she makes something warm for me to drink
Coz it’s cold out there, she thinks
Then she walks me to school - yes, I ain’t no fool

I just think my mum is amazing

She makes me feel
Like I can do anything
And when she’s with me

There’s nowhere else I’d rather be

After school, she’s waiting by the gate
I’m so happy that I just can’t wait
To get home to tell her how my day went
Eat the yummy food only my mum makes


Then I wind her up coz I don’t want to bath
And we run around the house with a laugh
No matter what I say, she gets her way

I think my mum is amazing

In the evening, she tucks me into bed
And I wrap my arms around her head
Then she tells me a tale of a girl far away
Who one day became a princess


I’m so happy - I don’t want her to leave
So she lies in bed with me
As I close my eyes, how lucky am I
To have a mum that’s so amazing


Then I wake up in the morning – she’s not there
And I realize she never was

And I'm still here in this lonely orphanage
With so many just like me

And as my dreams begin to fade
I try hard to look forward to my day
But there’s a pain in my heart that’s a craving
How I wish I had a mum that’s amazing

Would be amazing

http://www.youtube.com/watch?v=6TiFTOXDDCw&NR=1

Hari ini Hari Ibu, jadi saye ucapkan Selamat Hari Ibu buat ibu saye dan semua ibu yang baik kat dunia ni. Baik dalam erti kata seorang ibu yang betul2 menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu..(x buang anak, x dera anak, etc..)

Hrm..saye sgt suka lagu ni..sumenye best; suara, lagu dan lirik. Tapi yg paling penting sekali bila kita dengar satu2 lagu, saye rase lirik la yg paling perlu kita utamakan..sbb lirik memang memainkan peranan yg sgt besar, especially bila berkait dgn akidah kita sbg seorang Muslim. Bila kita dengar lagu, selalunya kita akan terikut menyanyi sekali kan..walaupun mungkin cuma dalam hati tp still..Jadi kalau lirik tu tidak sehaluan dgn apa yg Islam anjurkan, secara tidak langsung kita seolah-olah telah membenarkannya..Walaupun kita mungkin rase benda ni kecil tapi hakikatnya dalam tempoh yang lama atau singkat, mampu memberi impact yg sgt besar dalam keimanan kita kepada Allah. Sebab itulah apa-apa pun yg kita buat dalam kehidupan kita seharian, setiap pilihan yg kita ambil..(contohnya kat sini ialah pemilihan lagu-lagu yg menjadi halwa telinga kita)..perlu kita beri perhatian yg sewajarnya. Dan tak rugi untuk kita menjadi 'cerewet' supaya nanti kita tidak akan menyesal dgn setiap keputusan yg kita ambil, dan juga supaya apa-apa saje yg kita buat akan memberi faedah buat diri kita..

Kalau dengar lagu, mula-mula sekali kena pilih lagu yg sesuai..Lagu yg memberi faedah buat kita..walaupun ia hanya sekadar untuk mereleasekan tension. (Jangan salah tafsir dgn mengatakan apa-apa lagu je mampu mereleasekan tension sbg alasan utk dengar lagu2 yg lagha..sbb mungkin akal kita kata 'ya' tapi sbnrnye hati x tenteram pun lagi..huhu). Dan hal ini jugelah yg selalu menjadi 'amalan' saye..creating something not islamically proved as a self-justification to do something inappropriate. Contoh dlm kes ni; kadang-kadang bila saye terasa nak sgt dengar lagu2 fevret zaman dulu2..mungkin sbb lirik cam kena je ngn mood time tu..so hati pun pujuk2 la akal..dan lama2 akal pun tewas..maka saye pn dengar la lagu yg ntah pape tu. Hakikatnye tak membantu langsung keadaan masa tu, lagi hanyut dgn perasaan ade la..so moral kat sini ialah, kalau kita tgh sedih, kecewa, down ke..jgn dgr lagu yg akan membuatkan kita lagi sedih, lagi kecewa, lagi menyesal. Cari la lagu yg hepi2 sikit..ataupun lagu yg temanya 180 darjah lari dr situasi hati kita masa tu..(walaupun nmpk pelik tp inshaAllah lebih baik dr first choice td tu..). Cuba la try ye..lagipun kita sedar yg sebenar2nye kita nak lari dari situasi hati yg tidak tenang, ada masalah dsbnye tu..so walaupun susah, kita kena usaha jugak.

Terpanjang plk mukaddimah ni..hehe. Sebenarnya point yg saye nk sampaikan cuma berkisar ttg lirik lagu je. Antara sebab saye suka lagu ni ialah sebab lirik dia. Tentang mimpi seorang anak yatim memiliki seorang ibu yg 'amazing'..hrm, dia mmg ada ibu..tapi mungkin sudah kehilangan ataupun x pernah berjumpa langsung..(tak penting utk selidik pasal ni=P). Dengar sendiri dan memang mesejnya cukup menyentuh hati..Sebagai seorang yang dikurniakan nikmat untuk mengenali ibu masing-masing..diberi peluang untuk hidup bersamanya, untuk merasai kasih-sayangnya, kita seharusnya bersyukur..kerana lahirnya kita ke dunia ini bersama dengan nikmat yg terlalu bernilai utk ditukar dgn wang ringgit..mahupun harta seluas lautan sekalipun. Sehingga saat ini alhamdulillah kita masih lagi dapat menikmati kurniaan itu..masih lagi ada ibu yg mengambil berat tentang diri kita, kesihatan kita, kehidupan kita..etc. Bagi yang sudah kehilangan, ataupun yg tidak pernah mempunyai peluang untuk mengenali insan yg bertanggungjawab melahirkannya ke dunia, mesti susah kan utk menghadapi perasaan itu. Jadi saye menyeru diri saye sendiri terutamanya, agar tidak mensia-siakan rahmat yg Allah masih kekalkan buat saye hari ini untuk sentiasa memanjatkan rase syukur pada-Nya. Sementara ibu masih ada, hargailah jasanya dan gembirakan hatinya. Minta ampun padanya atas segala kesalahan2 yg kita dh buat, yg melukakan hatinya..minta ibu halalkan setiap titisan susu, setiap titisan peluh, titisan airmata yg pernah mengalir krn kita. Dan sentiasa doakan kesejahteraan buat dirinya dunia dan akhirat.


Dan harapan saye, keinsafan kita tidak terhenti hanya setakat hari ini..doa saye, selagi kita hidup, selagi itulah kita akan menghargai kehadiran ibu kita. Semoga Allah memberi kekuatan untuk kita merealisasikannya..inshaAllah. Bak kata hana "every day is my mum's day". (maaf ye hana quote x mntk izin..huhu). Memang betul kata-kata tu, sepatutnya setiap hari kita jadikan seperti Hari Ibu. Cuma yg baiknya dgn adanya Mothers' Day ni ialah, pada hari inilah kebanyakan kita (termasuk saye) mula mereflect diri, mula mengingati mak kita dlm erti kata kita mengingati jasa dan pengorbanannya. Sebelum ni ingat tu mmg ingat (tu pn sbb homesick..huhu)..tapi kadang2 terlupa dan terlalai dgn tanggungjawab kita sbg seorang anak. Semoga selepas ini kita dapat kurangkan kealpaan kita dan akan sama-sama berusaha untuk mencapai gelaran anak soleh dan solehah..ameen.=) Dan saye akhiri celoteh kali ini dgn sebuah hadis yg sgt femes, "syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu."=)

Sekian,
wassalam.

No comments: