Sunday, May 20, 2007

Selamat Hari Lahir adik..

Awan Berarak Ceria
Tiada Titis Hujan
Pohon Melambai

Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku


Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Untukmu
Sekadar Ucapan


Selamat Hari Lahir
Iringan Doa Kuhulur
Bersyukur Kepada-Nya
Atas Nikmat Usia


Sahabat
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Kau Hiasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu
Di Akhirat Sana
Selamat Hari Lahir


Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi


http://www.youtube.com/watch?v=qEHxHXwGDV0
(kite x reti nk letak video kt blog..so letak link pn jadi la ek..hehe)

Lely..
selamat hari lahir!! (dh berapa kali wish dh..hehe). sweet 21~
semoga pertambahan usia ni semakin menambahkan iman di hati..inshaAllah.
jaga diri, jaga hati, jaga iman dan jaga sumenye k...
semoga Allah permudahkan perjalanan ini..dan Dia beri yg terbaik dlm setiap urusan..ameen.=)

"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati kami ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk memenuhi perintah-Mu, bersatu untuk memikul beban da'wah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu. Maka eratkanlah ya Allah atas ikatannya, dan kekalkanlah kemesraan di antara hati-hati ini. Tunjukkan kepada hati-hati ini akan jalan-Mu yang haq. Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung padam. Lapangkan hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidupkan hati ini dengan ma'rifat tentang-Mu. Dan jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-MU. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong."


p/s: owh ye..blh panggil adik lg ke..? kita kn dh sebaya..hehe=D

1 comment:

Laily Abdullah said...

boleh2..boleh panggil adik lagi..hehehehe..walaupun umur dah 21, tp kak mizah berbulan2 tua dr saya.
terima kasih kak mizah...
sayang kak mizah byk2 macam air laut kat tujuh lautan kat dunia ni..
muaaaaah.
semoga sy dapat menjadi adik yang baik.hehe..*best best*