Tuesday, January 30, 2007

Bila..

saye nampak bulan hampir purnama yg sgt terang kt dada langit malam ni..hati sangat gembira!
BILA...
Bila rasa nak marah..
Hrmm..cuba fikir,
kita suka x kalau org marah kita?
Kalau saye, saye tak suka
(Walaupun bukan marah depan2..)
Jadi, sabarkan hati
Walaupun seseorang itu patut dimarah,
tapi dia pun manusia biasa cam kita jugak
Tapi kadang2 marah itu perlu,
tengok keadaan..

Bila hati terluka..
dan berdarah tak henti-henti (hehehe..)
Bersyukurlah..
Kerana itu lebih baik dari kita melukai =)
(hrmm..saye ade melukai hati org x eh..?
kalau ade, mntk maaf banyak2 yek..)

Bila rasa sakit..
(tak kisah la hati ke badan yg sakit..)
Kena sentiasa ingat,
Ada orang lg sakit dari kita
Dan mereka mampu menghadapinya dgn tabah
Dan kita pun boleh jadi cam mereka jugak kan??!!

Bila rasa kecewa,
kerana sebuah kehilangan..
Orang yg kehilangan suami tercinta,
Rasenye lagi sengsara beban yg terpaksa dipikul..
Betul x?

Bila rasa kecewa,
kerana sebuah kegagalan..
kegagalan itu jadikan pengajaran,
jadikan batu loncatan..
untuk menggapai puncak menara,
sebuah kejayaan.
(nnt blh bersama2 ngn katak kecil..hehe)

Bila rasa kecewa,
kerana hajat tidak tercapai
Anggaplah ia sebagai takdir Ilahi
Mungkin itu yang terbaik buat diri kita

Bila rasa ingin mengutuk..
Diri kita pon pasti ade kekurangannya,
Lagipon kesian mulut kita..
Baik kita bagi dia rehat..
Bercakap apa2 yg perlu je..ok!=)

Bila rasa ingin membenci seseorang
Jangan pernah benci orangnya..
Bencikan saje sifatnya yg anda tidak suka
Kerana sejahat-jahat dan seteruk-teruk manusia
Dia adalah sebaik-baik kejadian yg Allah ciptakan =)
Lagipon dia pon mesti ade kelebihan dia jgk
yg mungkin takde pada kita..

Bila rasa sedih..
Jangan tahan mata anda
Anda tidak lemah dengan hanya mengalirkan airmata
Menangislah selagi anda mampu,
Kerana tak semua orang mampu.

Bila rasa diri bersalah
Lapangkan hati untuk mengungkapkan kata-kata maaf
Jangan terlalu mengagungkan ego anda
Kerana dgn meminta maaf
Anda telah mencetus kedamaian dalam hidup anda sendiri

Bila rasa kecil hati
Jangan biarkan ia terus mengecil..
Cuba lupakan punca anda berkecil hati
Kerana tak semua orang faham kehendak anda
Seperti juga anda yg tidak faham kehendak semua orang

Bila rasa jeles..huhu
Jangan dilayan sangat,
Kerana hakikatnya kita tak pernah memilikinya
Seperti diri kita yg tidak pernah dimiliki sesiapa
Kita hanya milik-Nya yg mutlak
Tiada yg lain..=)
(looking at the other side; kalau dia gembira begitu,
biarkan saje dia gembira =))

Bila rasa geram..dan tak puas hati
Hrmm..jgn jd cam saye
Hati kena cool je (macam opie..hehe)
Kan seronok kalau hati sentiasa tenang..

Bila rasa putus asa..
saye pon x tau nk buat ape..
Tp mntk la pertolongan dari-Nya
Ok?!

Bila rasa bosan,
Buat la jigsaw puzzle cam saye..
Tak pon, tulis blog..hehe
Kalau x suka jugak..
Pandai2 la anda cari jalan sendiri =P

Bila rasa ngantuk,
Jangan minum coffee plk..
Tido je, jgn segan2..hehe
Kerana itu la ubat yg paling mujarab.

Bila rasa lapar,
Makan!
Jangan nak diet2..
Huhu.


Walau ape pon yg kita rasa, semuanya berbalik pada hati (sebab hati yg rasa).
Dan yg mengawal hati adalah akal fikiran, sebab itulah kita ni makhluk terbaik ciptaan Allah..sebab kita ada hati untuk merasa dan memahami..dan kita ada akal untuk berfikir yg mana baik dan yg mana buruk..Jadi, bersyukurlah kerana kita dihadirkan di atas muka Bumi ini sebagai manusia; bukannya pokok, beruang, koala, bola tampar ataupun anak patung..=D.

“Alhamdulillah”, kata Tajol.

Kesimpulannya, saye tgh bosan skrg ni..Banyak benda yg boleh dibuat, tp tak terasa nak buat..huhuh.


p/s: Bila rasa homesick..dan mak kata tak perlu balik..hrmm, nk buat camane ek?
Wassalam.

No comments: