Monday, September 24, 2007

..fighting back the tears...

Malam ini saya masih belum berjaya lagi untuk melelapkan mata tepat pada waktunya..untuk memberi kerehatan pada tubuh badan, sekaligus melaksanakan amanah Allah yang dipinjamkan sementara buat saya. Hari ini saya sangat penat, dengan beban kerja dan fikiran..mungkin ditambah juga dengan ujian berpuasa. Terlalu banyak rasanya tanggungjawab yang menagih perhatian sepenuhnya..tanggungjawab pada study, pada hati dan iman, jua amanah dari keluarga yang masih belum terlaksana. Untuk merancang kerja-kerja uni secara sistematik dan melaksanakannya sedikit demi sedikit agar tidak sesak nafas di akhir waktu nanti. Namun, banyak pula yang menghalang..semuanya berbalik pada kelemahan diri ini sendiri, yang memang terlalu lemah, terlalu banyak kekurangannya.. Bermula semester ini, saya mempunyai lab setiap hari. Isnin hingga selasa akan balik pukul 5 petang dan dua hari seterusnya pula akan habis pukul 6 petang. Kadang-kadang bernasib baik akan dapat habis lebih awal, tapi bila eksperimen mengambil masa yang lama, pernah juga menghampiri pukul 7 malam. Semester akhir ini ternyata banyak menguji kesabaran jua ketahanan diri saya. Habis kerja kat lab petang tadi, terasa teramat penat dan mengantuk..mungkin kerana kebelakangan ini tidur pun tak cukup. Tapi cuma termampu melelapkan mata selama hampir setengah jam sebelum waktu berbuka..terasa malas sangat nak bangun, tapi alhamdulillah akhirnya berjaya juga berbuka di awal waktu. Keadaan diri yang kurang terjaga kebelakangan ini menyebabkan banyak benda terjejas. Paling dirasakan adalah dalam urusan saya sebagai hamba pada-Nya. Terasa amat jauh, kewajipan terlalai, tidak terasa seakan beribadat pada-Nya..banyak sungguh dosa diri ini, terasa amat berat beban yang terpaksa dipikul. Mencuba sedaya upaya, namun masih jua gagal..untuk kembali ke suatu saat yang pernah dirasakan sebelum ini. Sebenarnya terlalu banyak kesedihan yang dirasai akhir-akhir ini. Kesedihan yang sedikit sebanyak mengikis sisa-sisa kekuatan yang ada.. Telah lama rasanya airmata kering..namun malam ini, sukar sungguh untuk ditahan lagi. Tanggungjawab..perasaan sayang..kesedihan..kerisauan..kelemahan diri..iman yang semakin lemah...Segalanya bersatu di hati. Tak lama tadi, saya baru sahaja selesai berborak dengan adik saya kat telefon. Mendengar berita yang disampaikan, sepatutnya saya sudah arif dan sentiasa bersedia dengan kemungkinan-kemungkinan yang bakal menimpa seseorang yang menghidap pelbagai penyakit. Saya berusaha menahan airmata agar tidak menitis..menahan agar ton suara tidak berubah, berusaha mengekalkan suasana biasa. Nyatanya saya tidak sekuat itu, nyatanya hati teramat sensitif, terlalu cepat tersentuh..apatah lagi jika kesengsaraan itu dihadapi oleh seorang yang amat bermakna dalam hidup saya. Saya sedar masa silam yang indah telah lama berlalu, dan saya tidak berharap ia akan kembali, kerana ia hanya akan mengecewakan diri saya. Saya rindukan saat dulu..saya teramat rindu. Semasa saya masih kecil dulu..kami semua tinggal kat umah nenek dan datuk sebelah mak. Satu hari saya ternampak abang saya tengah membilas pakaian, rasanya masa tu mesin basuh tengah rosak. Hati rasa tidak sampai hati nak membiarkan abang saya membuat kerja-kerja itu..tak sampai hati nak tengok abang tengah susah-payah bilas pakaian, yang pada saya itu kerja perempuan. Jadi saya telah menawarkan diri untuk menggantikan tempatnya. Basuh guna tangan memang penat dan mengambil masa yang agak lama juga, tapi sekurang-kurangnya hati saya rasa senang. Apabila kakak saya mendapat kemalangan jalan raya apabila bas yang dinaikinya terjatuh dan tergolek kat satu lereng, saya menitiskan airmata kerana saya tak dapat menerima hakikat kakak saya terpaksa melalui semua itu. Hati saya sebak saat menyapu ubat pada luka-luka di badannya..namun, saya bersyukur kerana hingga ke saat ini, Allah masih lagi memberikan saya seorang kakak. Beberapa minggu yang lepas, adik saya terjatuh tangga kerana kecuaian. Dia mengadu sakit-sakit belakang dan baju dia ada kesan-kesan darah akibat insiden itu. Dia mengadu tak dapat nak berbaring dengan sempurna kerana luka di belakangnya yang menghalang. Saya sangat sedih dan risau, sedih kerana saya tak sanggup melihat orang-orang yang saya sayang terpaksa melalui semua kepahitan dan kepayahan itu. Saya harap saya mampu berada bersama-sama dengan dia, menjaga makan minum dia di kala dia sakit. Tapi hakikatnya, banyak impian saya yang hanya sekadar impian..mustahil untuk direalisasikan dalam situasi sebegini. Sesungguhnya ini semua adalah ujian dari-Nya..untuk menguji kekuatan dan ketabahan hati..ya Allah, semoga Engkau berikan ketenangan pada hati yang lemah lagi hina ini...ameen.

No comments: