Teman,
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yg kukuh
Nan aqidah Muslim
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..
Wahai temanku an-nisa,
Engkau sedia maklum
Engkaulah hiasan dunia
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..
Wahai temanku ar-rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki
Yang seringkali mengimpikan seorang teman disisi
Dan tentulah temanmu yg diimpi,
Seorang serikandi..
Wahai temanku an-nisa,
Aku mengetahui halusnya perasaanmu
Engkau ingin disayangi, ingin dimanjai
Engkau juga ingin menyayangi juga ingin memanjai..
Dan aku juga tahu
Temanmu ar-rijal juga begitu..
Tetapi temanku an-nisa
Ketahuilah engkau
Bercinta itu fitrah
Tetapi jgnlah engkau cemarkannya dengan fitnah.
Kalau benar engkau mengasihinya,
kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah
Dan jika engkau benar mengasihinya kerana-Nya,
Engkau takkan bisa,
Melunakkan soutul engkau.
Engkau tidak kan bisa,
Melemparkan panahan menggodamu.
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
Nafsu raja yg menggila!
Kerana engkau tahu sahabatku an-nisa,
Dia kan terjerumus ke dlm api yg membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yg gila..
Adakah benar engkau mengasihinya kerana-Nya?
Wahai temanku ar-rijal,
Andai engkau mencintainya,
Cintailah dia kerana-Nya,
Letakkanlah Dia melebihi cintamu kepada dia,
Andai engkau mengasihinya kerana-Nya,
Engkau tidakkan bisa,
Mengajaknya bermukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu,
Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya kerana-Nya,
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yg ringan-ringan,
Kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan?
Zina tempatnya di api yg menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya,
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?
Sahabatku an-nisa,
Sahabatku ar-rijal,
Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yg mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepada-Nya yg hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia..
Sedikit cuma..
Andai Dia yg engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di depan mata.
Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak bersua.
Engkau tidakkan kecewa,
andai dia terlupa mengatakan 'I love you'.
Kerana engkau percaya..DIA yg terbaik..
Lantaran DIA yg terbaik,
DIA akan menentukan yg terbaik untukmu.
Dan andai dia yg terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN.
Dan itulah yg terbaik buat kalian.
Kalau ada jodoh tak ke mana..
Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdir-Nya?
Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membenci mungkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yg menjunam itu.
Aku menegur yg mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita kan sama2 meredah lautan api..
Yg terlalu pedih, yg terlalu seksa, yg terlalu AZAB!!!
Nauzubillah min zalik
Sama-samalah teman,
Pagarilah imanmu,
Agar si iman itu tidak terlepas.
Cintailah DIA,
Kerana DIAlah penjaga iman kita..
Yakinlah dengan DIA..
Serahkan segalanya pada DIA..
Kerana DIA tahu yg terbaik
Sedangkan kita tidak.
ALLAHualam.
Akhirul kalam,
Letakkan si DIA dlm hatimu,
Engkau akan merindui-NYA.
Andai harimu tiada ingatan kpd-NYA
Engkau akan gelisah andai DIA tidak mendengar rintihan-Mu,
Engkau kan rindu andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan andai doamu ditolak..
Dan itulah cinta hakiki..
Kerana engkau yakin,
Di sana adanya sebuah pertemuan di taman Syurga yg Indah..
Bercintalah kerana ALLAH..
Dan engkau akan merasakan erti bercinta yg sebenar.
Insya ALLAH!!
No comments:
Post a Comment