Friday, March 2, 2007

al-Fatihah..




Pertama sekali, alhamdulillah dipanjatkan atas segala nikmat yang Allah telah berikan untuk saye..

Tengahari tadi, saye menerima berita kematian bapa saudara saye yang baru sahaja pergi meninggalkan kami..Kali pertama mendengar berita ini, rase susah nak percaya. Bila fikir yang saye takkan menemuinya lagi walau kt mane pon saye cari atas dunia ni..rase lagi x percaya yang dia sudah tiada. Tambahan lagi, cuaca hari ini tidak langsung membantu menceriakan suasana..seakan-akan faham tentang erti sebuah kehilangan. Walaupun perginya bukanlah di bumi new zealand. Hati rase sedih kerana tak dapat memberi kunjungan saat-saat akhir..tak sempat meminta maaf, minta dihalalkan segalanya. Sedih dengan sebuah kehilangan..dan seakan dapat membayangkan suasana yang menyelubungi rumah arwah. Tapi fikiran kata..semua yang hidup pasti akan mati. Fikiran kata, tak perlu menangisi pemergiannya, kerana ia tidak akan mengubah ketentuan-Nya..ia takkan menghidupkan yang telah mati. Meratapi kematian bukanlah sesuatu yang digalakkan dalam Islam. Sebaliknya, kita jadikan pengajaran bahawa hidup di dunia ini bukan untuk selamanya. Sebolehnya cuba untuk dilupakan berita tersebut..dan meneruskan rutin macam hari-hari biasa. Sebab kalau ingat, takut menyumbang titik hitam dalam hati. Adik saye kata, datuk saye pun dh suruh mak saye basuh kain ihram. Hrm, mungkin cuba menyampaikan maksud yang tidak sukar untuk diteka. Setahun adalah suatu tempoh yang lama bagi saat-saat hidup manusia. Sebab dalam tempoh tersebut, ajal kita mungkin jatuh pada salah satu saat yang tidak kita sangka-sangkakan. Saye mungkin masih ade peluang untuk berjumpa dgnnya..tapi mungkin juga tiada. Dan harus bersedia pada setiap masa. "Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir." ll 39:42 ll Saye berdoa semoga Allah memberi kekuatan kepada saye untuk tersenyum walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Dan saye harap semoga Allah melepaskan jiwa saye...sehingga saat yang terbaik buat diri saye. Saye doakan juga semoga roh arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan mendapat rahmat Allah di akhirat kelak..ameen. Wassalam.

No comments: